KUAPUNG AKSARA PUISI DAN BANI A. ZAINI
>> Wednesday, July 24, 2019
“KUAPUNG AKSARA PUISI” MEMBAWA TUAH KEPADA BANI A. ZAINI
Bani A. Zaini
PUISI ‘Kuapung Aksara Puisi” telah membawa tuah kepada penyairnya Bani A. Zaini, kerana puisi tersebut melayakkan beliau mendapat tempat pertama Peraduan Penulisan Kreatif 2019 Kategori Puisi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan GEMA.
Nama penuh beliau ialah Ahmad
Syaibani Zaini bin Mohamed Zain, dan bertugas sebagai seorang pendidik di
Jajahan Bachok, setelah bertukar dari Perak
ke Kelantan tidak lama dulu.
KUAPUNG AKSARA PUISI
Cakerawala
seindah ini
kupindahkan ke
kanvas kalbu
sebaga langit
biru
kualihkan ke
lembar fikiran
sebagai
jalur-jalur arah
sinar hidayah.
Titik kejora
aksara puisi
rencana rona
hidup
di balik awan
gemawan
berarak merentas
sempadan
kenyataan
pegari pesona
maya
Bani Zaini A.
Zaini
Mengenai kejayaan puisi Bani A.
Zaini ini meraih hadiah pertama, panel hakim telah membuat ulasan berikut:
“Begitu juga
dengan pemiihan diksi yang tepat menunjukkan keutusan puisi yang dapat diukur melalui hubungan antara
pengimejan, perlambanggan dan kiasan menghasilkan makna yang utuh melalui
proses pengkonkritan dan pengkhusuan pengalaman. Melalui bait-bait seperti gugus galaksi diksi, kupindahkan ke kanvas kualihkan ke lembar fikrah, pegari
pesona maya dan nuansa turut berkerdip harkat malahan tajuknya “Kuapungkan
Aksara Puisi” dapat menguatkan fasafah yang disampaikan melalui kata, diksi
mahupun judul puisi yang ingin dibawa oleh panyair”.
Sementara pemenang kedua digondol
oleh Rosi Ismail, dengan puisi yang berjodol Seakrab Angin dan sementera
tempat ketiga di menangi oleh Nizhamuddin dengan puisinya Menatap Langit.
Kepada Bani A. Zaini dan juga
rakan-rakan seperjuanganya itu kejayaan ini tidak akan membawa mereka ke
mana-mana, tidak akan membuahkan sebarang hasil jika tidak terus digilap,
diasah dn diusahakan dengan sungguh-sungguh dan mantap untuk mencapai kejayaan
yang lebih dan bermakna.
Malah tidak ada bengkel, tidak
ada kelas, tidak ada program yang berjaya melahirkan seseorang ahli seni atau
sastrawan yang unggul kiranya tidak disertai oleh sebarang usaha yang gigih dan
istikamah yang dilakukan oleh mereka yang berkenaan. Setiap orang yang hendak
sampai ke puncak mestilah sanggup bermandi peluh untuk mendaki, dan menempoh
segala halangan onak dan duri. Menunggu buah yang guggur tidak akan memberi
hasil yang memuaskan.
Jangan jadikan sijil-sijil yang
diperolehi sebagai penghias frem yang dipaku di dinding-dinding bisu untuk
menjadi habuan bubuk-bubuk masa yang yang berlalu. Sebaliknya jadikan ia
sebagai azimat pendorong untuk mencipta karya-karya yang unggul dan agung untuk
tatapan bangsa dan bakal pewaris zaman.
Satu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan di suatu majlis di Kota Bharu baru-baru ini.
Bani A Zaini adalah produk daripada progrem penulisan kreatif
2019 anjuran GEMA [Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan] dengan kerjasama
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur [DBPWT].
Seramai 55 orang bakal-bakal
sastrawan telah mengikuti progrem itu
bertempat di DBPWT pada setiap hujung minggu selama 10 minggu sepanjang tahun
2019 yang lalu.
Selain daripada puisi kursus juga
meliputi penulisan cerpen. Ia dibimbing oleh Haji Ezani Hj. Daud, M. Arif, Mohd
Zizie Setapa, Hj. Aminuddin Mamat dan Dr. Muhamad Fadzil Yusof.
Para perserta telah berjaya
menghasilkan sebanyak 147 karya yang terbaik yang terdiri daripada 125 buah puisi dan 22 buah cerpen.
Semua karya-karya tersebut telah
dimuat dalam sebuah antologi yang berjodol Seakrab Angin dan diterbitkan
oleh GEMA yang telah diedarkan pada majlis penyampaian hadiah tersebut.
Dalam perkara ini kita berharap
pehak GEMA dan lain-lain institusi yang terlibat tidaklah berhenti setakat mengadakan
bengkel, malah susulan hendaklah dilakukan untuk mempastikan semua mereka yang
telah digilap itu berjaya sampai ke puncak yang diharap-harapkan.
Andainya mereka masih berada di
tahap lama, setapak pun tidak bbertapak maju, maka tentulah ada sebabnya, dan pastikan apakah sebabnya itu dan
cubalah rungkaikan agar semua mereka berjaya melangkah ke puncak kejayaan.
Berjaya melahirkan ratusan bakal sastarawan, penyajak dan cerpenis dan sebagainya, tidak akan memberi erti apa-apa kiranya tidak ada seseorang pun dari ratusan mereka yang menerima asuhan itu muncul menjadi manusia sastrawan yang sebenarnya.
Alangkah bertambah kayanya negara kita
andainya kesemua 55 orang yang diasuh oleh GEMA muncul dengan gigih dan memenuhi
tulisan-tulisan mereka di dalam bidang masing-masing dalam dunia budaya dan
sastra kita yang diharap akan terus berkembang lebih pesat dari masa ke masa.
Saya berharap juga puisi-puisi
ini akan menjadi populer di kalangan masyarakat awam, sebagaimana mereka
menggunakan pantun-pantun untuk menghiasi percakapan mereka atau menguatkan
tulisan mereka dengan menggunakan
pantun-pantun di masa yang lalu itu. Ertinya waktu itu puisi telah menjadi
sebahagian daripada intipati tonggak bangsa dan budaya negara kita.
Sekian sekadar untuk renungan.
Terimaksih.
Kg. Parit, PT.
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
24 Julai, 2019
/21 Zulkaedah
1440.
0 comments:
Post a Comment