KISAH MEMIJAK AL-QURAN
>> Monday, July 22, 2019
Pada hari Sabtu, 20 Julai 2019, [17 Zulkaedah 1440] akhbar Berita Harian menyiarkan sebuah berita mengenai seorang remaja perempuan ddi Tanah Merah memijak kitab Suci al-Quran. Akibatnyas seramai empat orang remaja telah ditahan yang disyaki terlibat dalam perkara yang memalukan itu.
Lebih nengaibkan lagi peristiwa tersebut telah dirakamkan dengan video dan ditularkan ke Facebook. Kejadian berlaku di Kusial Tanah Merah, Kelantan.
Apakah puncanya
peristiwa tersebut berlaku masih belum jelas dan sehingga ini pihak berkuasa
polis masih menjalankan penyiasatan.
xxxxx
xxxxx
Sejurus selepas membaca berita tersebut saya terus teringat kepada sebuah cerita ayah saya [Saleh bin Hj. Mamat-semoga Allah cucuri rhmat ke atanya] tentang sebuah cerita pendek mengenai pijak al Quran.
Tidak pula diketahui di mana dan bila ia berlaku.
Katanya pada suatu masa di zaman dulu ada sebuah kampung yang penduduknya hidup dengan aman dan damai, Mereka hidup harmoni dan bermahabah antara satu sama lain.
Mereka rajin berusaha dan dan hidup beragama. Masjid mereka padat dengan para jemaah setiap waktu.
Pada suatu hari kententeraman hidup pendudk terguggat. Satu perisitwa yang ganjil telah menimpa kampung mereka yang aman damai itu.
Apakah yang telah berlaku?
Seluruh penduduk di kampung tersebut tidak dapat memasak makanan mereka pada hari itu. Ia bermula sejak pagi selepas Subuh.
Perkara itu berlaku kerana bahan-bahan bakar mereka, seperti kayu api, arang dan sebagainya tidak mahu menyala. Walaupun kayu-kayu itu telah kering-kuntang dan sering mereka guna setiap masa.
Ini menimbulkan kegusaran, terutama sekali kerana anak-anak mereka yang masih kecil tidak dapat menikmati makanan seperti lumrah.
Justeru mereka beramai-ramai pergi ke rumah penghulu untuk memberitahu perkara itu.
“Saya tahu, malah keluarga saya pun tidak dapat memasak. Nasib baik ada sedikit makanan lebihan untuk kanak=kanak” Kata Penghulu.
Penghulu meminta mereka bersabar dan bawa bertenang.
Beliau memberitahu orang ramai, bahawa pada firasatnya ada orang asing yang masuk kampung sedang membuat sesuatu yang tidak baik untuk menghuru-harakan kampung mereka.
Mereka menyeru mereka supaya bekerjasama memburu penjahat itu dari rumah ke rumah. Sesiapa yang mempunyai tamu asing dalam masa sehari dua ini hendaklah diberitahu supaya siasatan boleh dilakukan.
Tapi tidak seorang penduduk pun mengaku mereka pernah menerima sebarang tamu dalam masa sehari dua ini.
Habis semua buah rumah kampung itu telah mereka kunjungi, tapi mereka tidak memperolehi seabarang maklumat yang mereka kehendaki.
Mereka berhenti dan berbincang di masjid. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa di hujung kampung ada sebuah rumah kosong yang telah ditinggalkan kerana tuan punyanya berpindah ke kampung lain.
Memanglah rumah itu masih belum mereka kunjungi kerana letaknya jauh dan terlindung daripada pandangan mata. Itulah hanya sebuah rumah yang masih belum mereka kunjungi.
Beberpa orang daripada mereka telah dipilih untuk berkunjung ke rumah kosong itu untuk menjalankan pemeriksaan.
Bila mereka sampai mereka memberi salam, tapi sepi tiada jawapan. Salah seorang daripada mereka menolak daun pintu yang tidak berkunci. Lalu mereka pun semua pun naik ke rumah.
Ada dua buah bilik kosong bila diperiksa tidak ada apa-apa, selain daripada sedikit pakaian yang terletak di ceruk dinding.
Selain itu tidak ada apa-apa yang mereka temui. Tapi sebelum mereka pergi, salah seorang daripada mereka membuka pintu tandas yang rupanya tidak berkunci.
Bila pintu berbuka mereka ternampak seorang lelaki yang serparuh bogel sedang berdiri di atas lubang tandas. Tidak ada sebarang najis dalam lubang tandas, tapi di sebelah dan kirinya ada dua buah buku tebal yang digunakan sebagai alas kaki ketika mencangkung.
Bila diperiksa buku itu ialah dua buah al-Quran. Bila sisoal lelaki itu memberitahun dia memang menggunakan al-Quran itu sebagai alas kakinya ketika mencangkung.
Katanya, tujuannya ialah untuk mencetuskan kekacauwan di kampung itu.
Orang itu terus dibawa menemui penghulu mereka di masjid. Dan bila diperiksa dia mengaku dira seorang Yahudi yang datang ke situ bertujuan untuk membuat kegemparan di kampung tersebut dengan cara yang keji itu.
Akhirnya si Yahudi itu telah dibawa menghadap raja negeri itu untuk diadili dan dihukum dengan sewajarnya.
Allah mendedahkan perkara yang aib ini untuk membongkar bahawa di kampung mereka ada pengkhianat yang sedang berusaha menghuru-hara kampung mereka dengan cara yang begitu hina dan memalukan. Kalau tidak si Yahudi itu akan terus berbuat demikian tanpa dikesan oleh sesiapapun.
Demikianlah cerita senafas dari ayah saya untuk menjadi renungan kepada para pembaca yang dikasihi.
Ulasan Menteri Besar
Menteri Besar Kelantan, Datuk Hj. Ahmad Yakob mengangapnya sebagai perbuatan biadab dan tidak sepatutnya berlaku di negeri ini, dan beliau menerimanya sebagai satu cabaran dan ujian besar Allah dalam usaha kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha membangun bersama Islam dan berusaha untuk melahirkan belia yang bermaruah dan berkahlak mulia.
Beliau menegaskan kepada Sinar Harian 21 Julai 2019: “Ini cabaran ketika kita memimpin atas nama Islam, tempat [negeri] kuatnya Islam, maka syaitan pun besar. Kita akan berhadapan cabaran seperti ini ketika berusaha kuat untuk melahirkan orang yang lebih baik”.
xxxxxxxxxxxxx
Demikianlah untuk renungan dan menjadi bahan berfikir bersama dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dari segenap penjuru, terutamanya umat Islam sejagat yang sentiasa terdedah kepada aneka cabaran getir yang memerlukan kebijaksanaan untuk menghadapinya.
0 comments:
Post a Comment