KISAH CINTA SANG SUFI

>> Sunday, May 19, 2019








KISAH CINTA SANG  SUFI





KISAH ini berlaku di suatu tempat dan di suatu masa di alam buana ini.

Seorang ahli sufi yang masih muda belia telah berkahwin dengan seorang gadis yang dcintai dan dirinduinya.

Gadis itu seorang jelitawan yang menjadi rebutan di tempat tersebut.

Tidak ada kata untuk menggukir keindahan rupa paras gadis tersebut.

Mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain persis Laila dan Majnun yang merupakan salah sebuah perlambangan cinta yang teragung yang pernah ditayangkan.

Tapi tidak lama selepas mereka menjadi suami isteri, tiba-tiba pada suatu hari wanita yang jelita itu telah diserang oleh pernyakit cacar air. Seluruh jasadnya, terutama bahagian wajahnya telah ditampal oleh penyakit cacar.

Seperti lumrah penyakit itu telah meninggalkan kesan-kesan yang buruk terhadap mangsanya. Walaupun penyakitnya telah berlalu tapi ia meninggalkan parut-parut yang amat menggerunkan.

Akibatnya kejelitaannya telah padam, menghilang seperti menghilangnya embun dipanah dek cahaya mata hari.

Dan wajahnya tidak seindah dulu lagi.

Dan lebih menghiba lagi suami yang amat dicintainya itu memberitahu pada isteri, keluarga dan handaitolannya bahawa pada hari itu juga tiba-tiba dia tidak  dapat melihat, matanya menjadi buta.

Namun begitu hiduplah kedua suami isteri itu dengan kebahagian seperti lumrah juga.

Segala kecacatan yang menimpa mereka tidak menjadi penghadanag kepada  mereka untuk terus mengecapi kebahagian hidup, kurnian Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Tapi selepas beberapa tahun s masa berlalu, maka wanita itu telah menghembuskan nafas terkahirnya, kembali kepangkuan Ilahi.

Sebaik-baik saja isterinya menhembuskan nafas terakhir, sang sufi terus memberitahu keluarga dan sahabat handainya bahawa matanya sudah dapat melihat kembali dan dia tidak buta lagi.

Ini mencetuskan kehairanan di kalangan mereka yang mendengarnya, dan lalu mengemukakan pertanyaan bagaimana perkara seperti ajaib seperti itu boleh berlaku? 

Bagaimana pada hari isterinya sakit dia tiba-tiba menjadi buta dan  bila isterinyas meninggal dunia tiba-tiba matanya menjadi celik kembali?

Sang sufi dengan senyum lebar memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak pernah buta.

Dia berbuat demkian semata-mata untuk menjaga hati isterinya supaya tidak merasa risau kerana memikirkan wajahnya tidak lagi seindah sebelum mereka berkahwin dulu di mata suaminya. Dia hanya berpura-pura buta.

MasyaAllah!


Kg.Kubang Siput, PT.KB, Kelantan
14 Ramadhan 1440
19 Mei 2019

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP