AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH
>> Sunday, May 24, 2020
AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH
Seperti lumrah di hujung
Ramadhan pada hari ini Aidilfitri telah berkunjung
tiba mengambil tempat Ramadhan yang terpaksa berlalu.
Seperti biasa juga
ketibaan Aidilfitri lebih menyuburkan percambahan ingatan dan kenangan kita kepada mereka yang kita
kasihi yang tidak ada lagi di sisi.
Dalam kenangan muncul
wajah-wajah atau gambaran-gambaran yang hanya boleh diraba dengan perasaan dan
disentuh dengan hati, tapi tidak boleh dipegang dengan tangan.
Ia hanya merupakan
mimpi-mimpi yang timbul tenggelam untuk menghiasi arus masa yang terus menapak
ke hadapan.
Namun begitu Aidilfitri
hari ini disambut dalam suasana meriah walaupun terikat di mana pergerakan kita
terbatas oleh peraturan dan undang-udang [PKP/PKPB} yang menghadang kebebasan
pergerakan kita akibat wabak Convid19. Tujuannya ialah untuk membendung perkembangan wabak Convid 19 daripada terus merebak.
Aidilfitri disambut untuk
membuktikan hari kemenangan kita dalam perjuangan menunaikan ibadat puasa serta
bertujuan untuk mengagungkan kebesaran Allah SWT.
Tidak seperti setiap tahun
di masa-masa yang lalu,tidak ada tetamu, baik rakan atau saudara yang jauh dan
dekat berkujung ke rumah, dan kami pun tidak mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri
kali ini.
Namun begitu anak-anak
yang tinggal berhampiran datang membawa cucu-cucu beraya di rumah.
Mereka ialah Safayi dan isterinya, Noor Baiti Zaini serta anak-anak [ tuan rumah], Ahmad Faris Zaini dan isteri Azaliza dan anak-anak, dan Ahmad Syaibani Zaini dan isteri Amalina dan anak-anak yang baru mendapat anak.
Walaupun bilangan kami tidak ramai, hanya beberapa orang sahaja. tapi kami mengambil kesempatan mengadakan solat sunnah Aidilfitri di rumah yang diimamkan oleh Ahmad Syaibani.
Inilah pertama kalinya kami
mengadakan solat Aidilfitri di rumah, selepas mengadakan solat trawih sepanjang
bulan Ramadhan.
Khutbah Aidilfitri menyeru
kita umat Islam membantu pihak berkuasa
dalam membendung Convid 19 dengan mematuhi peraturaan dengan tinggal di rumah
dan menjaga kebersihan diri masing-masing.
Khutbah Aidilfitri ini di
akhiri dengan seruan supaya kita semua menadah tangan dan berdoa kepada Allah:
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kami bermohon kepada Mu Ya Allah “Lindungilah Kami”, Selamatkanlah kami, Sejahterakanlah hidup kami”.
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Alllahu Akbar
Laillahaillah Wallahu
akbar
Allahukbar Walillahilhamd”..
Sekian.
Pondok Rahmat
1 Syawal 1441/
24 Mei 2020
2 comments:
Salam lebaran
maaf zahir dan batin
Mohon blogger dapat berhubung dengan saya mengenai tulisan tuan tentang Drs Abdul Rahman Al Ahmadi, Oktober 2019 yg lalu. Kerana Drs Abdul Rahman adalah bapa saya.
Boleh berhubung di 0175826955. Terima kasih
Post a Comment