BERHATI-HATI KETIKA ANDA MEMBACA SURAT KHABAR

>> Monday, June 24, 2019






BERHATI-HATI  KETIKA MEMBACA  AKHBAR


c


DULU orang membaca akhbar  bertujuan untuk mendapat berbagai-bagai maklumat atau pengetahuan yang penting, ataupun mencari maklumat-maklumat yang mereka perlukan.


Saya membaca akhbar sejak dalam kelas lima di sekolah Melayu lagi untuk mendapat maklumat-maklumat  yang saya suka membacanya.


Pada hari ini pun akhbar-akhbar sebagai pembekal maklumat itu masih kekal, tapi apa maklumat yang mereka sudurkan kepada pembaca itulah yang berbeza.


Sejak kebelakangan ini kebanyakan maklumat yang disudurkan oleh akhbar-akhbar tanah air kepada para pembaca telah memberi gambaran-gambaran negatif yang tidak menyenangkan hati.


Gambaran-gambran kemurungan yang tidak berkesudahan yang berlaku dalam masyarakat dan negara kita, malah menimpa dunia seluruhnya.


Kalau berberita tentang keluarga, kisahnya anak cederakan orang tua, anak cekik ibu, bunuh isteri, siksa anak, perlakuan sumbang dengan adik beradik, dengan anak, menantu dan sebagainya.


Kalau berberita tentang perdagangan, kisahnya penipuan, sorok barang, jual barang haram atau tidak halal, tipu mutu barang dan kenaikan harga barang sesuka hati, serta penjualan barang haram seperti dadah dan mercun dan sebagainya.


Kalau berberita tentang para artis, kisahnya perceraian, cemburu perbalahan sesama artis dan dengan orang ramai.


Berita-berita sukan pun penuh dengan kontroversi, penipuan, tuduh menuduh, tidak bayar gaji pemain dan sebagainya.


Cerita-cerita jenayah, pembunuhan terlalu banyak diutarakan baik yang berlaku dalam negara ataupun di luar negara yang sering mengakibatkan berlakunya peperangan dan pertempuran dan kekejaman sesama manusia di seluruh antero dunia.


Cerita-cerita fitnah, kata mengatakan di antara para pemimpin sudah menjadi lumrah dan diberi tempat yang berleluasa oleh akhbar-akhbar.


Kata-kata pembohongan yang dilancarkan oleh para pemimpin politik untuk mendapat perhatian ahli-ahli parti dan orang ramai juga begitu berleluasa.


Berita-berita yang menjijikkan ini senghaja berebut-rebut diketengah dan diperbesar-besarkan untuk menarik perhatian pembaca yang  mungkin telah kemerosotan daya pemikirannya dalam nilai bacaan.


Sebagai contoh saya petik tajuk-tajuk berita “panas” yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tanah air secara rambang keluaran hari Rabu 12 Jun 2019.

-Bunuh Kekasih Angkara Cemburu

-.Rhman Sesak Nafas Dimasukkan Ke Hospital

.Lapan Maut Kes Demam Denggi Di Pulau Pinang

-Nyawa Hilang Kerana Hutang RM 180

-Penjual Ikan Dera Anak Angkat Guna Sudu Panas

-Poliis Buru Lelaki Jerut, Gantung Kucing Sampai Mati Di tangga

-Pelajar Lelaki Maut Tersepit Selepas Motosikal Terbabas

-Pramugara Pecah Masuk Dobi

-Kanak-kanak Parah Kereta Nissun Navar Dinaiki Keluarga  Dirmpuh Kenderaan Beerat

-Geng Froy Hills Diberkas Polis

-10 Individu Diambil Keterangan

-BMW Hangus Akibat LintarPintas

-Lelaki Cekik Ayam Jantan Diburu

-Penyamun Menyambar Polis Tumpas

-Ancaman Kumpulan Abi Sayap Masih Tinggi

-Padah Mencuri Lembu Pemuda Di Penjara Tujuuh Tahun

-Didakwa Bunuh Pemandu Grab

-Polis Selamat 23 Mangsa Hamba Sex

-Operasi Selamat 15, 14 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam

-Cubaan Seludup Rokok BernilaiRM1 juta Tumpas

-Wanita Terperangkap Sejam Dalam Kereta Mainan

-Padah Makan Ikan Buntal Bersama Kokain

-Ibu Buang Bayi Dalam Tong Sampah

-Bunian “Dobbyy” Muncul Di Amerika Syarikat

-Objek Misteri Terbang Di ruang Udara China

- Budak Mati Dalam Perigi

-Nahas Helikopter Atas Bangunan Pencakar Langit,



Adakah perasaan anda tidak  terganggu  memabca berita-berirta seperti itu? Adakah anda tidak merasa terusik? Tidak merasa rimas? Tidak merasa kecewa? Tidak merasa hampa? Tidak merasa bimbang? Dan sebagainya daripada beraneka perasaan yang terguggat?


Berhubung dengan perkara ini saya suka menyebut tentang peristiwa yang menimpa ke atas dua orang sahabat saya. Pada suatu ketika dulu, akhbar-akhbar tanah air, khususnya keluaran hari minggu bererbut-rebut menyiarkan rencana-rencana mengenai kesihatan, khususnya tentang sesuatu penyakit.


Beberapa orang daripada kawan-kawan saya memang gemar membaca ruangan tersebut, dan dua orang daripadanya yang akan saya ceritakan nanti. Pada suatu hari seorang daripada mereka menelefon saya memberitahu bahawa dia baru sahaja membaca sebuah rencana tentang sejenis penyakit yang merbahaya, dan katanya semua simfton-simfton yang disebut dalam recana itu adalah sama dengan simfton yang terdapat pada dirinya, maka dia lalu membuat kesimpulan bahawa dia telah menghidapi penyakit tersebut. Di penghujung percakapan saya nasihatkan kepadanya supaya pergi menemui doktor dan menjalani pemeriksaan untuk mempastikannya.


Tapi kira-kira seminggu kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada isterinya memberitahu bahawa suaminya pagi tadi telah terjatuh dan sekarang ditahan dalam wad di hospital.


Sahabat saya yang seorang lagi pula membertitau dia juga sesorang yang suka membaca rencana penyakit dalam sebuah akhbar mingguan. Katanya hampir setiap kali membaca rencana-rencana itu dia terpaksa pergi ke wad kecemasan di hospital kerana beliau merasa telah menghidap penyakit tersebut, sebab-sebab beliau mengalami simfton yang sama dengan digambarkan dalam rancana tersebut.Tapi setiap kali pergi ke hospital beliu didapati  masih sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit seperti disangkakannya itu.


Saya nasihatkan beliau supaya tidak lagi membaca rancana-tentang penyakit tersebut, kerana saya juga gemar membaca rencaa-rencana kesihatan, atau penyakit, tapi cara penyampaian fakta yang disampaikan oleh penulis-penulis rencana itu tidak dapat membina peribadi pembaca apa lagi menolong pesakit, malah sebaliknya boleh membuat.pesakit bertambah sakit. Kupasan-kupasanyang diberikan tidak memberi jalan keluar kepada pesakit, tidak seperti renana-rencana kesihatan dalam bahasa Inggeris lebih banyak memberi maklumat yang berguna kepada para pesakit untuk untuk menghadapi penyakit dengan tenang dan hidup selesa  dengan penyakit yang mereka hadapi. Inilah rencana motivasi kesihatan yang berguna bukannya merupakan pendedahan penyakit tanpa memberi bimbingan yang wajar.


Namun begitu, saya tidak mencadangkan kepada . anda supaya memboikot akhbar, malah beli dan bacalah akhbar, terutama jika anda berkepentingan dengannya, terutama untuk memperolehi maklumat-maklumat penting mengenai tugas dan jawatan anda.


Pandai-pandailah memilih mana-mana yang perlu dibaca, dan jangan rugikan masa anda dengan membaca perkara-perkara yang tidak perlu dan tidak memberi faedah kepada diri dan peribadi anda sebagai seorang insan yang beriman.


Akhbar-akhbar hari ini yang berebut-rebut untuk pelarisan, mengakibatkan mereka kehilangan arah daripada matalamat untuk membina masyarakat dan membangun negara. Bagi mereka pelarisan akhbar di pasaran dengan berita-berita yang sensasi amatlah penting untuk mengelak daripada golong tikar jika tidak laku.


Di samping itu jangan pula lupa memabaca buku-buku yang bernilai dan berguna, dan yang lebih pentingnya keperluan membaca kitab yang maha agung, Kitab Suci Al-Quran, yang penting kepada setiap  manusia yang beriman.


Meninggalkan al Quran kita akan sesat di dunia dan sesat di akhirat.

Berhati-hatilah dengan akhbar-akhbar hari ini. Pandai-pandailah memilih.

Pihak akhbar pula, termasuk pemberita, pengarang, dan penerbit hendalah tidak mudah melupakan peranan mereka yang penting terhadap masyarakat, bangsa dan negara. Mereka mempunyai kekuatan untuk menyatukan bangsa, membina kekuataan ummah, menegakkan keadilan, menguatkan perpaduan, dan menyedarkan ummah untuk menuju kebahagian dunia dan akhirat.

Allahuakbar!



Kg.Parit, PT, Kota Bharu, Kelantan.
20 Syawal1440
/24 Jun 2019

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP