TALHAH AHLI SYURGA DI MASJID AL-QASIMI

>> Saturday, July 27, 2019






TALHAH BIN UBAIDILLAH, SEORANG PENGHUNI SYURGA DI MASJID KG.PARIT




SALAH Seorang sahabat Rasulullah SAW  yang terkenal, iaitu Tahlah  bin Ubaidillah telah dibawa ke Masjid Kg. Parit, iaitu Masjid al-Qasimi menerusi ceramah oleh seorang pendakwah.


Penceramah itu, Penolong Pegawai Dakwah  daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Suratemi bin Mat Jusuh telah  menyebut sejenak tentang sejarah Islam bila beliau membentangkan kisah   Tahlah bin Ubaidillah dalam ceramahnya di masjid tersebut.

Pada hari Jumaat 26 Julai 2019 bersamaan dengan 23 Zulkaedah 1440 Hijriah Masjid al-Qasimi telah mengadakan Solat Subuh Perdana kali kelima pada tahun ini, dan beliau diundang untuk memberi tazkirah selepas selesai Solat Subuh.


Rencana ini ditulis berdasarkan  daripada ceramah beliau pada pagi itu.

Tahlah bin Ubaidillah

Tahlah bin Ubaidillah adalah salah seorang daripada sepuluh orang yang telah dijamin masuk syurga oleh Baginda Rasulullah SAW kerana jasa-jasa mereka yang tidak ternilai dalam Islam.


Sepuluh orang sahabat Rasulullah SAW yang begitu tinggi darjahnya di dunia dan akhirat itu ialah:

1 : Abu Bakar as-Siddiq

2 : Umar bin al-Khattab.

3 : Uthman bin ‘Affan

4 : Ali bin Abi Thalib

5 : Talhah bin Ubaidillah

6 : Zubbair bin al-‘Awwam

7 : Abdul Rahman bin ‘Auf

8 : Sa’ad bin Abi Waqqas

9 : Sa’aid bin Zaid

10:Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah




Talhah salah seorang sahabat yang begitu harum namanya ikut serta bersama Rasulullah SAW dalam berbagai-bagai peperangan menentang kaum kafir. Akibatnya beliau menanggung berbagai-bagai kecederaan jasmani yang teruk diserang oleh musuh-musuh yang berusaha keras untuk menghancurkan Islam.


Perang Uhud:

Perang Uhud berlaku pada Syawal 3 Hijriah, antara kafir Quraish Mekah yang hendak mengganyang umat Islam Madinah di bawah pimpinan Rasulullah SAW.


Dalam Perang Uhud, Talhah dan sekumpulan para sahabat, antaranya  Ali bin Abi Thalib, Abu Dujanah dan sebagainya  dengan bermati-matian memperlindungi Rasulullah daripada serangan orang-orang kafir yang berrtindak untuk membunuh Rasulullah SAW. Mereka menjadikan diri mereka sebagai benteng untuk memperlindungi Raulullah SAW yang mereka kasihi daripada serangan musuh. Dalam peperangan ini Talhah telah tercedera parah.


Malah beliau banyak mengalami kecederaan dalam peperangan-peperangan yang disertainya bersama-sama dengan Rasulullah SAW., dalam usaha berjihad untuk menegakkan kalimah Allah.


Baginda Rasulullah memberitahu para sahabat bahawa sesiapa yang ingin melihat syahid yang hidup, lihatlah Talhah bin Ubaidillah.


Perang Jamal

Perang Jamal atau Perang Unta telah berlaku pada 11 Jamadilakhir 36 Hijriah, antara pehak isteri Rasulullah SAW Aisyah di satu pehak dan Khalifah Ali bin Abi Thalib di satu pehak lagi. Dalam peperangan ini ada beberapa orang sahabat seperti Talhah dan Zubir telah memihak kepada Aisyah.


Talhah telah meninggal dunia dalam Perang Unta ini dalam usia 64 tahun, akibat terkena panah pada pehanya yang menyebabkan beliau banyak mengeluarkan darah  yang membawa kepada kematiannya.


Beliau dimakamkan di Basrah, Iraq dan di dalam sebuah masjid.


Dalam peperangan ini pehak Sayyidina Ali telah berjaya menumpaskan pehak Aisyah, di mana unta yang dinaiki oleh Aisyah telah terkena tombak dan jatuh yang menamatkan peperangan itu.


Aisyah telah dibebaskan oleh Ali dan dihantar  pulang  ke Madinah dengan selamat.


Demikianlah secebis daripada kisah perjuangan sahabat Nabi SAW yang begitu besar ertinya hingga beliau diberi jaminan masuk syurga oleh Baginda SAW.



Kg.Parit PT. 
Kota Bharu Kelantan Darulnain,
27 Julai 2019
/24 Zulkaedah  1440

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP