PERISTIWA DI AMBANG AIDILFITRI
>> Wednesday, June 5, 2019
PERISTIWA DI AMBANG AIDILFITRI
Kepada Pembaca Yang Disayangi Diucapkan
Taqabbalalallahu
minaaa waminka
[Semoga
Allah menerima amal kami dan amal kamu]
***********************************************************************************
HARI ini kita berada di ambang Aidilfitri, Hari Selasa 30 Ramadhan 1440. [4 Jun 2019] Besoknya Pintu Aidilfitri akan terkuak lebar dan serentak itu juga akan menutup pintu Ramadhan setelah sebulan terbuka lebar.
Saya sedang berfikir-fikir untuk menggariskan sebuah artikel mengenai Aidilftri, tiba-tiba telefon saya memanggil-manggil. Waktu itu kira-kira pukul 8..30 pagi. Pada sekrin telefon terpampang nama anak saya yang menetap di Selangor.
Mengikut rancangannya beliau akan balik berAidilftri bersama keluarga di
Kelantan. Beliau dan keluarga dijangka akan bertolak balik semalam, iaitu hari Isnin
malam Selasa dengaan berkereta. Sementara salah seorang dari anak perempuannya
telah sampai ke rumah semalam kerana menaiki kapal terbang.
Saya mendengar berita yang megejutkan yang di sampaikan oleh beliau, menerusi telefon, persis mendengar ledakan guntur di tengah hari yang panas terik. Dengan suara yang jelas tapi bergetar beliau memberitahu dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya .
Katanya kemalangan itu teruk dan boleh meragut naywa. Tapi Alhamdulillah mereka
bernasib baik kerana terselamat, dan hanya mendapat kecederaan yang kecil.
Beliau masih tidak dapat menceritakan dengan jelas tentang peristiwa tersebut, sementara
pihak polis juga sudah tiba. Beliau meminta maaf dan berjanji akan menelefon
semula bila keadaan mengizinkan.
Sementara itu kami dan keluarganya yang lain sentiasa berhubung menerusi
pesanan ringkas mengenai perkembangan-perkembagan terakhir tentang kejadian
malang itu.
Sekitar tengah harinya saya menerima panggilan telefon dari anak saya itu. Katanya
dia masih belum kuat untuk bercakap panjang. Justeru dia dengan ringkas sahaja
memberitahu bahawa setelah selesai berurusan dengan pihak polis dan bengkel
kereta dan sekarang dalam perjalanan ke hospital.
Katanya dia akan telefon semula petang nanti untuk bercakap lebih panjang sedikit.
Pada sebelah petang, kira-kira pukul enam lebih beliau menelefon saya dan dan ceritanya agak panjang sedikit mengenai kemalangan itu. Dia dan keluarga sekarang berada di Kuantan tinggal di rumah saudara isterinya yang datang ke tempat kejadian. Mereka datang dengan dua buah kereta.
Katanya kejadian itu berlaku di Maran, Di Balai Polis Maranlah mereka
berurus tentang kejadian itu. Sementara hospitalnya terletak di Temerloh
kira-kira satu jam lebih perjalanan dari Maran ke situ
Kemalanagan itu berlaku ketika dia hendak memotong sebuah kereta yang
dipandu oleh seorang anak muda yang bersendirian dalam kereta. Ketika dia sdang
mulai memotong kereta di hadapannya itu tiba-tiba “melenting” menghadang keretanya
di sebelah kanan jalan dua lorong itu. Dia tidak dapat mengawal keretanya, lalu
melanggar bahagian pintu tempat duduk pemandu kereta itu sebelah rusuk kananannya.
Perkara ini berlaku kerana tayar kereta di hadapannya itu tiba-tiba meletup
menyebabkan pemandunya tidak dapat mengawal lagi keretanya hingga melintas
jalan.ke sebelah kanan.
Kereta itu terus melancar ke seberang kanan jalan. Demikian juga juga kereta
anak saya meluncur melintas jalan dan melannggar pagar besi jalan. Dari sini menyebabkan kereta itu berpusing-pusing
beberapa kali di tengah jalan raya tanpa dia boleh berbuat apa-apa.
Tambah malang lagi, belon angin
keselamatan dalam keretanya itu telah berkembang terbuka dan menghalangnya
daripada melihat apa-apa, Apa yang boleh dilakukannya ialah berdoa kepada Allah
suapaya mereka semua selamat..
Setelah berpusing beberapa kali di tengah-tengah jalan raya, kereta itupun
lalu melannggar pagar jalan sebelah kiri pula menyebabkan kereta terhenti..
Barulah dia sedar dan dapat mellihat keadaann sekeliling.
Dia melihat keretanya mengalami kerosakan teruk,termasuk enjennya sekali.
Dmikian juga dengan kereta sebuah lagi mengalami kerosakan.
Dia terus menelefon polis yang segera datang, Kemudian setelah berurusan di
balai polis beliau pun mencari penunda kereta untuk membawanya ke bengkel.,
Sebenarnya dalam peristiwa sekelip mata itupun banyak perkara boleh berlaku, termasuk yang diduga dan tidak diduga. Yang patut selalu diingati ialah dalam kerjadian sesingkat itupun boleh menyebabkan kita kehilangan berbagai-bagai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat kecil atau pun besar.
Nikmat-nikmat itu mungkin berupa kebendaan dan mungkin berupa keruhanian, seperti cinta, kasih sayang, silaturahim, mahabah, persahabatan dan sebagainya yang tidak ternilai harganya.
Justeru segala nikmat yang Allah kurniakan itu, walau sekecil mana sekalipun di mata kita yang kabur nikmat, ialah merupakan nikmat besar kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya dan perlu disyukuri sepanjang masa.
Allah boleh menarik segala nikmat yang dikurniakan Nya itu hanya dalam sekelip mata sahaja.
Sebab itu Allah mengajar hamba-hamba Nya supaya sentiasa bersyukur,,
Allah berfirman:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah [nikmat] kepadamu". 7:Ibrahim,
Sebenarnya dalam peristiwa sekelip mata itupun banyak perkara boleh berlaku, termasuk yang diduga dan tidak diduga. Yang patut selalu diingati ialah dalam kerjadian sesingkat itupun boleh menyebabkan kita kehilangan berbagai-bagai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat kecil atau pun besar.
Nikmat-nikmat itu mungkin berupa kebendaan dan mungkin berupa keruhanian, seperti cinta, kasih sayang, silaturahim, mahabah, persahabatan dan sebagainya yang tidak ternilai harganya.
Justeru segala nikmat yang Allah kurniakan itu, walau sekecil mana sekalipun di mata kita yang kabur nikmat, ialah merupakan nikmat besar kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya dan perlu disyukuri sepanjang masa.
Allah boleh menarik segala nikmat yang dikurniakan Nya itu hanya dalam sekelip mata sahaja.
Sebab itu Allah mengajar hamba-hamba Nya supaya sentiasa bersyukur,,
Allah berfirman:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah [nikmat] kepadamu". 7:Ibrahim,
Menurut beliaua selama beberapa hari ini dia tidak mungkin lagi memandu kereta,
kerana masih teruma dengan peristiwa tersebut.
Justeru itu dia tidak dapat meneruskan perjalanan balik beraya ke Kelantan dan akan
mencari jalan untuk balik ke rumahnya dari Kuantan ke Selangor.
Anak perempuannya yang berada bersama kami telah bertolak ke KLIA sebelum
subuh tadi dan meneruskan perjalanannya ke
Kuantan bersama dengannya.
Semoga Allah mengampunkannya dan melimpahkan rahmat ke atas beliau
sekeluarga. Amin!
Kita hanya melakar peristiwa, tapi yang mentakdirnya adalah Allah belaka!
Kg.Parit PT Kota Bharu Kelantan
Kg.Parit PT Kota Bharu Kelantan
30 Ramadhan 1440
4 Jun 2019
0 comments:
Post a Comment