BILA LAMPU JAGAT PADAM

>> Tuesday, November 5, 2019





BILA LAMPU JAGAT PADAM








“DIA lah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarannya”. Al-Anbia [17]-33.

Setiap makhluk yang hidup di bumi, khususnya manusia dan haiwan mesti mengetahui atau menyedari kewujudan matahari.

Setiap hari mereka diliputi oleh pancaran cahaya matahari yang menimpa mereka dengan kepanasan yang tertentu.

Setiap  hari mereka dapat  menikmati pancaran cahaya matahari yang memberi kecerahan kepada mereka di waktu yang dipanggil siang hari.

Bila matahari telah tenggelam atau hilang siang hari dan cahayanya akan lesap dan diganti oleh malam yang diselimuti oleh kegelapan.





Semua makhluk yang hidup di muka bumi ini termasuk manusia, haiwan dan pokok-pokok tidak mampu untuk hidup tanpa matahari dengan kuasa cahayanya yang ajaib itu.

Itulah dikatakan matahari itu Lampu Alam.

Matahari adalah suatu ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Kita sepatutnya mengetahui beberapa keajaiban matahari sebagai salah satu tanda kita mengenali Allah SWT dan Kemaha Perkasaan Nya.

Matahari adalah sebuah bintang sebagaimana bintang-bintang yang lain yang berselerak di angkasa raya. Sebuah sebuah bintang yang mempunyai garis pusat sepanjang 1,392,000 km, berbanding dengan bumi yang kita huni ini hanya bergaris pusat 12,750 km.

Jka anda memandu kenderaan dari bumi ke matahari selaju 200 km sejam, anda akan mengambil masa selama 748,400 jam, atau 31,183.337 hari atau 85.433 tahun, kerana jarak antara bumi dan matahari ialah 149,680,000 kilometer.

Ada beberapa fakta yang khusus mengenai matahari  yang menarik untuk diketahui mengenai ciptaan Allah yang Maha Berkuasa ini.

 
Pancaran cahaya matahari itu juga bukan sahaja memberi manfaat kepada makhluk di bumi, tapi juga sebaliknya boleh menimpakan berbagai-bagai problem,antaranya suar matahari itu boleh menganggu dalam beberapa hal seperti  radio, magnet, dan sebagainya.

Namun begitu dengan rahmat Allah SWT makhluk manusia ini telah berjaya menangkap dan mengumpul tenaga yang terdapat dalam cahaya matahari itu dan menukarnya menjadi tenaga letrik yang boleh dialir kepada kilang-kilang atau rumah untuk kegunaan manusia. Untuk mendapat bekalan tenaga matahari yang banyak ia mestilah menggunakan loji-loji yang besar yang mampu mengumpul cahaya matahari dengan banyak dan menukarnya menjadi tenaga letrik. Yang istimewanya sistem tenaga solar ini ketika beroperasi tidak mengeluarkan sebarang bunyi atau menggunakan sebarang alat yang bergerak,seperti mesyin penyedut air dan sebagainya.




Logi tenaga solar
 
Di Malaysia sudah ada beberapa loji solar sistem ini, antaranya di Kuala Ketil Kedah, di Sepang Selangor dan di Jasin Melaka.

Seperti benda-benda yang lain juga, matahari sejak mula-mula diciptakan tidak statis, ia berubah dari masa ke masa, seperti seorang manusia yang bermula dari bayi menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua, dan akhirnya menemui ajalnya sebagaimana ketetapan Allah SWT.

Adalah dipercayai dalam proses perubahan itu yang mungkin akan mengambil masa bilion tahun dari sekarang, ia akan berubah wajah, pada suatu ketika saiz matahari akan mengembang menjadi lebih besar berganda-ganda daripada yang ada sekarang, iaitu bila bahan bakarnya mulai mengurang.

Akibatnya pada waktu itu matahari mungkin juga menelan bumi yang kita huni ini.

Jika ini berlaku.maka bererti seluruh jagat raya ini akan musnah dan binasa.

