JANGAN JADI HAMBA PERUT
>> Monday, May 18, 2020
JANGAN JADI HAMBA PERUT
MAKANAN adalah salah satu perkara penting kepada manusia
dan makhluk-makhluk yang hidup untuk meneruskan kehidupan mereka. Setiap hari kita menikmati beraneka
jenis makanan terutama makanan yang kita sukai dan menjadi kebiasaan kepada
kita memakannya, seperti nasi bagi kita orang-orang Melayu. Tanpa makanan kita
mungkin sukar untuk meneruskan hidup.
Lumrahnya makanan yang hendak kita makan itu kita suap ke
dalam mulut dan kita kunyah berkali-kali dengan gigi untuk mememcahkannya
menjadi kecil kemudian kita telan
menerusi kerongkong dan terus masuk menerusi saluran penghadhaman ke dalam perut untuk menjalani proses penghadhaman
yang selanjutnya.
Biasanya panjang saluran penghadahaman seseorang ialah 9
meter atau 29.5 kaki, ia bermula dari dalam mulut dan memanjang sampai ke
selauran najis. Dalam satu masa perut dapat menampung sebanyak kira-kira 3 pain
hingga 5 [pint] makanan. Sau pain sama
dengan 473.176, 477 millimeters atau kira-kira sama dengan dua cawan sukatan
Amerika.
Makanan yang kita makan itu memberi faedah untuk
membekalkan tenaga dan menjaga kesihatan kita menerusi zat yang terkandung di
dalamnya, seperti aneka jenis vitamin, zat besi, zat asam dan sebagainya setelah
melalui beberapa proses yang tertentu lagi yang dipanggil proses penghadahman.
Oleh itu makanan yang kita santap itu mempunyai pengaruh
yang besar terhadap kita, baik dari segi jasmani dan ruhaninya, fizikal dan
mentalnya. Malah makanan itu lebih jauh lagi dapat mencorakkan akhlak dan budi
pekerti kita, sebagai manusia yang mulia atau keji tingkah lakunya.
Perut kita itu berbentuk seperti buah pear atau dikenali
juga dengan panggilan buah lai.
Makanan yang kita makan itu biasanya berada selama
kira-kira 9 hingga 25 jam dalam perut kita, sebahagian besarnya berada dalam
kandungan perut besar. Di samping itu ada lagi beberapa anggota yang turut
menyumbang kepada proses penghadhaman itu.
Semestinya setiap perkara mempunyai cara dan peraturannya
yang tersendiri untuk melakanakannya. Demikian juga dengan makan mempunyai
peraturannya yang tersendiri.
Peraturan khusus mengenai makanan yang wajib kita patuhi
Antaranya sebelum makan, kita hendaklah pastikan makanan itu halal dan tidak
haram mengikut Islam.
Kita disuruh makan makanan yang baik-baik, seperti
bersih, berzat, berguna serta halal.
Allah berfirman:
“Wahai orang-orang
beriman! Makanlah rezeki yang Kami berikan kepadamu yang baik, dan besyukur
kepada Allah, jika memang hanya Dia yang kamu sembah”. Al-Baqarah [2] : 172.
Seterusnya Allah menjelakan makanan-makanan yang tidak
baik untuk dimakan, yang diharamkan dalam firman Nya:
“Sesungguhnya tidak ada
yang Dia haramkan atas kamu selain bangkai dan darah dan daging babi dan apa
yang disembelih untuk selain dari Allah”. Al-Baqarah [2]: 173.
Rasulullah saw memberi amaran keras tentang bahaya
makanan haram itu. Sabda Baginda saw:
“Tidak masuk syurga
daging yang tumbuh daripada makanan yang haram. Dan setiap daging yang tumbuh
daripada makanan yang haram api neraka itu lebih utama baginya”
Dan: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang
haram, maka api neraka lenih utama baginya”.
Dan: “Allah Taala tidak
menerima sembahayang seseorang yang ada dalam perutnya yang haram”.
Di samping halal atau tidak haram, makanan itu mesti juga
yang dikatakan syubhah, iaitu sesuatu yang
tidak jelas halal dan haramnya; tidak dapat dipastikan bahagian mana yang halal
dan bahagian mana yang haram.
Mengenai syuhhah ini Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya yang halal
itu cukup jelas. Dan yang haram itupun cukup jelas. Di antara keduanya adalah
hal-hal yang syubhah yang tidak diketahui banyak manusia.
“Orang yang menjaga diri
daripada hal-hal syubhah, ia benar-benar membebaskan diri untuk agama dan harga
dirinya. Orang yang terjatuuh ke dalam hal-hal syubhah , ia pasti terjatuh pada yang haram. Sebagaimana seorang
penggembala yang menggembala di . sekitar tempat yang dilindungi, hampi sahaja
ia masuk padanya. Ingatlah bahawa setiap
raja memiliki tempat yang dilindunginya. Dan ingatlah bahawa tempat
perlindungan Allah adalah larangan-larangan Nya”.
Baginda bersabda lagi:
“Tinggalkanlah sesuatu
yang meragukan. Dan pilihlah sesuatu ynag tidak meragukanmu”.
Kita juga dilarang memakan makanan yang berbau busuk
untuk pergi solat ke masjid, kerana baunya boleh menganggu para jemaah yang
berada berhampiran. Kata Nabi saw. makruh makan bawang yang berbau untuk pergi
solat Jumaat, apa lagi memakan buah petai, jering dan kerdas
Kita dilarang makan banyak dan berlebihan kerana makan
berlebihan itu boleh menimbulkan berbagai akibat yang tidak baik dari segi
ruhani dan jasmani kita.
Allah tidak menyukai orang-orang yang makan banyak
berlebihan, walaupun makanan itu berupakan makanan yang halal.
Allah berfirman:
“Makan dan minumlah kamu,
tetapi janganlah berlebihan. Sebab Allah tidak menyukai orang-oang yang
berlebihan”. Al-A’raf [7]:3.
Walaupun makan berlebihan itu boleh menyebabkan seseorang
menjadi malas tapi nafsu syahwatnya
menjadi kuat dan galak. Kepada mereka yang tidak kuat imannya keadaan ini boleh
mendorongkan mereka melakukan maksiat dan perkara-perkara yang tercela oleh
agama.
Musuh ketat manusia, iaitu iblis pula akan mengambil
kesempatan untuk menggoda manusia supaya terus menerus melakukankan maksiat,
Banyak akibat buruk akan menimpa seseorang akibat makan
banyak atau berlebihan, baik ke atas diri secara peribadi dan juga masyarakat.
Makan berlebihan itu boleh menyebabkan kita keletihan dan
mengantuk hendak tidur. Dan ini mengakibatkan seseorang menjadi malas. Malas
untuk bekerja dan lebih-lebih lagi malas untuk beramal ibadat kepada Allah
Taala.
Justeru makan berlebihan itu boleh menyebabkan banyak
keburukan, maka dikatakan oleh Imam Al-Ghazali, “Kenyang dari yang halal adalah
awal dari setiap kebrukan.” Malah melaksanakan ibadah dan mencari ilmu dengan
memakan makanan yang haram itu dikatakan seperti membangu di atas kekotoran.
Makan banyak boleh menyebabkan hati kita mendapat
penyakit hati yang serius, iaitu penyakit keras hati dan hilang kecerdesan
akal.
Nabi saw dengan tegas mengingatkan manusia tentang
bahaya-bahaya akibat makan terlampau banyak. Antara lain Baginda saw bersabda:
“Makanlah kamu, dan minumlah dan bersedekahlah
dan berpakaianlah, tapi tidak dengan sombong dan berlebih-lebihan. Kerana Allah
suka melihat bekas nikmatnya pada hamba Nya”.
Justeru amalan mengurangkan makan amat besar gunannya, terutama sekali untuk
mengawal nafsu daripada menjadi terlebih kuat dan galak.
Mengurangkan makan dan tidak makan secara brlebihan
memanglah banyak manfaatnya, antaranya dapat mencegah penyakit dan menyihatkan
tubuh badan seseorang. Sebagaimana kita ketahui kebanyakan penyakit kronis
adalah berpunca dari makanan, seperti penyakit kencing manis, darah tinggi,
penyakit gemuk atau berat badan berlebihan dan sebagainya.
Rasulullah saw bersabda:
“Anak Adam tidak memenuhi
satu bekas yang lebih buruk daripada memenuhi perutnya.
Cukplah bagi Anak
Adam itu makan beberapa suap yang dapat
menegakkan tulang belakangnya. Apabila tidak melakukan yang demikian, maka
sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk
minuman, dan sepertiga untuk nafas”.
Maksudnya cukuplah kepada seseorang itu makan dengan
beberapa suap makanan dan beberapa teguk air untuk menegakkan tuluang punggung-
tapi jika mesti lebih daripada itu, maka satupertiga untuk makan, sepertiga
untuk meinum dan sepertiga lagi untuk nafas.
Seperti kata Buya HAMKA, “
“Berlebih-lebihan atau boros ialah melampaui batas yang
patut. Makanlah sampai kenyang; kalau sudah mulai kenyang berhentilah, jangan
diteruskan juga kerana selera masih terbuka. Minumlah sampai lepas haus, kalau
haus sudah lepas, jangan diteruskan juga minum, nanti badan menjadi lemah”.
Kaum wanita, khususnya para isteri yang cinta dan
sayangkan suami mereka meyedari bahawa salah satu cara untuk disayang oleh
suami mereka ialah menerusi perut, tegasnya makanan. Kerana itu mereka berusaha
keras menyediakan makanan enak yang digemari oleh suami memakannya, kerana
percaya jalan ke hati lelaki itu menrusi perutnya.
Namun bgitu para wanita, khususnya para isteri hendaklah
tidak lpa bahawa “makanan juga banyak membuka pintu hospital untuk dipenuhi.
Ingatlah, “manusia makan untuk hidup, bukannya hidup
untuk makan”.
Namun begitu janganlah pula sampai suami kelaparan, nanti
mereka secara sembunyi-sembunyi mencari makan di luar yang akan menysuahkan
anda pula. Bersederhanalah jangan beri suami makan terlampau kenyang- sampai
“betak perut” kata orang Kelantan.
Berhati-hatilah, “Jangan jadi hamba perut”.
Pondo Rahmat
10 Mei 2020/
0 comments:
Post a Comment