TINKAP PUISI V SHARIFAH SAFIEE
>> Friday, November 15, 2019
TINGKAP PUISI V
Ah, betapa gelap dunia i ni
Bagaikan tiada siang disinar matahari
Alam raya di puncak kemusnahan
Kemungkaran di mana-mana
Insan perlu pimpinan
Engkau lahir pada saatnya
Bagai umat yang damba kesucian batin
Bagai wanita yang rindukan martabatnya
Bagai anak perempuan yang inginkan kemerdekaannya
Muhammad Engkau adalah pembebas umat
Dari semua cengkaman
Penyelamat dunia dari dunia sampai ke akhirat
Muhammad jika kini kumenyebut namamu
Keraana Engkau adalah pemimpin masa lalu
Pandu masa kini dan akan datang
Tiada perang tiada sengketa
Semuanya kembali dalam ketenangan ajaranmu
Ah, betapa rindunya manusia kini
Askan ajaranmu
yang maha luas itu
Bagaikan samudera tak bertepi
Untuk dilaksana di bumi Allah
Demi perdamaian kekal abadi
SHARIFAH BT SAFIEE
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Khabar Gembira
51 Tahun Yang Lalu, Pada 6 Jun 1968 [1388 Hijriah],
Akhbar MINGUAN KOTA BHARU Telah Mengadan Sayembara Deklamasi Sajak Dan Sambutan
Maulud Nabi S.A.W bertempat di Padang Merdeka, Kota Bharu. Seramai 34 Penyair
Dan Deklamator Muda, Lelaki Dan Perempuan Mengambil Bahagian. Dalam Acara Itu Yaaaang
Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa Dari
Masyarakat. InsyaAlah Saya Bercadang Untuk Menyiarkan Puisi-Puisi Tersebut
Dalam Blog Pondok Rahmat Sebagai Satu Rakaman Sejarah Sastra Tanah Air.
Sukacita dimaklumkan Bahawa Ada Di Antara Penyair-Penyair itu Telah Kembali
Kerahmatullah. Sekian Sambutlah Salam Hormat Dari Saya. Mohammed Zain Saleh
[Razin M.S].
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan,Darulnaim.
15 November 2019
/18 Rabiulawal 1441
0 comments:
Post a Comment