BERHARI RAYA BERSAMA M.ARIF

>> Sunday, June 9, 2019






M. ARIF BERHARI RAYA DI PONDOK RAHMAT




                                               Di tengah M. Arif dan di sebelah kanan 
                                          Ahmad Syaibani Zaini


SEPERTI lumrah setiap tiba musim raya pondok kami dikunjungi oleh ramai orang.


Mereka terdiri dari sanak keluarga, saudara mara, jiran tetangga, sahabat taulan dan para kenalan yang datang dari dekat dan jauh.


Mereka terdiri daripada berbagai-bagai profession, seperti guru-guru, kakitangan-kakitangan kerajaan, pencener, dan juga para penulis yang sudi menjejakkan kaki mereka di pondok kami.


Hari Aidilfitri kali ini terdapat seorang penulis dari kalangan penyair yang sudi datang berhari raya bersama kami.


Beliau adalah M. Arif. Nama penuhnya Mohd Arif bin Man. Beliau adalah seorang pendidik yang bertugas di salah sebuah sekolah di Jajahan Bachok.


Saya dimaklumkan bahawa beliau dulunya seorang ahli PPK, tapi kemudiannya banyak melibatkan diri dalam sebuah persatuan penulis lain iaitu GEMA, dan menjadi Ahli Jawatankuasa PERADABAN yang baru ditubuh kira-kira 3 tahun yang lalu.


Dalam pertemuan yang singkat itu, kami sempat juga berbincang mengenai perkembangan sastera, khususnya mengenai puisi.


Kami juga menyentuh tentang beberapa orang tokoh penulis yang telah meninggal dunia dan beberapa orang yang lain sedang keuzuran.


Antara yang uzur itu ialah Wadi  Leta S.A. dan Cik Gu Zakaria Muhammad atau “Z”.


Cik Gu Zakaria adalah seorang penulis veteran dan merupakan salah seorang daripada pengasas bersama PPK [Persatuan Penulis-Penulis Kelantan]


Menurut M.Arif beliau sejak kebelakangan ini berada dalam keuzuran.


Setiap kali beliau menyebut nama Cik Gu Zakaria  matanya mesti akan basah dan digenangi air.


Beliau beberapa kali menawar saya untuk menziarahi Cik Gu Zakaria, dan bersedia untuk menjemput saya di rumah dengan keretanya bila-bila masa yang sesuai.


InsyaAllah saya memang telah lama berniat untuk menziarahinya, tapi belum ada kesempatan.


Saya dapat menyelami perasaan dan hatinya.


M.Arif pada hari ini merupakan seorang guru kepada bakal-bakal para penyair yang berkorban masa untuk mengasah bakal mereka mejadi penyair.


Ramai yang telah memperolehi khidmat dari beliau, termasuk seorang anak saya, juga seorang guru, Ahmad Syaibani Zaini yang sejak kebelakangan ini mulai berjinak-jinak dengan bidang kepanyairan.


Mengenai Ahmad Syaibani, M. Arif menegaskan dia memang mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Namun bakat sahaja tidak cukup, tapi perlu rajin berusaha dan beristikamah, dan mempelajari teknik-teknik penulisan yang baik.


Beliau juga menasihat bahawa semua lintasan ilham yang tiba-tiba  muncul  di mana-mana sahaja perlu segera dicatat, sebab biasannya lintasan fikiran itu akan cepat menghilang.


Mengikut pengalaman saya, demikian juga dalam bidang penulisan yang lain,seperti artikel  perlu juga segera dicatat bila tiba-tiba wujud sesuatu idea, kalau tidak ia mungkin akan segera hilang dari ingatan.


Katanya, beliau telah meniliti beberapa buah puisi Ahmad Syaibani dan mendapati ada tanda-tanda positif untuk muncul sebagai seorang penyair yang berbakat di suatu masa nanti.


Dan beliau menekankan  lagi supaya sentiasa istikamah untuk meraih kejayaan

Dan Allah berfirman, maksudnya:

"Dan penyair-penyair itu dikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidaklah engkau melihat bahawa mereka menggembara di setiap  lembah dan bahawa mereka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya? Kecuali orang-orang [penyair-penyair] yang beriman dan berbuat kebajikan dan banyak mengingat Allah dan  mendapat kemenangan setelah terzalimi [kerana menjawab puisi-puisi orang-orang kafir]"224-227.Asy-Syu'ara'


Tulisan senafas  ini memerlukan faktor-faktor  tambahan tentang M.Arif supaya lebih comel dan memberi lebih makna.


Sekian, salam hormat dari kami.



Kg. Parit. PT, Kota Bharu, Kelantan.
9 jun 2019
5 Syawal 1440.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP