JANGAN HANTUK KEPALA KE TEMBOK
>> Wednesday, May 27, 2020
JANGAN HANTUK
KEPALA KE TEMBOK
JANGAN
hantuk kepala ke tembok. Tembok tidak retak, tapi kepala kita yang pecah
terburai. Ertinya jangan senghaja mencari nahas nanti diri terbinasa.
Ini
satu peringatan jika kita ingin mengambil sesuatu tindakan jangan ambil
tindakan melulu, yang bukan sahaja sia-sia atau tidak memberi faedah tapi juga
boleh membinasakan diri kita sendiri.
Ibaratnya
jika kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat, tiba-tiba ada batu-batu bukit yng
runtuh, tinggi menghadang perjalanan kita, apakah yang wajar kita lakukan untuk
meneruskan perjalanan? Adakah kita akan menghantuk kepala ke tongkol batu itu kerana kecewa atau marah? Atau untuk menghancurkan
baty itu dengan kepala kita yang telah kemasukan hantu itu?
Tentulah
langkah wajar yang sebaik-baiknya yang kita ambil ialah melencung ke jalain lain yang tidak berbatu
dan selamat?
Bertindak
demikian bukan bererti pengecut, tapi itu adalah kebijaksanaan dalam mengatur
strateji perjuangan.
Ia
juga bukan bererti undur ke belakang atau mengaku tewas atau lari dari
perjuangan tapi bertindak mencari jalan yang selamat untuk sampai ke penghujung
jalan yang menjadi matlamat perjuangan kita.
Namun
berapa ramai dari kita yang tidak
berundur, tapi terus bertindak menghantuk kepala ke batu, bila ada batu atau tembuk
yang menghadang perjalanannya, walaupun dia tahu perbuatannya sia-sia?
Berapa
ramai yang enggan berganjak, walaupun berada dalam sitiwasi yang tidak mampu
ditanggnungnya dan akan berakhir dengan kegagalan dan kemusnahan dirinya
sendiri?
Sedangkan
mereka boleh bertindakan melepaskan dirinya dari sitiwasi yang bahaya dan
merugikan itu ke sitiwasi lain yang menggalak dan mempunyai pengharapan?
Jangan
jadi seperti “anjing menyalak bukit”. Perbuatan yang tidak berfaedah dan tidak
wajar. Bukit, tidak akan runtuh hanya suara kita akan pecah bertabur. Menyalak
sekali atau dua kali mungkin berpatutan sebagai tanda protes atau membuktikan
kita ada di situ. Tapi kalau terus menerus menyalak, ia buksn lagi bijaksana,
tapi perbuatan tolol untuk membencanakan
diri sendiri dalam kerja sia-sia yang memang tidak berfaedah dan boleh
dielakkan.
Langkah
yang bijaksana ialah memilih jalan lain yang selamat dan boleh menjamin kita
sampai ke destinasi yang dituju.
Atau
jangan jadi seperti babi tunggal menyududuk ke sana ke mari kerana merasa diri
handal dan hebat, tanpa memperduli apa yang disuduk, kaki bukitkah atau umbi
pokok cengal, maka yang binasa pastinya bukan bukit atau pokok cengal, tapi
muncung babi yang bebal dan dungu itu.
Berbuat
demikian bukan satu pertanda kegagahan atau keberanian tapi itulah satu
pertanda ketololan yang nyata.
Kita
tidak patut bertindak seperti anjing menyalak bukit atau menyuduk seperti babi
tunggal, kerana kita insan yang mempunyai akal dan fikiran yang bijaksana yang
dapat mempertimbangkan buruk dan baiknya sesuatu.
Andainya
pekerjaan kita sekarang tidak serasi dengan hati dan jiwa kita, walaupun dapat
menyumbangkan pendapatan yang agak lumayan, tapi ianya tidak menjamin
kebahagian hidup kita, maka janganlah kita terus mengikat diri kita dengannya, kiranya ada peluang untuk melompat mendapat
keraja baru yang seusai dan wajar maka jangan teragak-agak untuk memperolehinya.
Andainya
rakan kongis kita dalam bisnes menjadi batu penaung kepada kita untuk melangkah
maju, atau menjadi pengkhianat yang akan memusnahkan karier kita dan juga
dagangan yang kita terajui bersama, maka bertindaklah pantas untuk
menyingkirkan diri kita daripada pengkhianat-pengkhianat itu. Dengan itu kita
akan selamat dan tidak terbinasa dengan sia-sia dalam sitiwasi yang tidak lagi
patut kita berada dalam kandangnya.
Kalau
perahu kita tidak kuat, pengayuh kita tidak utuh, dan kita dalam keadaan capet,
kenapa kita memilih jalan sungai yang penuh dengan cabaran, lebih baik kita
sadaikan perahu ke tebing sungai, melangkah naik ke daratan, dan meneruskan perjalanan
dengan tindakan wajar ke matalamat yang
kita tujui.
Kalau
kita tidak tahan basah, jangan berumah di tepi pantai, pindah sahaja jauh ke
daratan kerana kita akan merasa lebih
selesa.
Demikian
juga sebaliknya jika kita tidak tahan panas, kenapa berjemur di bawah pancaran
sinar mata hari, carilah tempat yang dingin atau sejuk.
Ataupun
kalau kita tidak tahan panas, kenapa tidak keluar dari dapur?
Baginda
Rasulullah saw berabda:
“Daripada keelokan Islan seorang ialah meninggalkan
barang yang tidak berguna kepadanya”, yang bermaksud setiap orang Islam supaya meninggalkan
sesuatu yang tidak berguna kepadanya dalam apa keadaan sekalipun dari
kepentingan dunia dan akhiratnya.
Tinggalkan
yang buruk, ambillah yang baik. Tinggalkan yang keruh, ambillah yang jernih.
Tinggalkan kejahatan dengan kebaikan. Jangan sebaliknya, mengambil yang buruk,
meninggal yang baik, atau mengambil yang keruh, meninggalkan yang jernih.
Baginda
Rasulullah saw bersabda:
“Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada.
Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya”.
Justeru
dalam hidup yang tidak menentu-kalu ini, kita hendaklah melengkapkan diri kita
dengan sewajarnya baik dari segi mental atau fizikalnya untuk menghadapi segala
mecam cabaran yang mungkin menghadang perjalanan kita di lautan kehidupan ini.
Kerana
perjalanan hidup ini bukan sentiasa terhampar dengan permaidani merah, tapi
sebaliknya penuh dengan batu-batu krikil yang tajam di mana andainya kita tidak
berhati-hati ketika berjalan kita
mungkin terpijak krikil-krikil itu dan
menyebabkan kaki kita tercedera atau terkoyak.
Sesungguhnya
dunia ini penuh dengan kesulitan, kekecewaan dan kesedihan yang perlu dihadapi
dengan kekuatan, kebijaksanaan dan keimanan yang teguh.
Itulah
kata ulama, kesenangan sejati yang pasti
hanya setelah kita berada dalam Syurga.
Dengan
bersenjatakan kebijaksanaan dan keimanan kita akan mampu menghadapi segala
halangan yang mendatang dan memang tidak boleh dielakkan lagi, dan ia memangnya
telah ditkdirkan begitu.
Ketika
senang kita bersyukur, dan ketika sukar kita bersabar.
Itulah
dia perjuangan hidup, dan di situlah letaknya kenikmatan hidup di dunia yang
fana ini.
Selamat
berjuang dan berjaya.
Pondok Rahmat
27Mei 2020/
4 Syawal 1441.
0 comments:
Post a Comment