YA ILAHI AMPUNILAH MEREKA
>> Sunday, November 10, 2019
YA! ILAHI AMPUNILAH MEREKA
KELMARIN [Sabtu 9 November 2019]
kami mengadakan perjumpaan kecil di Pondok Rahmat.
Ramai sanak saudara, jiran
tetangga dan ahli-ahli masjid yang datang. Alhamdulillah!
Kami juga mengadakan majlis tahlil untuk mengingat dan mendoakan mereka yang telah pergi dan tak akan kembali lagi.
Sesungguhnya setiap makhluk yang bernyawa pasti akan sampai ke penghujung hayatnya, iaitu kematian, sesuatu yang disediakan oleh Allah untuk semua makhluk Nya.
Dan kematian itu bukannya bererti penamatnya kehidupan,kerana selepas itu mereka akan dihidupkan kembali oleh Allah di alam baru yang akan mereka tempuhi,di mana nasibnya bergantung kepada amalan mereka semasa hidup yang pertama dulu.
Perjalanan hala tuju mereka semasa hidup yang pertama itu akan menentukan ke arah mana mereka akan ditempatkan oleh Allah, ke Syurga atau ke neraka. Syurga adalah sebaik-baik tempat tinggal dan neraka adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
Justeru itu kita hendaklah meluruskan hala tuju kita semasa hidup di alam pertama di dunia ini, supaya kita dikurniakan oleh Allah tempat yang mulia di alam Akhirat yang kekal abadi nanti. Tapi andainya kita menjalani hidup yang menyeleweng dari ajalan yang lurus, nescaya kita akan menemui nasib yang amat malang.
Kita mesti sentiasa bahawa kematian itu boleh menjemput seseorang bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja, tanpa mengira masa dan tempat. Orang tua boleh mati, orang muda boleh mati, malah dan kanak-kanak dan bayi pun boleh mati, orang sakit boleh mati, orang sihat dan segarpun boleh mati, orang lemah boleh mati dan orang kaya pun boleh mati.
Kematian boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tidak ada siapa yang mengetahui bila dia akan mati dan di mana dia akan diemadikan.. Justerru itu sentiasalah mengingati mati.
Allah berfirman:
"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu dalam benteng yang tinggi lagi kukuh".-an-Nisa' [4]:78
Semua yang bernyawa
pasti pergi
ke alam abadi
hanya Ilahi
Yang Maha Agung
Yang Maha Berkuasa
Maha Bijaksana
Maha Pencipta
Yang Kekal Abadi,
Tanpa berawal
Tanpa Berakhir
Kepada Nya
Kita panjatkan segala doa
Pengharapan
Keampunan
Keredaan
Kerahmatan
Semoga kematian kita dalam kemuliaan
Berbahagia di dunia
dan berbahagia di Akhirat
yang kekal abadi.
Amin! Ya Allah! Ya Ilahi!
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
10 November 2019
/13Rabiulawal 1441
1 comments:
Semoga Allah mengangkat doa2nya
Post a Comment