Apakah itu dikatakan kiamat?

Selepas itu jika matahari masih kekal dan tidak musnah, matahari akan kehabisan gas hidrogen yang telah dipergunakannya  sepanjang masa itu.

Tapi  benarkah ramalan sains itu akan berlaku? Benarkah usia matahari dan alam semesta ini akan mencecah usia jutaan tahun lagi?

Seterusnya bilakah alam semesta ini akan musnah, termasuk matahari akan hancur kerana telah sampai ke peringkat  penghujungnya- iaitu kiamat dan akan diganti oleh alam lain yang berbeza dari sekarang?

Tidak ada siapa yang dapat mempastikannya kecuali Allah SWT.

 
Gambaran ini merupakan semacam sains fiksi.

Pada waktu itu apa lagi yang ada? Apa yang akan terjadi kepada matahari?

Pada masa itu dikatakan yang tinggal pada matahari hanya bahagian terasnya sahaja lagi yang keadaannya telah menjadi kerdil, kira-kira sama besar dengan saiz bumi kita ini.
   



                               Logi tenaga solar

Pada masa itu, matahari akan terus berubah dari panas mungkin menjadi sejuk.

Kita pun dapat menduga andainya matahari kehilangan kuasa panasnya dan menjadi sejuk, maka semua kehidupan di dunia ini yang selama ini bergantung kepada matahari untuk hidup dan akan musnah.

Apakah kiamat akan berlaku pada waktu itu setelah berlaku kerosakan seluruh jagat  raya ini?

Sebaliknya jika kesejukan matahari  itu pula hilang, matahari sebaliknya akan menjadi panas yang akan mengancam bumi dan akan membinasakan seluruh hidupan-hidupan di alam ini.

Apakah itu juga tanda dunia akan kiamat?

Walau bagaimanapun Allah telah menjadikan matahari itu sebagai tanda kedatangan kiamat. Kebiasaannya matahari timbul atau terbit di sebelah Timur di waktu pagi dan tenggelam di sebelah Barat di senja hari. Tapi akan tiba suatu ketika keadaan yang sebaliknya akan berlaku, iaitu matahari akan muncul atau timbul di sebelah Barat bukan di sebelah Timur sebagai biasa setiap hari yang kita lalui.

Andainya berlaku perubahan yang anih seperti itu, maka itulah salah satu daripada tanda Kiamat akan segera berlaku, di mana seluruh jagat raya ini akan musnah.

Banyak Hadis-hadis Rasulullah SAW menyebut tentang hal ini. Kita petik dua buah Hadis sahaja di sini sebagai contoh bahawa matahari pasti akan terbit di sebelah barat yang menandakan kiamat akan berlaku.

‘Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit di sebelah Barat, jika ia telah terbit, lalu manusia menyhaksikannya, maka semua orang akan beriman, ketika itu tidaklah bermanafaat iman seseorang yang belum beriman sebelum  itu atau dia [belum] mengusahakan kebaikan dalam masa imannya”.
dan,

“Sesungguhnya tanda kiamat yang pertama kali muncul  adalah terbitnya matahari dari arah barat”.

Pada masa itu pintu taubat telah ditutup, dan tidak berguna lagi kepada sesiapa pun yang ingin bertaubat.

Justeru itu wahai Anak Adam berebut-rebutlah membuat kebajikan dan bertaubat seblum tiba masanya yang taubat tidak berguna lagi itu.

Perubahan matahari terbit di sebelah Barat ini berlaku bukanlah kerana berlakunya perubahan kedudukan matahari yang beralih tempat, tapi ia berlaku kerana  Allah mengubah putaran bumi daripada kebiasaannya.

Kejadian anih sepeerti ini tidak akan berulang lagi  di seluruh jagat raya ini sebagai tanda kemunculan kiamat.

Iaitu dengan kehendak Allah SWT Lampu Alam bukan malap tapi telah padam.

Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan Darulnaim.

5 November 2019
/8 Rabiulawal 1441

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP