SEJARAH TRADISIONAL BERDIKIR BARAT
>> Wednesday, June 12, 2019
SEJARAH TRADISIONAL BERDIKIR BARAT
Mukadimah:
“Adalah
memandangkan berlaku perbahasan tentang berdikir batak beberapa keluaran
Hiburan, juga memikirkan banyak pembaca
umum tidak mengetahui keadaan dan bagaimanakah cara-caranya berdikir itu, inilah dihuraikan
sebebeapa ringkas.
Timbulnya “Berdikir Batak” ini selepas Peperangan Yang Kedua yang direpolusikan tiga pemerintahan, sebelum perang berdikir asalnya “berzanji” lagu dalam Bahasa Arab. Dalam masa pemerintahan “Dai Tua” dan “Siam” telah direpolusikan dengan nama “Berdikir Laba” dilagukan dalam Bahasa Melayu diubah pantun dan nyanyiannya. Sesudah kembalinya pemerintahan British dinamakan pula “Berdikiir Barat” kerana terbitnya di Siam Selatan, direpolusikan dari “Berdikir Laba”- diakhirnnya direpolusikan dengan diberi nama “Berdikir Karut”, kerana lagu dan nyanyiannya semata-mata yang dikarut semasa dilagakan, kepada mereka-mereka yang tidak mempersetujui telah jua menamakan “Berdikir Batak” kerana setengah daripada nyanyiannya mencarut melampaui batasan kesopanan
Cara-caranya
Permainan ini kegembiraannya dengan dilaga-lagakan antara
satu pasukan dengan pasukan yang lain. Siapakah yang elok lagunya, suaranya
merdu, sindirannya tepat menuju musuhnya
itulah keputusannya akan menang.
Satu pasukan adalah terdiri
seramai 20 tau 25 orang , hendaknya mengandungi dari orang-orang muda yang
cergas tiada cacat tubuh badannya, kerana dalam seramai mereka yang mengambil
bahagian itu ada terdapat kecacatan atau
kecederaan seperti mata buta atau lain-lainnya,
musuh yang dilagakan itu akan mencela
pihaknya dengan nyanyian menuju kepada
cacat itu, sehingga ada juga terkadang membawa kepada menangis lantaran kecil
hati, semujurnya pergaduhan tidak terjadi tapi dendam kesumat di jiwanya pasti
ada selagi tidak ada pembalasan.
Kalau dikira upahan
sangat-sangatlah tidak berpadanan dengan keramaian orang yang mengambil
bahagiian, wang dari upahan itu kadang-kadang hanya mencukupi dengaan tambang
menambang kenderaaan dan sedikit untuk minuman menghilangkan dahaga.
Upahan adalah lebih kurang tiga
puluh ringgit atau lima puluh ringgit tapi lantaran kesukaan dengan permainan
upahan tidak dipedulikan sangat.
Mulai dijalankan berdikir ini
dari pukul lapan setengah hingga ke azan Subuh
dengan tidak berhenti dan berihat. Nyanyain diteruskan bergilir-gilir
dari satu pasukan kepada pasukan yang lain.Makin jauh malam semakin enak
nyanyiannya kepada telinga si pendengar
disebabkan nyanyain karut dah mula bercorak mengarut. Inilah membawa
penuntun bertepuk tangan tidak beredar dari tempatnya membawa ke fajar
menyingsing.
Repolusi....
Dari Yang Lain
Umum telah diketahui tiap-tiap
benda atau kejadian dalam alam ini yang sudah direpolusikan adalah membaiki masyarakat dari lemah
kepada baik, buruk kepada elok
sebagaimmana ‘rongging” direpolusikan........dengan “joget modern” untuk
menepati dengan keadaan masa. Tapi berdikir yang direpolusikan sebaliknya tidak
memberi keuntungan kepada Zaman Hidrogen ini kalau diselidiki setiap segi.
Kalau dipandang dari kacamata
ilmu kesihatan permainan ini sangatlah merosakkan, sebab orang yang mengambil
bahagian dan penuntun semalam-malaman tidak tidur, tidakkah kesihataan menyuruh
merihatkan diri dengan tidur sekurang-kurang 8 jam sehari semalam?
Juga ditinjau dari segi
ekonomi dan masyarkat sangat-sangatlah
tidak dikehendaki dan diingini di atas
kejadian yang telah saya dapati orang yang mengambil bahagian berserta penuntun-penuntun sesudah kembalinya
dari menuntun itu tidak meneruskan
pekerjaannya masing-msing sebagaimana biasa- buruh yang menoreh getah tidak akan
menoreh di pagi ini biarpun harga getah melambung tinggi demikian jua yang
membajak sawah berhenti dari
membajak disebabkan mengantuk, letih dan
tenat sehari-harinya terbaring di tempat
tidur dengan meniggalkan segala-gala kerja. Tidakkah keadaan sebagai ini merugikan kedudukan masyarakat
dalam zaman kebangunan?
Adat kesopanan, pasti kita dapati
sebahagian daripada nyanyian mencarutnya melanggar batasan juga carutaan itu telah
tersebar kepada kanak-kanak yang masih
dibawah umur bawa-bawa setiap masa dengan nyanyian-nyanyian mencarut antara
konsginya lelaki dan perempuan.
Tidakkah ini membawa kerusakan
kepada budi pekerti dan didikan jiwa kanak-kanak?
Dendam mendendam di jiwa
mereka yang kena sindiran dalam nyanyian di tengah khalayak yang ramai
itu disebabkan kemaluan harus akan bertindak menuntut bela di suatu masa yang lain dengan kekersaan.
Pergaduhan akan tersua-sua . Keamanan dan kententeraman
kampung susah hendak terjamin sebagaimana biasa.
Kedaan itu seloknya dalam
pemerhatian penghulu pegawai-pegawai kerajaan untuk menghidnarkan kejadian
buruk.
Itulah patutb diinsafi dan disedari
kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam membina masyarakat.
Nyanyian
Untuk pengetahuan sidang pembaca
di sini saya turunkan sedikit daripada nyanyian yang dapat saya kutip semasa
siasatan dalam perjalanan:
Kuras-kursa
Nyanyaian Ramai
Hai Hong, ni cawong, empat layang
puluh empatla puluh dotan dijangat .La.La.Liala, Laila Liala,Laiaa di satu
penyakut kain.
Tidak layang hambo,ia
hong,pi,cawang riwayat [britahu] la
bangat’
La,la liala,ah liala,ah
liala,mudah hambo mencari lain.
Nyanyain karut
menurut Suara Juara:
Burung jentayu, adik beradik ayam
hutan,tak boleh lepa mata aku nak pergi ke jamban. Burung jentayu adik beradik
ayam hutan,ia telan taji kuning sambil ia menyelam.
Burung jentayu adik beradik ayam
hutam, ia curi ubi kayu berhambat tengah jalan.
Burung jentayu adik beradik ayam
hutan, ia makan apas budu habis dua tiga tempayan.
Nyanyaian Sandiwara ini adalah
untuk memburuk-burukkan lawannya:
Sedikit Contoh
Nyanyian Mencarut
Stap motosikal nak pergi Bukit
Abal,
Orang stap motosikal dia stap punggung
kerbau.
Nyanyian mencarut seperti ini
masih banyak kalau dikumpulkan.
Inilah pandangan saya untuk
menungan bersama.
**********************************************************Artikel Tulisan ini oleh: MAZDA
Dipetik dari: HIBORAN,
Tanggal: 9.9.50
Penerbit: Abdullah Bin Ali
The Royal Press,
745 Noorth Briddge Road,
Singapore 7.
**********************************************************
SIAPA MAZDA?
Saya tidak pasti.
Apakah nama beliau
yang sebenarnya?
Pernah Bekerja
di Jabatan Penerangan Kota Bharu.
Saya pernah
bertemu beliau beberapa kali dalam tahun 1960an, malah kami pernah minum-minum
bersama di resturan.Kawan-kawannya memanggil beliau MAZDA. Tapi masa itu saya
tidak tahu siapa dia.
Saya
harap sesiapa yang mengenali beliau, khusunya keluarga dan sahabat-sahabat
beliau yang membaca tulisan ini dapatlah memberi penjelasan tentang hal ini
kepada kami.
Sekian
terimakasih.
Kg.Parit,
PT.Kota Bharu, Kelantan.
8 Syawal 1440
12 Jun 2019
0 comments:
Post a Comment