SUNGAI KEHIDUPAN

>> Sunday, May 31, 2020




SUNGAI KEHIDUPAN

 

SAYA dilahirkan di Kg. Salor, Kota Bharu, sebuah kampung yang terletak di pinggir Sungai Kelantan. Justeru itu dari sejak kecil lagi, saya telah biasa dengan sungai.

 

Sekurang-kurangnya saya mandi tiga kali sehari di sungai, iaitu waktu pagi, tengah hari dan petang, malah jika musim panas waktu malam kita turun mandi di sungai.

 

Kita biasa terjun dari tebing yang tinggi ke dalam sungai, terutama kalau musim air naik atau pasang untuk bersuka-suka.

 

Selain dari mandi-manda, penduduk- penduduk kampung juga menggunakan air sungai itu membasuh pakaian, termauk saya, terutama pakaian sekolah. Oleh itu setiap hari minggu, pada waktu pagi, terutama hari Jumaat, sebelum matahari naik, pengkalan sungai penuh dengan penduduk mencuci pakaian.

 

Di samping untuk mandi-manda air sungai itu diangkut ke darat untuk kegunaan rumahtangga, minum dan memasak dan juga menyiram tanaman-tanaman. Ini bagi mereka yang tidak bersedia untuk menggunakan telaga yang airnya sangat dalam.

 

Di waktu air naik atau pasang kami kanak-kanak akan menghabiskan masa dengan bermain dan berenang di sungai tanpa merasa takut atau kesejukan walaupun sekujur badan telah mengiggil.

 

Di waktu air tohor di musim kemararu,  kami akan menyelam dan mencari etak dalam pasir di dasar sungai dengan teknik yang tertentu. Etak dari sungai biasanya bersih dan lemak isinya, untuk disalai atau dimasak air atau masak lemak.

 

Air sungai itu sentiasa mengalir ke hala yang diketahui, ke laut dan singgah di tempat-tempat perlembahan dalam perjalanannya. Walau bagaimanapun ia akan sampai ke destinasinya, khususnya ke laut walau pun menempuh berbagai-bagai halangan dan rintangan sepanjang perjalanannya yang panjang itu.

 

Ia mempunyai berbagai-bagai  sumber bekalan airnya  yang tersendiri untuk membolehkan ia terus mengalir walau sepanjang mana sekalipun batang sungai itu untuk menuju ke laut.

 

Demikinalah kita manusia mesti mempunyai matlamat atau halatuju yang jelas dalam kehidupan seperti sungai. Dan kita mesti membina jalanj-jalan seperti sungai untuk menuju ke destinasi yang ingin capai.

 

Dan air sungai itu pula sentiasa bergerak mengalir ke arah destinasi yang dirintisnya. Demikian juga kita. manusia mesti terus bergerak mara ke hadapan menuju ke destinasi yang telah kita tetapkan yang jelas dan rasional.

 

Walaupun banjir besar melanda, air sungai melimpah-ruah ke sana sini menurun tempat-tempat  yang rendah dan lembah, tapi bila banjir surut paras air sungai kembali ke tampat asalnya dan terus mengalir semula ke arah tujuannya- laut.

 

Demikianlah kita manusia mesti bergerak dan terus   untuk menuju matalamat yang telah tetapkan.

 

Kita menusia mungkin dilanda oleh berbagai kebanjiran hidup, tapi mestilah seperti sungai kembali ke jalan yang telah kita rintis itu untuk sampai ke puncak yang telah kita cita-citakan.

 

Kelajuan air sungai bergerak be.rbeza dari masa ke masa; kadang-kadang ia  pantas, dan kadang-kadang kohor atau perlahan, malah kadang-kadang kelihatan lesu macam tidak bergerak. Namun begitu ia tetap mengalir  mengikut kemampuannya, menuju ke arah destnasinya- laut.


Demikian juga kita manusia mesti seperti air sungai- terus  bergerak dan berusaha dengan penuh keyakinan menuju ke arah metalamat yang telah kita pastikan.

 

Air sungai mengalir sambung menyambung, malah sering merobohkan segala rintangan dan halangan di tengah perjalannya, membelah bukit-bukau dan gunung-ganang, menerjuni jurang dan ngarai, tidak pernah lesu dan hampa, malah tetap mengalir ke arah yang menjadi tujuannya.


Kadang-kadang dengan lemah-lembutnya ia bergerak membelah batu-batu pejal sekalipun yang menghadang perjalanannya untuk sampai  ke arah tujuannya.

 

Demikian juga kadang-kadang manusia mesti  bergerak secara lemah-lembut persis air sungai merempuh segala halangan dan rintangan untuk sampai ke matalamat hidup yang telah ditetapkan.

 

Yang pentingnya kita pasti sentiasa bergerak dan bergerak. Sekali melangkah, maka kita tetap terus melangkah hingga sampai ke tempat yang dituju- dan kita tidak boleh menstatsi atau membatukan diri dalam perjuangan.

 

Kita mesti sentiasa bergerak ke hadapan mengikut kemampuan menuju matlamat yang kita pastikan.


Dalam sungai itu pula banyak mengandungi barang-barang berharga teridi dari makanan-makanan dan galian-galian yang berharga yang berguna untuk umat manusia.

 

Demikianlah kita manusia mesti melengkapkan  diri kita dengan ilmu pengeahuan dan bersedia untuk mencurahkan khidmat bakti kepada seluruh umat manusia, tanpa bersikap rakus dan tamak hsluba kerana mementingkan diri sendiri.


Tegasnya ambillah perdoman dari sungai yang sentiasa mengalir dan menglir untuk sampai ke laut, kadang-kadng membelah bukit-bukau dan gunung-ganang. Jadikan sungai sebagai inspirasi perjuangan hidup kita yang sentiasa inginkan kemjuan lahir dan batin.

 

Dan sungai bukan sahaja ada di dunia tapi juga di akhirat, iaitu di dalam Syurga juga terdapat sungai-sungai untuk ahli-ahli Syurga. Dalam al-Quran terdapat tidak kurang darida 20 ayat di mana Allah menyebut tentang sungai.

 

Allah berfirman:

“Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada Nya. Yang emikian itu  adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhan-nya”. Al-Bayyinah [98]: 8.

 


Pondok Rahmat

31 Mei 2020/

Syawal 1441


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP