ASYHADU AL LAAG ILAAHA ILLAL LAAH [2]
>> Saturday, April 22, 2017
ASYHADU AL LAA ILAAHA ILLAL
LAAH…..
Tiang Seri Agama
Islam [2]
[Pada bahagian 1 yang lalu kita telah membawa selayang pandang pendapat Allahyarham Dato’ Yusof Zaky Yacob mengenai falsasfah ucapan ASYHADU AL LAA ILAAHA ILLAL LAAH yang begitu penting ertinya kepada semua umat Islam. Untuk seterusnya kali ini kita angkat pula sebuah pandangandaripada tokoh agama yang tidak asing lagi mengenai jodol yang sama. Ikutilah dengan teliti pembicaran beliau itu].
“RUKUN pertama yang
sangat penting bagi orang yang memeluk Islam, iaitu mengucap dengan lidah serta
mempercayai dengan hati ucapan dua kalimah syahadah, iaitu:
Laa Ilaaha Illal
Laah, Muhammadar Rasuul Laah
Ertinya, “Tiada
Tuhan selain Allah, dan Muhammad Utusan Allah”.
Ucapan: Laa Ilaaha
Illal Laah itu mestilah diikuti dengan Muhammadar Rasuul Laah dalam segala
ucapannya. Sebab itu syahdah ini mesti bersmbung, tidak boleh dipisahkan oleh
kalimah atau perkataan yang asing, barulah dikira syah syahadah itu. Kalau
tidak bersambung, maka mestilah diulang syahadah, ataupun dalam bahasa Arab
“assyahadataan”.
Apabila seseorang
itu mengucap dua kalimah syahadah. maka dia dihukumkan orang Islam, dan
tertakluk kepada semua syarat-syarat dan undang-undang Islam. Tentang masalah
niat dan kepercayaan hatinya terserahlah kepada Allah SWT. Yang Maha
Mengetahui. Umpamanya jika dia mengucapkan dengan lidah untuk mengelakkan diri
dia dari dibunuh oleh orang Islam di medan perang, tetapi di dalam hatinya dia
tetap dalam kufur, maka kita hanya menghukumkan dengan zahirnya sahaja, iaitu
dia dikira orang Islam.
Allah Taala
berfirman dalam Hadis Qudsi berbunyi, maksudnya:
“Laa ilaaha illal
laah itu benteng Ku, dan sesiapa yang memasuki benteng Ku terselamat ia dari
seksa Ku”.
Kemudian firman Nya
dalam Surah Muhammad berbunyi: [maksudnya}:
“Dan orang-orang
yang beriman dan mengerjakan perbuatan-perbuatan baik, dan mempercayai apa
[wahyu] yang diturunkan ke atas Muhammad, dan itu adalah satu kebenaran dari
Tuhan mereka, Tuhan akan menebus segala kesalahan-kesalahan mereka dan
memperbaiki keadaan mereka”.-Muhammad:2.
Apabila seseorang
itu telah memeluk Islam, maka samalah seperti ia telah memasuki benteng Allah
dan ia akan terselamat daripada seksaan Allah, sekiranya ia mematuhi perintah
Nya dan menjauhi segala larangannya, iaitu yang disimpulkan dengan bertaqwa
sepenuhnya kepada Allah Taala, tetapi jika dia lalai dan cuai dalam memenuhi
apa yang dituntut kepadanya oleh Allah, maka dikira dia seorang yang berdosa, sedang iktikad dasn
kepecayaan tidak terganggu-gugat. Maka orang ini kiranya Allah mahu
mengampunkannya terserahlah kepada kehendak Nya, atau kalau mahu menghukumnya,
maka hukuman itu akan dikenakan ke atasnya menurut dosa yang dilakukannya.
Selesai menerima hukuman, ia akan dibenarkan memasuki syurga yang dijanjikan
untuk orang-orang beriman itu.
Berbeza dengan
orang-orang kufur atau syirik kepada Nya, sebab dosa kufur dan syirik itu dosa
yang tidak terampun sama sekali. Betapa boleh diampunkan pada hal orang yang
kufur mengingkari Tuhan yang menciptakan dirinya, tidak mahu mengakui Nya.
Demikian pula dengan orang-orang yang syirik, dia mahu menyembah tuhan, tapi
tuhan yang disembah itu bukan tuhan sebenarnya. Dia menyembah berhala padahal
berhala itu batu yang dibuat dengan tangannya sendiri. Dia menyembah binatang,
padahal binatang itu tiada berkuasa, kalau tidak diberikan makan dia akan mati,
dia sendiri tidak mampu menolong dirinya sendiri, betapa pula akan menolong dan
membantu orang lain.
Atau pun ada orang
yang mempercayai tuhan yang berkuasa, tapi dia keliru sehingga dia mengambil
bukan satu tuhan, tapi banyak tuhan, pada hal yang berbilangan tuhan itu bukan
tuhan, yang satu diiktikadkan mempunyai
kuasa yang tertentu yang mana kuasa itu tidak dipunyai oleh tuhan yang lain.
Jadi tuhan itu tidak mempunyai kekuasaan yang penuh, kalau begitu bagaimana
boleh dikatakan tuhan.
Sebab itu untuk
menyelamatkan umat manusia daripada tersalah dan keliru, maka Allah Taala telah
mengutus para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar,
jalan untuk mengenal Tuhan yang esa, Tuhan Maha Pencipta Maha Kuasa, pada
setiap zaman dan masa. Allah Sangat Maha Belas Kasihan kepada ummat Nya,
ditunjukkan cara-cara bagaimana mereka
harus mempercayaai tuhan yang benar, dikirimkan para utusan Nya untuk
membimbing mereka dan memberikan dalil dan hujah supaya mereka tidak syak dan
sangka. Tapi manusia sifatnya memang lekas lupa, sudah ditunjukkan pun masih
mahu menderhaka. Semua Nabi dan Rasul banyak diderhakai, tidak cukup dengan
didustakan terus me nganiaya.
Sebab itu Allah
Taala tidak mahu mengampunkan dosa kufur dan syirik itu, lalu berfirman,
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah
tidak akan mengampuni dosa jika Dia dipersekutukan dengan sesuatu yang
selainya. Tapi Dia mengampuni dosa selain dari itu kepada sesiapa yang
disukainya Nya”. An-Nisak:48.
Allah memberitahu
kita bahawa dosa syirik itu adalah amat besar, sehingga Dia tidak mahu
mengampuni sesiapa yang memperduakan Nya, Hal ini telah disitiyarkan Nya di
dalam banyak ayat Nya yang lain untuk memperingatkan manusia akan dosa kufur
dan syirik itu, sehingga Ia mengumpamakan orang yang syirik itu sebagaimana
bunyi ayat ini, maksudnya:
“Dan sesiapa yang
mempersukutukan Allah itu umpama ia jatuh dari atas langit lalu disambar oleh
burung atau dibawa angin ke tempat yang jauh”.- Al-Haj: 31.
Cubalah gambarkan
betapa gerunnya orang yang mati dalam kufur itu atau syirik itu, seperti mana
diceritakan oleh Allah SWT itu. Perumpamannya seperti orang yang dilemparkan
dari atas langit, sudah menanggung seksa jatuh dari tempat yang begitu tinggi,
lalu disambar oleh burung atau dibawa oleh angin ke tempat yang jauh. Sebab di
mana-mana tempat dibawanya tidak ada yang mahu menerimanya, sehingga
dilontarkan ke dalam lubang kubur yang merupakan sebagai lubang api yang
dikumpulkan di dalamnya dengan berbabagi-bagai seksa yang dasyhat, Ini sebelum
dikenakan ke atasnya seksa hari kiamat dan seterusnya seksa api neraka yang
meruapakan azab yang tidak ada taranya kekal di dalamnya buat selama-lamanya.
Al-Imam Ibnu Kathir
berkata, “Roh orang kafir itu bila dinaikkan ke atas langit, semua pintu-pintu
langit tidak ada satu pun yang dibukakan untuknya dari mendatangi satu pintu ke
pintu yang lain,sehingga akhirnya dicampakkan di situ, lalu jatuhlah ia
bergulung-gulung seperti diceritakan mengenianya oleh firman Allah Taala tadi”.
Dipetik dari:
Syed Ahmad Semati,
Seorang ulama, Penulis,
penterjemah dan pendakwah dalam:
Al-Quran Dan Bicara Islam,
Terbitan: Jabatan
hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.
Kota Bharu,
Kelantan.[1992].
Lorong Masjid
Al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment