MENYINTAI IBU BAPA YANG TELAH PERGI
>> Tuesday, May 19, 2020
MENYINTAI IBUBAPA YANG
TELAH PERGI
[Kenangan untuk
Ayah & Bonda/
Mok [Munah] Cek [Leh]
Tersayang]
SETIAP orang di dunia ini mempunyai ibu dan bapa. Dia dilahirkan oleh bondanya: seorang wanita yang bersuamikan seorang lelaki: ayahandanya. Dia dilahirkan dari hasil perkongsian kasih sayang antara kedua insan tersebut.
Adakah kedua-dua insan itu, iaitu ibu bapa mereka masih
hidup, atau telah tiada - kembali ke Rahmatulllah?
Kalau kedua-duanya masih hidup, maka bererti hubungan
antara anak dan ibu bapa masih terjalin irat, baik dari segi ruhani dan
lebih-lebih lagi dari segi jasmani.
Tapi bagaimana andainya kedua-dua ibu bapanya telah pergi mendului mereka kembali ke Rahmatullah?
Apakah hubungan mereka telah retak ataupun terputus, atau tidak mempunyai
sebarang pertalian lagi?
Sesungguhnya, walaupun kedua-dua ibu bapa kita telah
tiada, kembali ke Rahmatulullah, tapi hubungan kita dengan mereka tidak pernah
terlerai, tidak pernah terputus berkerat rotan, berpatah arang.
Semasa hidup mereka, kita mungkin mempunyai pertarungan
pendapat dengan mereka, membantah mereka, mengingkari mereka, memarahi dan
mencela mereka, tapi semuanya itu tidak meleburkan hubungan antara anak dan ibu
bapa itu walaupun keduanya telah berpergian terlebih dahulu.
Sesungguhnya walaupun mereka telah tiada, yang lelakinya
tetap ayah kita dan yang perempuannya masih ibu kita. Kematian tidak menukar
ayah dan ibu kita- mereka masih tetap orang yang sama.
Ibu adalah seorang wanita yang menanggung derita dan
bertarung nywa untuk melahirkan kita ke dunia sementara si ayah berkorban masa
dan tenaga untuk membesar dan mendidik kita menjadi seorang insan yang dapat
berdikari.
Adakah pernah kita berfikir apakah sumbangan-sumbangan
yang pernah kita hulurkan untuk mereka baik di waktu hidup atau matinya? Apakah
sumbangan kita itu sejajar dengan pengorbanan yang telah mereka korbankan untuk kita,
lebih-lebih lagi sesudah kematiannya?
Ada beberapa tanggungwab penting kepada anak-anak bila
kedua orang tua mereka meninggal dunia, iaitu tanggungjawab yang tidak boleh
diabai atau dilupakan.
Hutang kepada Allah:
Pertama kita sebagai anak hendaklah mempastikan kedua ibu
bapa kita tidak berhutang kepada Alllah SWT yang masih belum terlunas semasa
hayat mereka masih ada dan perlu diluntaskan segera?
Antara hutang-hutang kepada Allah itu yang perlu
diilunaskan segera oleh anak-anak ialah
puasa, nazar, haji dan seumpamanya.
Hutang Kepada Manusia
Di samping hutang kepada Allah, hutang kepada manusia
yang ditinggalkan oleh kedua orang tua kita itu perlu juga dilunaskan segera
oleh kita anak-anak mereka mengikut kemampuan masing-masing, seperti hutang
wang ringgit, hutang barang-barang keperluan dan sebagainya.
Berdoa
Kita sebagai anak-anak juga hendaklah sentiasa
memanjatkan doa kepada Allah untuk orang tua kita yang masih hidup dan juga
yang telah meninggal dunia.
Doa anak-anak yang soleh kepada kedua orang tuanya yang
telah meninggal tidak akan sia-sia dan tidak terputus.
Rasulullah saw bersabda:
“Apabila
matinya, seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan
tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh
sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”.
Sedekah
Kita anak-anak juga digalakkan
bersedekah untuk kedua orang tua kita yang telah kembali ke Rahmatullah.
Ada sebuah Hadith Nabi saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya
ibuku telah meninggal dunia, dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku
bersedekah untuknya? Baginda saw menjawab “Ya”.
Silaturahim
Kita sebagai anak-anak kepada
kedua ibu bapa yang telah meningal dunia hendaklah menyambung silaturahim yang
telah dimulakan oleh kedua orang tua kita semasa hayatnya dulu.
Temuailah orang-orang yang mereka
sering bertemu, kunjungi rumah mreka yang sering orang tua kita kunjungi semasa
hayat mereka dahulu, dan senangilah hati mereka sebagaimana mereka menyenangi
hati kedua oang tua kita semasa hidupnya dulu.
Pendeknya marilah kita anak-anak
yang soleh dan solehat sentiasa mencurahkan
khidmat bakti kita kepada kedua orang tua kita baik semasa hidupnya dan
juga selepas matinya. Kematian tidak pernah mematahkan hubungan antara
anak-anak dan kedua orang tua mereka yang sentiasa dikasihi dan dihormati.
Tanyalah diri kita, adakah kita
seorang anak soleh dan soleha yang mencintai dan menghormati kedua orang tua kita
dari hidup hingga ke mati sebagaimana diperintah oleh Allah.
Allah berfirman:
“Dan
rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,
“Wahai Tuhanku! Sayangilah kedunya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”.
Al-Isra’ [17] : 24.
Sekian untuk renungan bersama,
semoga Allah mencucuri rahmat Nya yang berkekalan ke atas kedua mereka yang dikasihi.
Pondok Rahmat
18 Mei 2020/
26 Ramadhan 1441
0 comments:
Post a Comment