CERIITA KEMATIIAN

>> Wednesday, June 26, 2019





CERITA  KEMATIAN




DUA lelaki, sahabat zaman persekolahan, tiba-tiba bertemu di suatu tempat. Mereka telah lama tidak bersua. Seorang daripadanya berkerja di laut dan seorang lagi pekerja di darat.


Kita panggill dia pelaut, kerana bekerja dilaut, seperti menjadi nelayan, juruselam, pekerja di pelantaran minyak dan sebagainya.


Dan seorang lagi pekerja di darat, kita panggil dia pekeda, mungkin seorang guru, seorang mekanik, seorang peniaga dan sebagai.


Berbagai-bagai perkara yang mereka perbualkan, dan di antaranya ialah:


Pekeda: Anda bekerja di mana?


Pelaut: Saya seorang pelaut, berniaga dari pelabuhan di seluruh dunia.


Pekeda: Oh begitu! Ayah anda pula bekerja di mana?


Pelaut: Ayah saya pun seorang pelaut. Tapi dia telah meninggal dunia.


Pekeda:Dia meninggal di mana?


Pelaut:Dia meninggal di laut.


Pekeda:Datok anda pun sudah tentu seorang pelaut, dan dia meningaal di mana?


Pelaut:Diapun meninggal di laut juga.


Pekeda: Moyang anda pula bagaimana?


Pelaut; Dia tentu seorang pelaut, dan matinya pun di laut juga.


Pekeda:Kalau begitu laut itu amatlah merbahaya, anda tidak takutkah pergi ke laut?


Pelaut: Tidak! Saya tidak takut. Saya suka bekerja  di laut. Bagaimana pula dengan keluarga anda, ayah anda  masih hidup lagikah?


Pekeda:Dia telah mati.


Pelaut: Dia mati di mana?


Pekeda: Dia mati di rumah.


Pelaut: Datok anda pula mati  di mana?


Pekeda: Dia juga mati di rumah?


Pelaut:Bagaimana dengan moyang anda?


Pekeda;Dia juga mati di rumah.Semuanya mati di rumah.


Pelaut: Kalau begitu, rumah adalah tempat yang merbahaya dan menakutkan. Adakah anda tidak takut balik dan berada di rumah?


Pekeda: ???
xxxxxxxx





Cerita di atas walaupun merupakan kisah lucu, tapi ia mendedahkan satu hakikat penting, iaitu KEMATIAN.


Setiap yang hidup pasti mati.


Itulah diujarkan bahawa semua pintu boleh ditutup, kecuali pintu maut atau mati.


Kematian itu boleh berlaku di mana-mana sahaja, di langit, di bumi, diatas langit, di atas bumi, di dalam langit, di dalam bumi,atau di antara langit dan bumi.


Kematian boleh menimpa bila-bila masa sahaja, waktu pagi, petang, siang atau malam.


Kematian boleh menimpa lelaki dan perempuan, orang tua, orang muda, orang dewasa, bayi, kanak-kanak dan sebagainya, 

Kematian boleh berlaku ketika sedang bekerja, berihat, ketika tidur, menonton tv, di padang bola, di gelanggang  tenis, bola tangkis dan sebagainya.


Kematian boleh berlaku di rumah ataupun di rumah sakit ketika sedang menerima rawatan, ataupun di jalanaraya ketika memandu kenderaan.

Kematian boleh berlaku ketika sedang berbuat maksiat atau ketika sedang berbuat kebajikan atau beribadat.


Tegasnya kematian itu akan berlaku di mana dan bila-bila masa sahaja bila ketentuan Allah telah sampai,tanpa boleh diundur ataupun diawalkan walaupun sedetik.


Kematian itu satu kepastian, cuma cara, bila di mana  sahaja tidak kita ketahu, kecuali Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.


Justeru kita umat Islam hendaklah sentiasa berawas dan berwaspada supaya kematian kita itu dalam iman dan takwa, untuk menjamin keselamatan kita di negara yang abadi nanti, iaitu akhirat.


Di alam kitab suci al Ql-Quran Allah menyebut khusus tentang kematian ini,dan di sini saya kutip beberapa  ayat untuk perhatian bersama.


-“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang  telah ditentukan waktunya”.Ali Imran: 145.


-“Katakanlah [Muhammad] , ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam”. Al-An’am:162.


-“Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminita penundaan  atau pencepatan sesaatpun”. An-Nahl;62.


-Di mana pun kamu berada kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kokoh”.  An-Nisa’:78.


Demikianlah sekadar renungan.



Kg. Parit, PT,Kota Bharu,Kelantan.
26 Jun, 2019
/22 Syawal 1440

1 comments:

Warisan Petani June 26, 2019 at 11:59 PM  

Kematian itu ketentuan Allah jua

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP