INILAH CINA KELANTAN

>> Tuesday, April 4, 2017







INILAH CINA KELANTAN


SEHARI dua yang lalu kami singgah di sebuah pekan tidak berapa jauh dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Waktu itu kami dalam perjalanan ke suatu tempat yang tidak jauh dari pekan itu.


Tujuan saya berhenti di pekan yang agak terkenal itu, ialah untuk membaiki jam tangan saya yang telah rosak. Saya telah dipsatikan di situ ada sebuah kedai runcit Cina yang juga ada orang membaiki jam.


Taukeh kedai yang juga tukang baiki jam itu seorang lelaki Cina yang berusia kira-kira lima puluh tahun. Dia petah bercakap Melayu, terutama pelet dan loghat Kelantan tulin.


Sambil membelek-belek jam itu dia mula membuka mulut bercerita tentang seorang pekerjanya, semacam mengomel untuk melahirkan rasa tidak puas hatinya.


Pekerjanya itu seorang gadis Melayu yang tinggalnya tidak berapa jauh dari pecan tersebut.


-Budak tu comel-. Katanya,-Tapi hari ini dia cuti bekerja. Dia beritahu saya, abangnya mati semalam. Lalu saya beri dia cuti”.


Dia gerhenti sejenak, kemudian menyambung, dan saya hanya mendengar semata. -Ni kita nak mengumpat sedikit, walaupun mengumpat itu tak baik dan berdosa. Tuhan marah. Bukankah  begitu?.- Dia menghalakan pertanyaan kepada saya.

-Ya betul -kata saya, -Tuhan sangat marah dengan orang yang mengumpat orang lain.


-Tapi biarlah saya nak cerita juga pasal budak tu, - katanya.


Seterusnya dia memberithahu, pagi tadi ada seorang lelaki dating mencari dia, katanya meustahak. Bila saya beritahu dia, pekerja saya tu cuti kerana abang mati, Nampak terkejut.


Orang itu memberitahu saya, sehatunya pekerja itu tidak mempunyai abang pun. Bila pula dia mempunyai abang?”.


Katanya lagi “Belum sempat saya bertanya apa-apa lelaki itu terus berllu pergi dengan wajah yang tidak puas hati.


Kemudian dia menyambung lagi ceritanya,Sekejap tadi pula datang lagi seorang lelaki mencari pekerja saya itu juga. Bila saya beritahu pekerja itu cuti kerana abangnya mati, dia nampak terkejut lalu ketawa buat-buat. Sambil mengeleng-geleng kepala dia beritahu rumahnya terletak berhampiran dengan rumah pekerja saya itu.


Bila saya Tanya kenapa dia mencari pekerja saya tu, katanya dia hendak minta hutang motosikal yang dibeli oleh  pekerja saya itu.


Saya merasa hairan, katanya, setahu dia, pekerjanya itu datang bekerja setiap hari hanya dengan berjalan kaki. Bila pula dia beli motosikal dan letak di mana?


Demikian pekerja perempuan saya itu. Lagi pun jika ada orang mati, tentu orang buat mengatib [majlis tahlil], tentu ramai orang tahu. Pelik sungguh keluhnya.


Kemudiannya saya meninggalkan orang Cina itu selepas mengucap terimakasih dan berpesan kepadanya supaya banyak-banyak sabar.


Dari situ saya pergi ke ibu negeri Kelantan, Kota Bharu untuk membeli ubat sapu dari sebuah kedai sinsih, kepunyaan keluarga orang-orang Cina Kelantan sejak turun temurun.


Berkebetulan waktu itu ada seorang wanita Melayu yang berjiblat dengan dua biji matanya sahaja yang kelihatan sedang membeli ubat.


Setelah selesai berjual beli, maka penjual Cina itu berkata, -Makan ubat ni, tapi jangan pula lupa minta doa kepada Allah supaya disembuhkan.


Wanita itu kelihatan tersenyum tanpa kata dan saya pun ikut tersenyum mendengar pesanan Cina itu kepada orang Islam.


Setelah keluar dari kedai ubat itu fikiram saya melayang jauh, ke zaman persekolahan saya dulu. Waktu belajar di Sekolah Melayu Salor, daripada beratus-ratus pelajar waktu itu ada beberapa orang pelajar bangsa Cina, lelaki dan perempuan yang belajar bersasma kami.


Dalam kelas saya, ada beberpa pelajar Cina, dan semuanya lelaki. Pelajar-pelajar Cina ini bukan sahaja pandai bercakap Melayu Kelantan, tapi boleh membaca Jawi, dan tahu sedikit sebanyak tentang agama Islam. Mereka tahu serba sedikit tentang sembahayang, puasa dan hari raya, dan lancar mengucap dua kalimah syahadah, dan selalu menyebut nama Allah bila ada perkara.


Nama-nama mereka pula walaupun ada mempunyai nama Cina, tapi lebih dikenali dengan nama Melayu, seperti Ali untuk Ah Lee, Hasan untuk nama Ah San dan Hussin untuk nama Lee Sin dan sebagainya. Demikian juga untuk orang perempuan, kalau tidak ditukar panggilannya namanya pun, di hadapannya akan ditambah dengan perkataan Mek, iaitu panggilan kepada orang perempuan Kelantan, seperti Mek Get, Mek Kiat, Mek Teh dan sebagainya, dan kalau perempuan tua pula ditambah dengan perkataan Tok, seperti Tok Mek Yu dan sebagai.


Dan ada salah seorang daripada mereka tidak pernah dikenali  dengan nama Cina, tapi nama Melayu, iaitu Muhammad. Muhammad ini akhirnya diberi hidayah memeluk agama Islam.


Kalau hari raya, kanak-kanak perempuan Cina akan beraya juga dengan memakai pakaian-pakaian baru dan berkunjung ke rumah orang-orang Islam, terutama rakan-rakan persekolahan mereka.


Demikianlah sebahagian kecil daripada beberapa ciri istimewa  tentang kaum Cina di Kelantan yang merupakan salah satu faktor membuat masyarakat majmuk di Kelantan sentiasa hidup dalam keadaan yang aman harmoni.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP