ASYHADU AL LAA ILLAAHA ILLAL LAAH SEBAGAI KOTA [3]
>> Monday, April 24, 2017
Kali ini kita angkat pula pendapat berhubungan dengan ucapan suci itu daripada
sumber yang lain pula berdasarkan beberapa Hadis-hadis yang dikemukan.
Cubalah ikutinya. Semoga memberi manfaat jua.
“Maka segianya atas orang yang berakal bahawa membanyak ia daripada
menyebut akan Laa illaaha illal laah”, serta menghadirkan maknanya.
Maka jangan dikurangkan daripada menyebutkan akan dia itu tiap-tiap hari
300 kali.
Maka barangsiapa membanyak menyebut akan dia, hingga berperangai lidahnya
pada menyebut akan dia, dan hingga berperangai pula hatinya pada menghadirkan
segala perkara yang tersebut itu, maka bahawasanya melihat ia akan beberapa
rahsia daripada segala sifat yang dipuji pada syarak’ dan berapa perkara yang
ajaib daripada segala keramat.
Sabda Nabi saw., ertinya “barangsiapa berkata ia akan Laa ilaaha illal
laah dan dimadkan akan dia, niscaya dirobohkan baginya 4000 dosa daripada
segala dosa yang besar. Sembah sahabat, hai Rasulullah, maka jika tiada ada
baginya sesuatu daripada segala dosa yang besar-besar itu, sabdanya diampun
bagi isi rumahnya dan bagi orang sekampungnya. Telah meriwayat akan ini Hadis
oleh Bukhari.
Dan lagi sabdanya saw., mencerita daripada firman Allah Taala, ertinya, “Laa
illaha illal laah” itu kota Ku, niscaya sentosa ia daripada siksa Ku.
Dan lagi sabdanya saw, ertinya, “Barangsiapa adalah kesudahan
percakapannya di dalam dunia ini, Laa ilaaha illal laah, niscaya masuk ia akan
syurga. Ertinya serta orang yang dapat kemenangan, dengan ketiadaan mendulu
oleh siksa”.
Al-Haji Umar Daud al-Kelantani
Dipetik dari
Laktoh assaminah Fil akoid addiniyyah.
Tahun 1970 [1390 H]
Lorong MJasjid al-Qasimi,
Kg.Parit, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment