ASYHADU ALLAAILAHA ILLAL LAAH

>> Friday, April 14, 2017





ASYHADU AL LAA ILAAHA ILLAL LAAH PENCETUS KESEDARAN JIWA



Asyhadu al laa ilaaha illal laah, tiada Tuhan melainkan Allah merupakan unggapan yang agung, pengakuan manusia bahawa dia adalah seorang Islam yang menyembah Tuhan yang esa, tiada sekutu bagiNya. Ia mempunyai implikasi yang besar terhdp  jiwa
dan raga seseorang di mana ia akan berada bersamanya dari dunia hingga akhirat.

Seseorang Islam akan mengucapnya berpuluh-puluh kali dalam sehari semalam sepanjang hayatnya.Malah ia dikemundangkan  dalam masyarakat Islam dengan suara yang bergema ke seluruh pelusuk buana menjulang tinngi ke angkasa raya da menjunam jauh ke perut bumi untuk didengar dan dihayati oleh segala makhluk.

Di sini kita kutip beberapa buah pendapat mengenai unggapan yang agung ini untuk renungan bersama.






Pertama:

MENCETUSKAN KESEDARAN JIWA

"Asyhadu Al Laa Illaha  Laah” –“Aku mengaku tiada Tuhan sebenar melainkan Allah” akan membawa kita ke alam kepercayaan tauhid yang lebih mendalam lagi. Ia menyeru kita  agar berdiri dengan penuh keyakinan menafikan seluruh tuhan-tuhan palsu yang lain yang diada-adakan oleh khayal dan fantasi manusia yang takut dan gelisah dan agar mengaku dengan sepenuh hati bahawa tiada tuhan yang sebenar yang wajar disembah, yang wajar ditakuti, yang wajar dimulia, yang wajar diminta pertolongan, yang wajar diletakkan pengharapan, yang wajar, dan yang wajar dipatuhi hukum-hukum dan undang-undangnya melainkan Allah yang tunggal.

Alangkah besarnya erti  unggapan, Aku mengaku tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah” yang dikumandangkan berpuluh kali sehari semalam di tengah masyarakat manusia yang sedang sibuk berjuang membangunkan kehidupannya, yang sedang ditekan  aneka kebimbangan  dan ketakutan dalam menghadapi  gelumbang-gelumbang hayat , yang sedang mabuk dengan aneka  nikmat dan pangkat, yang sedang diumbang_ambing melawan cabaran-cabaran hidup, yang sedang letih lesu dengan tugas-tugas mereka  dan yang sedang tidur nyenyak  di tilam-tilam yang empuk  atau di lantai-lantai yang keras, yang sedang digoda oleh nafsu dan syaitan, yang dipengauri oleh keinginan yang jahat dan yang sedang bergelumang  dalam kegiatan-kegiatan  yang fasik.

Alangkah besar ertinya  unggapan yang lunak itu  apabila ia perlahanh-lahan  menusuk ke dalam kalbu manusia yang sedang menghadapi detik-detik  yang mencabar itu. Unggapan itu akan mencetuskan kesedaran  murni, membaharui keazaman, menyuburkan harapan, merangsangkan keberanian, menjijikkan kejahatan dan memandang enteng kepada kebendaan yang pana.
Semangat dari pengakuan “Asyhàdu al laa ilaaha illah laah” akan membuat Muslim sanggup   berdiri teguh, tegas, jujur dàn berani dalàm  menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Unggapan “Asyhadu al laa ilaaha illal laah”  bukan hanya merupakan dendang kata-kata malah ia merupakan satu sistem hidup yang menafikan sifat-sifat keagungan, kekuatan dan kekuasaan yang mutlak bagi sebarang mahluk yang lain; dan menetapkan bahawa Allah jua yang menjadi sumber-sumber kemuliaan, keagungan, kebesaran, keadilan, kebijaksanaan,hidayah dan undang-undang yang mengatur hidup manusia.

Unggapan “Asyadu al laa ilaaha  illal laah” merupakan pengakuan mutlak dari seorang Mukmim bahawa dia tidak akan  menyembah atàu beribadàt  melainkan kepada Allah dan untuk Allah, bahawa dia tidak akan tunduk  melainkan kepada Allah , bahawa dia tidak akan mencari pimpinan dan hidayah  melainkan kepada Allah dan tidak akan memilih sistem hidup yang lain  dari sistem hidup Islam yang telah diturun oleh Allah”.


Dari:
Yusof Zaky Yacob:
MENUJU JAMBATAN ALLAH


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg, Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP