KENAPA MINTA PERANG?

>> Wednesday, July 6, 2016





KENAPA MINTA  PERANG?



                                                   Api dinyalakan


Seperti biasa sejak kebelakangan ini banyak masjid-masjid mengimport imam-imam luar negara memimpin sembahayang tarawih di masjid-masjid. Mereka adalah para hafiz, dan biasanya didatangkan dari negara-negara Arab.


Ada seorang hafiz dari negara itu bertugas di sebuah masjid di pinggir bandar. Ramai para jemaah yang hadir kerana mendengar kelancaran dan kemerduannya membaca ayat-ayat suci al-Quran.


Suasana masjid dan di sekitar aman dan tenang, dan ini menambahkan lagi kekhusyukan para jemaah bersolat. Tapi beberapa hari menjelang Aidilfitri yang lalu, suasana yang tenang mulai terguggat oleh bunyi letusan mercun dari kejauhan.




                                Bermaaf-maaafan selepas solat


Tapi pada suatu malam  ketika para jemaah sedang solat, tiba-tiba suasana berhampiran masjid kedengaran bunyi bising dengan suara Mmanusia dan diikuti dengan letusan mercun. Pada masa itu para jemaah sedang khyusuk bersolat.


Pak Imam Arab itu juga merasa terganggu. Sebaik-baik sahaja selesai memberi salam beliau pun terus bangkit menuju ke luar masjid memarahi kanak-kanak yang bermain mercun itu, menyebabkan semua kanak-kanak bertampiran lari.


Apa yang dikatakannya? Beliau merungut sampai ke dalam masjid, ustaz-ustaz yang memahami bahasa Arab memahami apa yang dikatakannya, “Negara ini sudah cukup aman damai, kenapa kamu sukakan peperangan dan kacau bilau? Menembak di sana sini, buat apa semua ini?”.


Kenapa Suka Berperang?

 
Memang benar teguran Syeikh tersebut. Biasanya letupan dan nyalaan api adalah lambang pembunuhan dan peperangan yang meminta korban jiwa dan raga. Justeru kenapa kita gunakan lambang itu untuk melahirkan keriangan dan kegembiraan kita menyambut raya ?


Kenapa kita beri duit kepada anak-anak cucu kita untuk beli bunga api dan mercun lambang pembunuhan itu? Atau kenapa kita beli mercum untuk mereka? Atau kenapa kita beli mercun untuk mereka dan juga untuk diri kita sendiri bermain mercun? Kenapa dan kenapa?


Biasanya bedilan mercun itu menganggu jiran tetangga kita dengan asap dan bunyi letupannya. Tidak jarang pula mengancam keselamatan diri dan orang lain yang tidak berdosa?


Negara ini adalah sebuah negara yang aman jika dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara lain di dunia hari ini, keadaan masih boleh terkawal walaupun sekali sekali berlaku perkara yang mengharu dan tidak diingini.



                                 Selepas solat Aidilfitri


Justeru kenapa kita suka bermain dengan bahan-bahan letupan dan api yang sifatnya membakar dan membunuh? Adakah kita tidak sukakan keamanan dan perdamaian?


Lagipun ianya merupakan permainan yang tidak dapat dipertahanakan lagi keunggulannya di zaman moden ini. Islam tidak merancang atau menggalakkan keganasan. Islam agama yang aman dan damai.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP