SOLAK IKAN
>> Saturday, July 2, 2016
SOLAK IKAN
[Kelmarin [1 Julai 2016] kami sekeluarga sedang bercakap-cakap mengenai resipi untuk berbuka puasa hari itu. Bila saya mendengarnya saya teringat
kepada sejenis masakan yang sudah lama tidak saya rasa. Biasanya ia dimakan bersama
dengan nasi kerabu dan biasanya pada suatu ketika dahulu ia disediakan oleh
penjual-penjual nasi kerabu untuk sesiapa yang menginginikannya.
Saya lalu bersuara meminta mereka memasak Solak Ikan, dan selanjutnya saya beritahu saya ada menyimpan resipi membuat solak ikan yang telah lama saya simpan. Mereka bersetuju dan berdasarkan resipi yang berikan itu mereka membuat solak ikan, iaitu sejenis makanan tradisional Kelantan.
Rasanya cukup enak
dimakan, bersama dengan nasi putih. Selamat mencuba].
Bahan-bahannya:
-4 ekor ikan kembung
yang besar.
-1/2 biji kelapa
yang tidak begitu tua.
-15 ulas bawang
merah.
-3 ulas bawang
putih.
-1/2 teh lada hitam,
-2 sudu teh gula.
- 1 biji telur ayam.
- 1 biji telur ayam.
-Garam secukup rasa.
-Minyak untuk
menggoreng.
Cara
-Kelapa diparut dan
ditumbuk.
-Bawang merah,
bawang putih,lada hitam, gula, ditumbuk.
Cara Memasaknya:
-Ikan dibuang tulang
tengah.
-Isi ikan dikikis,
jangan sampai kulitnya terkoyak.
-Isi ikan ditumbuk.
-Campurkan isi ikan
yang ditumbuk itu dengan kelapa dan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
-Masukkan telur dan
garam, kemudian gaulkan hingga sebati.
-Sumbat atau
masukkan semua bahan-bahan itu ke dalam kulit ikan.
-Panaskan minyak dan
goreng ikan itu hingga masak.
Sekian.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
0 comments:
Post a Comment