AIDILFITRI TERUS SEMARAK
>> Wednesday, July 20, 2016
AIDILFITRI
TERUS SEMARAK
Semangat Aidilfitri
masih membahang. Sambutan-sambutan hari raya masih diadakan di sana ini di
kalangan umat Islam, terutama oleh ajensi-ajensi dan institusi-intitusi
tertentu. Ianya hanya dijangka akan berakhir bila berakhir bulan Syawal nanti.
Dengan mengadakan acara-acara sambutan itu dapat mereka berjumpa dan bertemu, kerana mereka tidak berkesempatan bertemu pada hari raya yang lalu, akibat halangan masa dan tempat yang memisahkan mereka. Mereka makan minum dan bergelak ketawa di majlis tersebut.
-Mengejatkan kembali silaturahim.
-Kunjung mengunjugi
antara satu sama lain, terutama di kalangan anak saudara dan jiran tetangga.
-Berkenalan antara
satu sama lain.
Pada hari yang mulia
ini kita gampang memohon maaf dengan siapa sahaja yang kita temui, terutama
mereka yang kita merasa bersalah dengannya. Tapi jangan kita lupa untuk memberi
maaf, kerana memohon maaf tidaklah semudah memberi maaf.
Salam diberi salam
disambut. Tangan dihulur tangan dijabat. Habislah segala kabus yang membungkus
masa lalu, dan mari kita buka medan baru selagi hayat dikandung badan dengan
hati yang suci bersih. Dunia kembali tenang.
Adalah diharapkan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah sanak saudara itu dapatlah diteruskan walaupun selepas raya, kerana ia dapat mengikat tali persaudaran dan silaturahim, kiranya kita masih mempunyai ruang dan masa yang terbuka untuk berbuat demikian, dalam kesibukan harian kita di zaman moden ini.
Saya mengambil kesempatan menyiarkan sedikit foto-foto Aidifitri yang lalu untuk menghiasi tulisan pendek ini, walaupun masa telah agak lewat dan tanpa disengajakan. Ini berlaku kerana saya telah kehilangan semua ratusan gambar yang dirakam sepanjang hari raya itu kerana tanpa semena-mena terpadam daripada kamera handfon saya. Harap dimaaf jua.
Foto-foto yang disiar ini merupakan foto-foto yang tidak begitu bermutu yang dibekalkan olah Ahmad Faris Zaini, dan juga merupakan kiriman daripada keluarga. Diucapkan ribuan terimakasih.
Ribuan maaf dipohonkan
daripada keluarga Zaini.
Kg. Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment