Berhati-hati Dengan Permainan Yang Sia-sia
>> Sunday, July 31, 2016
Kisah ini berlaku dalam zaman pemerintahan Khalifah al-Mansur [712-775], salah seorang khalifah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad.
Pada suatu hari Khalifah telah berangkat menghadiri satu pesta yang menarik dan menyeronokkan.
Pada suatu ketika, seorang lalaki
datang menghadap baginda dan dengan yakinnya menunjukkan kepandaiannya bermain
membaling jarum.
Pada mula-mulanya
dia membaling sebatang jaram ke arah dinding untuk membuat sebuah lubang kecil.
Kemudian dia melontarkan sebatang jarum lagi, tepat melulusi lubang kecil yang
telah dibuatnya tadi. Demikianlah dibuatnya beberapa kali sehingga semua
jarum-jarum yang dibawanya sebanyak lima puluh batang itu dibaling dan tepat
mengenai lubang tersebut, tanpa sebatang pun melencong melekat pada dinding.
Khalifah al-Mansur
yang melihat permainan itu merasa kagum dengan kepandian lelaki itu. Justeru
beliau memerintahkan pegawainya supaya memberi hadiah kepada lelaki itu
sebanyak seratus dinar.
Di samping itu
Khalifah al-Mansur juga memerintah menjatuhkan hukman rotan sebanyak seratus
kali ke atas lelaki tersebut yang pada mula-mulanya merasa bangga dikurniakan
hadiah seratus dinar oleh khalifah.
Dengan rasa amat
terkejut lelaki itu bertanya khalifah kenapa dia dihukum seratus rotan dan juga
dikurniakan hadiah seratus dinar.
Khalifah al-Mansur
pun menjawab, “Saya memberi kamu hadiah seratus dinar kerana kepandian kamu
melontar jarum dan menjatuhkan hukuman denda seratus rotan kerana
menghabiskan masa dengan sia-sia dengan permainan yang tidak memberi
faedah”.
Cubalah kita ambil
peristiwa ini sebagai iktibar kepada kita yang hidup hari ini yang terlalu
banyak dengan aneka hiburan yang bukan sahaja merugikan tapi juga boleh merosakbinasakan
diri kita, dari segi diri dan ruhani.
Sekian untuk
renungan.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment