SELAMAT PENGANTIN BARU NURUL JIHAN DAN AHMAD AKMAL
>> Tuesday, November 26, 2019
SELAMAT PENGANTIN BARU:
NURUL JIHAN & AHMAD AKRAM
“Dan di antara tanda-tanda kebesaraan Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”.ar-Rum[30]- 21.
PERKAHWINAN
adalah peristiwa penting kepada jejaka dan dara yang akan menjadi kenangan
sepanjang hayat dikandung badan.
Ia merupakan
peristiwa manis yang akan akan menjadi ingatan seumur hidup kepada kedua
manusia yang berbahagia itu.
Ia menjadi
impian setiap jejaka dan dara yang masih belia dan teruna untuk memasuki
gerbang perkahwinan, yang membuka pintu kehidupan yang terbentang ke alam
rumahtangga yang luas, seluas nirwana.
Dari sinilah bermulanya sebuah kehidupan yang menyambung tali-temali kekeluarga dengan kelahiran anak dan cucu hingga ke akhir zaman.
Demikianlah
Alhamdulillah telah berlangsunglah sebuah perkahwinan yang murni antara seorang
teruna dan dara, yang saling cinta mencitai antara satu sama lain.
Kemarin, hari Isnin 25 November 2019 [28 Rabiulawal 1441] telah berlangsung upcara persandingan antara Nurul Jihan binti Othman dengan Ahmad Akram bin Noor Zohori di suatu tempat pilihan, iaitu di Tanjung Demong Beah Resort, Jalan Bukit Keluang, Kampung Raja, Terenganu.
Perandingan ini menysusul selepas keduanya diijabkabulkan sebagai suami isteri sehari sebelumnya, iaitu pada hari Ahad 24 November 2019 bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1441.
Ramai
keluarga dan sanak saudara dari kedua-dua belah datang beramai-ramai ke majlis
persandingan yang cemerlang itu.
Walaupun saya bercadang untuk menghadiri majlis itu, tapi niat saya telah terhalang kerana gangguan yang tidak dapat dielakkan. Saya memohon ribuan maaf.
Namun begitu
dari jauh saya tetap berdoa demi keselamatan kedua pengantin baru, Nurul Jihan
dan Ahmad Akram supaya sentiasa berada dalam rahmat Allah dan kesejahteraan
hidup dari dunia hingga akhirat.
Di sudut
hati saya, saya dapat merasa bagaimana gemilangnya majlis itu berlangsung dan dicucuri dengan rahmat
Ilahi.
Wahai anak-anakku tempohilah hidup yang luas terbentang ini dengan tenang, hati-hati dan sabar,dan sentiasalah berada di atas landasan syariat Allah SWT. yang benar dan suci. Insyallah anda akan selamat.
Salawat dan
Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.
Selamat
pengantin baru, dan selamat berbahagia.
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan, Darulnaim.
26 November 2019
/29 Rabiulawal 1441
0 comments:
Post a Comment