RAHSIA DIRI ANDA

>> Saturday, May 9, 2020






RAHSIA DIRI ANDA



Minda mempunyai pengaruh yang besar terhadap seseorang. Ia mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tapi ia tergantung kepada cara penggunaannya, baik atau buruk. Jika minda itu dihalakan ke arah kebaikan, maka kebaikanlah hasil yang akan  diperolehinya, tapi jika dihalakan ke arah keburukan maka keburukanlah hasil yang akan diperolehinya.

Bagaimana Minda Berfungsi?
Kita tentu akan tertanya-tanya, bagaimanakah caranya minda itu bertindak mempengaruhi seseorang?

Sebelum kita bertindak atau melakukan sesuatu, baik kita sedari atau tidak disedari, minda kita pasti akan menjalani beberapa proses penting yang bertahap-tahap.

Secara ringkasnya proses itu berlaku seperti ini. Mula-mula akan terlintas sesuatu dalam minda kita, kemudian sesuatu itu akan menjadi ingatan kita. Seterusnya ingatan ini akan mencetus keinginan atau kemahuan kita tentang perkara tersebut, samada kita ingin memperolehinya atau tidak.

Pada peringkat ini, penentuan itu perlu dibuat dengan cermat. Kita hendaklah bijak menilai perkara tersebut dari segi baik dan buruknya, atau berfaedah atau tidaknya. Jika pada pendapat kita perkara baik, maka kita hendaklah berusaha untuk mendapatkannya, tapi jika perkara itu tidak baik, maka kita hendaklah segera memberhentikannya, malah memberhentikannya lebih awal lagi baik.

Dengan berbuat demikian kita dapat mengelak daripada ditimpa kesusahan yang boleh dielakkan berpunca dari minda kita sendiri. Hawa nafsu kita yang sentiasa gelujuh dan tidak pernah puas akan memain peranan untuk memproakperandakan kita, dengan menayangkan sesuatu yang tidak baik itu kelihatan baik, kerana adanya peranan syaitan dalam usaha menipudaya itu. Syaitan itu selama-lamanya musuh manusia yang nyata. Tidak jemu-jemu berusaha untuk menjahanamkan manusia.

Baginda Rasulullah saw berabda:
“Syurga itu diliputi dengan barang-barang yang tidak disukai, dan neraka itu diliputi dengan kesukaan”.

Ya syurga yang menjadi cita-cita dan impian setiap manusia beriman dan bertaqwa itu kelihatan penuh dengan kesukaran dan perkara-perkara yang tidak disukai untuk memasukinya, seperti sembahayang, puasa, zakat, korban, sedekah dan berjihad di jalan Allah. Sebaliknya neraka itu dipenuhi dengan kesukaan, seperti minum arak, dadah, berjudi, berzina, mencuri, tidak solat dan sebagainya daripada segala perbuatan munkar yang melanggar perintah Allah.

Dalam membuat pemilihan itu berlakulah pertarungan sengit di antara minda yang waras dengan hawa nafsu yang rakus yang ditunggangi oleh syaitan itu. Di pihak yang dipersetujui oleh hawa nafsu dan disokong oleh syaitan itu kelihatan begitu mudah dan menyenangkan untuk memperolehinya, tapi sebaliknya perkara yang menjadi pemilihan minda yang waras itu kelihatan diselubungi oleh berbagai-bagai kesukaran  dan kepayahan untuk memperolehinya. Andainya minda waras menang dalam pertarungan yang sengit ini nsecaya kita akan selamat tapi andainya hawa nafsu serakah yang menang alamat kita akan menuju kehancuran dan kemusnahan.

Pengaruh Minda
Secara semulajadinya minda itu amat kuat, dan kekuataannya tidak dapat diukur atau disukat seperti kita menyukat tenaga letrik dan seumpamanya. Justeru ada pakar-pakar berpendapat bahawa dalam minda manusia itu mengandungi tenaga yang begitu kuat dan begitu banyak. Malah tenaga minda itu mengikut pakar-pakar lebih kuat dari bom atom sehingga mampu untuk meledakkan sebuah kota raya besar, seperti Moscow dan sebagainya, kiranya tenaga itu merupakan sebuah bahan letupan. 

Tenaga yang kuat yang ada pada minda itu dapat mengeggarkan imaginasi manusia, kerana andainya tenaga yang kuat itu diperguna dan dipertingkatkan  penggunaannnya sepenuhnya oleh manusia, maka berbagai-bagai kemajuan sains dan sosial yang lebih besar dan lebih mengkagumkan akan dapat dicapai dan akan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh makhluk Allah di mayapada ini yang tidak terfikirkan.

Walau bagaimanapun sehingga hari ini mengikut perkiraan pakar, manusia yang normal hanya menggunakan tidak sampai sepuluh peratus daripada  kekuatan minda mereka. Albert Einstein [14 Mac 1879-18 April 1955] seorang ahli sains yang bijak dalam ilmunya itu, dan pereka tiori relativiti hanya baru mengguna sebahagian kecil dari tenaga yang ada padanya itu, iaitu sebanyak lima belas peratus sahaja daripada seluruh tenaga dan kekuatan minda yang dimiliknya itu.

Oleh sebab manusia pada umumnya dikatakan hanya mengguna sekadar sepuluh peratus sahaja daripada seluruh kekuataan minda yang mereka miliki, maka sebahagian besar daripadanya, iaitu sebanyak 90 peratus lagi tenaga yang penting  telempar begitu sahaja. Justeru andainya manusia dengan izin Allah mampu mempergunakan tenaga atau kekuatan minda yang tersimpan sebanyak sembilan puluh peratus itu maka diharap manusia akan dapat merangkul kejayaan yang lebih tinggal  dalam hidup ini, bukkan sahaja dari segi kebendaan, tapi juga dari segi keruhanian, iaitu dari segi kebahagian, ketenangan, keharmonian, dan kepuasan hidup yang tidak dapat diperolehi dari luar atau dari segi lahiriah kerana ia berakar tunjang yang menjalar jauh dalam diri manusia itu sendiri, iaitu apa yamg dipanggil minda.

Tenaga yang hebat ini berada dalam diri setiap orang, iaitu berkumpul dalam mindanya sendiri boleh dibaratkan sepertii sebuah lombong yang kaya dengan logam yang berharga dan boleh diteroka oleh sesiapa sahaja yang bersedia untuk berusaha mendapatkannya.

Walaupun kita dikurniakan oleh Allah dengan minda yang amat canggih yang boleh dipergunakan untuk mencapai sesuatu maksud, tapi malangnya ia tidak dapat beroperasi dengan berkesan sebagaimana yang  diharapkan jika tidak dipergunakan dengan betul atau sewajarnya.

Malah sebaliknya andainya kita sumbatkan  minda kita itu  dengan perkara-perkara yang palsu dan karut-marut, maka kekarutan dan kepalsuanlah yang akan dihasilkannya untuk kita sebagaimana tindakbalas sebuah komputer yang diperisikan dengan bahan-bahan yang tidak benar atau salah, maka yang tidak benar atau salah itulah yang akan keluar nanti sebagai jawapannya.

Walaupun minda itu bukan sebuah jentera dalam erti kata yang  tapi ia menjalankan urusannya seperti sebuah jentera. Kerana itu kian banyak pengetahuan kita tentangnya maka makin besar gunanya. Kerana itu makin banyak kita mengetahui tentang minda, maka makin baik dan berguna.

Keadaan hidup kita ditentukan oleh minda kita. Kita menggunakan minda untuk meneroka dunia sekeliling kita, mengenalinya, menggunanya mengikut kehendak kita, tapi  sebaliknya dunia sekeliling kita pula memberi tindak balas kepada minda kita  dengan menentukan cara kita berfikir, cara kita merasa, dan ia juga boleh mempengaruhi kepercayaan kita. Semuanya itu ada yang baik dan yang buruk, ada yang positif dan ada yang negatif.

Justeru kita hendaklah membuat keputusan yang betul mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang positif dan mana yang negatif. Kegagalan dalam membuat keputusan yang betul akan menimpakan kesan yang buruk kepada kita. Justeru itu tindakan yang penting kita mestilah sanggup membebaskan diri kita daripada menjadi hamba abdi kepada pemikiran, idea dan perasaan yang negtaif yang terdapat dalam minda kita. Maka dengan tindakan tersebut barulah kita mampu dan berpeluang menyelami rahsia hidup yang sebenarnya  yang akan membawa kita ke puncak kejayaan yang menjadi impian kita itu.

Idea-idea dan pemikiran-pemikiran yang negatif itu amat mudah berkembang dalam minda kita menerusi persekitaran kita. Sebagai contohnya. Pada suatu pagi ketika kita bersiap-siap hendak pergi kerja tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Secara spontan kita pun mengeluh, dan diikuti dengan kata-kata, “Hujan lebat dah turun, susahlah aku hari ini......”. Dengan keluhan itu bererti kita telah berfikir secara negatif .. Ia akan menjadi lebih buruk lagi kesannya jika kata-kata tersebut kita ulang-ulang berkali-kali menyebutnya. dan masuk dan tertanam dalam minda kita pada peringkat yang tertentu. Ia akan menerima kata-kata  itu sebagai suatu saranan kepadanya, kerana minda kita salah faham, sebab ia tidak tahu kita bukan membuat saranan kepadanya tapi kita sebenarnya bercakap dengan cuaca yang hujan. Sedangkan minda kita berpendapat kita mahu mencipta sebuah hari yang penuh dengan kesukaran dan kepayahan untuk kita.  Andainya kita terus menerus mengucapkan unggapan yang negatif itu berulang-ulang kali, maka kita akan benar-benar berada dalam  hari yang penuh dengan kesukaran sepanjang  hari itu.

Seperti itu juga sesebuah kepercayaan tertanam dalam minda kita mengenai sesuatu perkara. Kemudian berdasarkan kepercayaan tersebutlah, walaupun tidak betul, minda akan membentuk fikiran atau pandangan kita mengenai perkara tersebut.  Bila kita melihat dan terkenangkan perkara tersebut secara otomatik kita akan berpendapat atau membuat kesimpulan mengikut kepercayaan yang telah tertanam dalam minda kita itu. Persis sebuah komputer yang diprogramkan sebarang data baru yang diisikan tapi bercanggah dengan data lama yang telah sedia diprogramkan terlebih dahulu itu maka  akan tercetus pertentangan antara keduanya dan ini sudah pasti akan menimpakan ganggan yang tidak diingini  kepada kita.

Oleh itu kita hendaklah cermat dan berhati-hati ketika kita hendak memprogramkan atau memasukkan sebarang maklumat   dalam minda kita sebagaimana kita kena berhati-hati ketika hendak memprogramkan komputer kita, kerana minda kita akan menerima apa sahaja yang disodorkan kepadanya. Andainya maklumat yang dimasukkan kemudian itu dan diterimanya tapi sebahagian bersarnya bercanggah-ruah dengan maklumat yang telah sedia dimasukkan ke dalam minda kita terlebih dahulu, maka ini boleh menyebabkan berlaku pertarungan yang boleh mengakibatkan kita mengalami kelesuan mental yang boleh menganggu keamanan jasmani kita.

Katakanlah kita telah menanam dari sejak awalan lagi keyakinan dalam minda kita bahawa kaum wanita adalah pemandu yang cuai dan tidak bertanggungjawab serta merbahya berdasar pengalaman pandangan kita di masa yang lalu. Andainya pada suatu hari kita melihat sebuah kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan seorang pemandu wanita, maka  secara otomatik akan muncul dalam minda kita bahawa wanita tersebutlah yang menjadi punca kemalanagan itu, dan seterusnya kita lalu berusaha untuk membenarkan anggapan kita itu tanpa lagi memperhitung benar atau salahnya. Walaupun kemudian kiranya ada bukti-bukti yang menunjukkan fakta yang sebaliknya, iaitu yang menjadi punca kemalangan itu bukanlah daripda wanita itu, tapi kita sukar untuk menerimanya, kerana kita telah memprogramkan dalam minda kita terlebih dulu bahawa kaum wanita adalah pemandu yang cuai yang sering terlibat  dalam kemalanagan jalan raya.

Mangsa Minda
Ini kisah seorang wanita yang menjadi mangsa mindanya sendiri. Pada suatu hari wanita tersebut pergi menemui seorang doktor di sebuah klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana merasa tidak sihat. Ketika doktor itu menjalankan pemeriksaan ke atasnya dia terlihat sebelah mata doktor itu merah menyala dan membengkak seperti sakit mata. Tapi wanita itu yakin doktor tersebut yang juga seorang wanita mengidap penyakit mata. Dia diserang kebimbangan. Dia bimbang penyakit  mata doktor itu telah pun berjangkit kepadanya. Sebaik-baik sahaja keluar dari kamar doktor, dia tiba-tiba merasa matanya pedih, berpasir dan gatal-gatal dan berair, Dia yakin dia telah diserang penyakit mata. Walau bagaimanapun doktor menasihatinya supaya datang lagi pada hari keempat  kemudian untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Sebaik sahaja wanita itu sampai ke rumah dia meminta suaminya memeriksa matanya yang sakit itu. Katanya “Bang tolong tengok mata saya ini. Saya rasa mata saya gatal, berair dan senak. Saya lihat tadi, sebelah mata doktor itu bengkak, merah dan berair. Dia sakit mata, dan telah menjangkitkannya kepada saya. Tak baguslah doktor tu, sakit matapun bekerja juga”. 

Selama tiga hari lamanya ia menitis ubat yang sedia ada di rumahnya ke matanya yang dikatakan sakit itu. Dia yakin dia sakit mata berjangkit daripada doktor itu. Dan pada hari keempat wanita itu terpaksa berjumpa dengan doktor itu sekali lagi sebagaimana dijanjikan. Setelah dijalankan pemeriksaan sekali lagi, doktor mendapati dia sihat, kemudian memberitahu, “Mata kiri saya ni rasanya dah selesa. Beberapa hari yang lalu anak saya yang kecil tu mencucuk mata saya dengan pembaris menyebabkan mata saya menjadi merah dan berair seperti sakit mata. Mujur tidak ada apa-apa. Sekarang dah baik”. Wanita itu lalu bertanya doktor untuk mendapat kepastian, “Kena kayu pembaris bukan sakit mata”. Jawab doktor, “Ya bukan sakit mata”, sambil ketawa kecil.

Sebaik-baik keluar dari kamar doktor itu wanita tersebut secara spontan merasa matanya kembali seperti biasa. Tidak sakit mata lagi.

Demikianlah orang yang menjadi mangsa minda akibah salah sangka yang tidak sewajarnya berlaku.

Itulah dikatakan oleh para pakar perubatan bahawa minda anda boleh mempengaruhi jasmani anda. Sebahagian besar daripada penyakit yang dideritai oleh manusia mencerminkan minda mereka diselimuti oleh sifat negatif sepanjang masa dan tidak berhujung yang menjadi punca kepada penyakit jasmani mereka.

Kisah di atas menunjukkan pengaruh minda ke atas seseorang. Masih banyak lagi kisah-kisah benar seperti itu kalau hendak diceritakan. Tapi cukuplah setakat itu sahaja untuk membuktikan kesan minda terhadap manusia dari segi kesihatan. Di samping itu masih banyak kesan-kesan minda terhadap seluruh kehidupan manusia. Justeru berhati-hatilah dalam penggunaan minda supaya kita memperolehi faedah daripanya.

Doa:
“Ya Allah jadikanlah dalam  hatiku terang, dan pada pemandanganku terang dan pada pendengaranku terang, dan di kananku terang, dan dari kiriku terang dan di atasku terang, dan di bawahku terang, dan di hadapanku terang, dan dibelakangku terang, dan jadikanlah bagiku terang.”



Pondok Rahmat
5 Mei 2020/
12 Ramadhan 1441




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP