BERSIKAP LEMAH LEMBUT TERHADAP SEMUA MAKHLUK
>> Monday, July 8, 2019
sudut psikologi
BERSIKAP lemah
lembut bukannya bererti pondan atau lelaki lembut.
Sikap lemah
lembut bukan bererti untuk mengampu.
Sikap lemah
lembut bukan berti untuk mengambil hati orang.
Sikap lemah
lembut bukan bererti untuk bermuka-muka.
Sikap lemah
lembut bukan bererti mencari kasihan belas atau kasih orang.
Sebaliknya:
Sikap lemah
lembut adalah sikap positif.
Sikap lemah
lembut adalah satu sikap mulia dan terpuji.
Sikap lemah
lembut adalah sikap yang dituntut oleh agama.
Pokok utama
sikap lemah lembut di sini adalah berpuca dari hati seseorang, iaitu hati
seserang yang suci dan mulia.
Justeru itu kita dituntut berlemah lembut dalam semua
perkara dan keadaan yang wajar.
Namun begitu
dalam perkara yang peru ketegasan kita perlu juga bertegas, iaitu bertegas
dalam kelembutan.
Kita perlu
berlemah lembut dalam urusan berumahtangga dan juga urusan luaran, iaitu dalam
dunia luar, termasuk di tempat kerja dan juga dalam masyarakat buana.
Kita perlu
berlemah lembut dalam tulisan-tulisan dan catatan kita di dalam maya yang tidak
terbatas.
Kita perlu
berlemah lembut dan berdakwah.
Kita perlu
bersikap lemah lembut dengan kawan rakan dan sahabat handai, kalau tidak mereka
akan membenci dan meninggakan kita yang tidak berperi kemanusiaan.
Lebih-lebih
lagi dalam keluarga, kita perlu sentiasa bersikap dengan sikap lemah lembut
yang mulia itu.
Kita mesti
bersikap lemah lembut dengan kedua orang tua kita, iaitu ayah dan ibu, bersikap
lemah lembut dengan suami atau isteri, bersikap lemah lembut dengan anak-anak
kita.
Dan dalam
skop yang lebih luas sedikit lagi kita mesti berlemah lembut terhdap adik
beradik kita, saudara mara kita, bapak dan emak saudara kita, dengan sepupu
kita dan sebagainya.
Malah kita
mesti berlemah lembut juga terhadap haiwan-haiwan, terutama haiwan-haiwan
peliharan kita. Andainya haiwan-haiwann itu akan membenci dan melarikan diri
dari kita yang hatinya telah menjadi keras.
Dalam
sikap lemah lembut itu sudah tentu
mengandungi beberapa sifat yang terpuji yang menjadi inti pati kepada sikap
lemah lembut itu, antaranya sikap mahabah, baik hati, suka menolong, bertimbang
rasa, pemurah, kasihan belas, santun dan sebagainya dari sikap-sikap mulia yang
boleh menghampirkan seseorang kepada Allah SWT.
Allah
sendiri memerintah makhluk supaya bersikap lemah lembut. Dalam surah al-Kafh
[18], ayat 19 Alllah berfirman:
”Maka suruhlah salah seorang di
antara kamu pergi ke kota dengan membawa
wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat
manakah makanan yang lebih baik,
dan bawalah sebahagian makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah
lembut dan jangan sekali-kali menceritakan halmu kepada siapa pun”. Al-kah[18]:
19.
Bersikap
lemah lembut adalah sikap orang yang
berperibadi terpuji dan mulia.
Sebalikya sikap yang bertentangan dengan sikap lemah
lembut yang perlu dijauhi antaranya
ialah sifat kasar, keras, zalim, kejam, ganas, mudah tersinggung, pemarah,
tidak bertimbang rasa, dendam kesumat, suka membuat fitnah, menyakiti orang dan sebagainya, iaitu sifat-sifat yang berupa pakaian
yang menjadi kesukaan para syaitan yang durjana.
Rasulullah
saw berdabda,
“Sesungguhnya Allah bersfat lemah
lembut dan berlemah lembut dalam semua
perkara”.
Malah Allah
sendiri memperlihatkan segala sifat-sifatnya yang Maha Agung terhadap makhluk
Nya yang merangkumi berbagai-bagai sifat Allah yang meliputi sifat lemah lembut, timbang rasa,
kasihan belas, murah dan sebagainya yang menyebabkan makhluk Nya dapat hidup
selesa di dunia ini.
Nabi SAW
sendiri adalah seorang yang lemah lembut, dan ini banyak terpancar dalam
Hadis-hadis tentang baginda yang menggambarkan kelembutan sikap baginda itu.
Justeru itu
sifat lemah lemah lembut ini hendaklah menjadi pakaian seharian setiap orang,
khususnya orang Mukmin
Dengan sikap
lemah lembut ini kita dapat mengelak daripada berbagai-bagai perkara buruk
daripada menimpa diri kita dan juga terhadap orang lain, iaitu keburukan yang
tidak perlu dan sia-sia.
Kita dapat
mengelak daripada panahan petir sengketa, kita dapat mengelak daripada taufan
bermasam muka, kita dapat mengelak daripada landaan angin kencang kekecewaan yang akan meragut hati dan
berbagai-bagai kepincangan lagi.
Rasulullah
SAW bersabda,
“Barang siapa yang tidak memiliki sifat lembut, maka tidak akan mendapat
kebaikan”.
Sikap lemah lembut
adalah salah satu sikap penting yang menjadi asas atau tapak yang kukuh kepada pembinaan
perpduan masyarakat, bangsa dan negara.
Sebaliknya
andainya kita tidak bersikap lemah lembut kita akan terpakasa membayarnya
dengan harga yang mahal, bukan sahaja dengan wang ringgit, tapi juga dengan
kesihatan, ketenangan dan ketnteraman hidup kita, malah mungkin juga
keselamatan hidup kita akan terguggat.
Justeru
sikap lemah lembut yang kita jadikan pakaian seharian kita itu hendaklah
sentiasa gilap dan sarungkan ke badan kita dan dijaga dalam setiap perkara dan
urusan, baik antara di kalangan sesama Mukimin ataupun bukan Mukmin, dalam menjalin hubungan
dengan orang yang lebih tua ataupun lebih muda, baik yang kecil, ataupun yang
besar.
Malah kita
juga dituntut bersikap lemah lembut dan ihsan terhdadap mereka yang pernah
menzalimi kita, menghina kita, menyusahkan kitaa dan sebagainya, iaitu dengan memaafkan segala
kesalahan mereka. Ini bererti kita membalas kejahatan dengan kebaikan, iaitu
satu sikap yang terpuji dalam Islam.
Sesunguhnya
kembalilah ke jalan kebenaran, dengan bersikap lemah lembut yang akan memberi
kesan yang mendalam terhadap semua makhluk yang menikmatinya, di samping
disayangi oleh Allah yang juga mempunyai sifat lemah lembut yang ditujukkan Nya
dalam sikap rububiah Nya terhadap semua makhluk Nya.
Kita tidak
mempunyai masa yang panjang berjila-jila dan mencukupi di dunia yang fana ini
untuk hidup dan hanyut dalam lautan kegelapan persengketaan yang tidak
berfaedah, malah sebaliknya merguikan dengan menimpakan bala petaka kehinaan, kemusnahan
dan kebinasaan bukan sahaja ke atas kita tapi ke atas umat manusia seluruhnya.
Marilah kita bina sebuah kehidupan yang aman bahagia berpaksikan kepada sikap lemah lembut dalam semua ruang hidup kita yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan yang diredhai Allah SWT.
Wasaalam, sekian sekadar renungan.
Wasaalam, sekian sekadar renungan.
Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.
8 Julai 2019/
5 Zulkaedah 1440
0 comments:
Post a Comment