HAJI AGUS SALIM DAN PADRI
>> Monday, April 10, 2017
HAJI AGUS SALIM DAN PADRI
Haji Agus Salim adalah seorang pemimpin Indonesia yang terkenal. Beliau adalah salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia, lantas dikenali sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.
Beliau adalah
seorang diplomat yang termasyur dan pernah menjadi wartawan sebagai redaktur,
dan pernah juga menjalankan pekerjaan-pekerjaan lain pada peringakat awalnya.
Beliau juga seorang
pengarang yang menghasilkan beberapa buah buku di sepanjang hayatnya di samping
menulis berbagai-bagai rencana yang dikumpulkan dalam sebuah antoloji berjodol Jejak Langkah Haji Agus Salim.
Beliau dilahirkan
pada 8 Oktober 1884, di Kota Agam, Sumatera Barat. Nama asalnya Mashudul Haq, isterinya
Zaenatun Nahar dan mempunyai lapan orang anak.
Beliau meninggal
pada 4 Nobember 1954 di Jakarta, dikebumikan di perkuburan Pahlawan Kalibatan,
Jakarta.
Namanya telah
diabadikan di sebuah stadium bola sepak di Padang.
Di sini saya petik
secebis dari kisah hidupnya untuk tatapan pembaca yang dikasihi sebagai bahan
renungan.
Kisahnya begini.
Pada suatu hari
beliau dalam perjalanannya beliau menaiki keretapi di mana dalam keretapi itu
beliau bertemu dengan seorang padri Katholik Belanda dan berpeluang
berbual-bual dengannya.
Menjelang tengah
harinya, padri itu membuka sebuah
bungkusan yang dibawanya dan mengeluarkan beberapa keping roti sandiwich
babi.
Padri itu menjemput
beliau makan bersama. Almarhum Hj. Agus Salim menolaknya dengan berkata, “Maaf,
kami orang-orang Islam tidak boleh makan babi”.
Padri itu dengan
sinis menjawab, “Sayang, ugama tuan melarang orang memakan daging yang begini sedap
dan enak ini di dunia”.
Kemudiannya, ketika
sampai di sebuah setesen, Haji Agus Salim hendak turun dari keretapi. Beliau
lalu berjabat tangan dengan padri itu dan berkata, “Sampaikan salam saya pada
isteri tuan, ya”.
Padri itu
tercengang-cengang mendengar kata Haji Agus Salim itu, lalu menjawab, “Saya
tidak beristeri, kerana padri agama Katholik tidak boleh berkahwin”.
Mendengar kata-kata tersebut
maka Haji Agus Salim pun berkata, “Sayang sungguh sayang, seribu kali sayang;
agama tuan melarang orang berkahwin, sedangkan tuan tahu bahawa perempuan itu,
jika dipandang dari jauh pun sudah cukup menggiurkan, apa lagi kalau
disentuh…….nikmatnya menenggelamkan dunia ini”.
Demikianlah secebis
kisah Almarhum Haji Agus Salim, semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.
Lorong Masjdi al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment