HUZIAFAH AL-'ADAWI DALAM PERANG YARMUK

>> Monday, July 4, 2016







HUZAIAFAH AL-‘ADAWI DALAM PERANG YARMUK
]KISAH UTAMAKAN ORANG LEBIH DARI DIRI SENDIRI]


Ada sebuah kisah kemanusiaan yang ajaib dalam Perang Yarmuk yang telah berlaku di kalangan umat Islam.





Seorang sahabat, Huzaifah Al-Adawi adalah seorang sahabat yang menyertai Perang Yarmuk yang berlangsung  antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian Rom. Perang berlaku pada 13 Hijriah [634 M] di pinggir Sungai Yarmuk. Perang itu disertai oleh ribuan tentera dari kedua pasukan, dan ribuan orang telah terkorban di kedua-dua belah pihak, dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam di bawah pimpinan Khalid Al-Walid.


Perang ini adalah suatu perang yang amat penting kerana keputusan perang itu berjaya menentukan arah sejarah peradabaan dunia yang berlangsung sampai ke hari ini.


Pada suatu ketika Huzaifah bercerita, beliau keluar mencari seorang saudara sepupunya dengan membawa sedikit air, dengan tujuan jika sepupunya itu ditemui dan masih hidup air itu akan diberi minum kepada sepupunya itu dan juga untuk melap muka sepupunya itu dengan air yang sedikit itu.


Kemudian beliau bertemu dengan sepupunya, dan berkata, “Engkau minum air ya?”.


Lelaki itu memberi isyarat “ya” kepada beliau. 

Tiba-tiba kedengaran seorang lelaki mengeluh “Aaah”.


Sepupu beliau itupun terus memberi isyarat kapda Huzaifah  supaya memberikan air itu kepadanya.


Huzaifah pun membawa air itu kepada lelaki yang kedengaran mengluh tadi. Beliau mengenali lelaki itu, iaitu Hisyam ibnu “I-‘Ash. Lalu Huzaifah pun berkata kepadanya, “Engkau minum air ya?”.


Perkataan itu didengar oleh orang lain lalu mengeluh “Aaah”.


Hisyam lalu memberi siyarat kepada Huzaifah supaya air itu diberikan kepada lelaki yang mengeluh tadi.


Huzaifah lalu segera membawa air itu kepada lelaki tersebut.


Tapi sayangnya bila Huzaifah menemuinya, lelaki itu telah pun mati.


Kemudian Huzaifah kembali kepada Hisyam membawa air yang sedikit itu, dan sayangnya beliau mandapati Hisyam pun telah mati.


Akhirnya Huzaifah kembali kepada sepupunya, tapi sayang sepupunya itupun itu telah mati juga.


Demikianlah ketiga-tiga pejuang Islam yang syahid itu telah menunjukkan contoh teladan yang agung dengan sifat memberi keutamaan kepada orang lain lebih daripada kepada diri sendiri.


Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka semua.


Demikianlah masyarakat Islam seharusnya menjalani kehidupan seharian mereka dengan mengutamakan kepentingan orang lain lebih dari diri sendiri?


Semoga Allah memberi keinginan dan kemampuan kepada kita semua untuk menjalani hidup yang luhur seperti ditunjukkan oleh mereka itu.


Ini adalah sejajar dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“TIDAK beriman seseorang kamu hinggalah dikehendakinya berlaku pada saudaranya apa yang dikehendakinya berlaku pada dirinya”.-Muttafaq ‘Alayh.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP