MENUNGGU ADALAH NASIB KETENTUAN MANUSIA
>> Sunday, March 4, 2018
Menunggu
adalah takdir kepada manusia.
Menunggu dan
manusia sebutan yang berlainan tapi mempunyai erti yang sama.
Sejak berada
dalam perut ibu lagi manusia telah ditakdirkan untuk menunggu.
Menunggu
untuk dilahirkan. Bila.
Dan setelah
dilahirkan dari perut ibu maka bermula nasib menunggu yang amat panjang untuk
mereka.
Menunggu
sepanjang hayat.
Sejak
dilahirkan ke dunia, banyak yang terlibat dalam penungguan untuk seorang
manusia. Mereka sama-sama menunggu bersama dengannya.
Sang bayi
menunggu bila dia hendak disuapkan makanan, bila dia hendak dimandi dan dibedak
langirkan. Dan bila hendak didodoikan. Sang ibu pula menunggu bila bayi itu
tidur supaya dia boleh berihat.
Sang ibu
pula menunggu bila anak itu boleh bercakap, meminta itu dan ini.
Dan sang ibu
juga menunggu bila anak itu akan
membesar, menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dan dewasa.
Setelah sang
anak masuk sekolah, dia belajar dan dia menunggu peperiksaan yang akan
menentukan nasib akademiknya.
Jika berjaya
dan layak, dia terpakasa menunggu lagi untuk melanjutkan pelajarannya ke
universiti. Kemudian menunggu lagi untuk mendapat pekerjaan.
Sesudah
mendapat kerja, menunggu lagi bila pula
hendak mendapat pasangan dan berkahwin. Dan bila dah kahwin menunggu lagi bila
pula untuk mendapat anak.
Bila bekerja
setiap hari menuggu untuk masuk pejabat, menunggu taim rehat untuk makan dan
minum, dan menunggu pula taim hendak balik di waktu petang.
Dan jika
anda ada janjitemu dengan pelanggan anda kena menunggu lagi kemunculannya.
Demikian juga jika ada mesyuarat.
Ada kalanya
kalau anda rajin masa menunggu itu anda itu boleh membuat kerja-kerja yang lain
yang berfaedah.
Tapi ada
kalanya masa menunggu itu anda tidak dapat berbuat apa-apa, antaranya ketika
menunggu ketibaan para pembesar di majlis-majlis tertentu, lebih-lebih lagi
jika anda seorang jawatankuasa. Yang boleh anda lakukan ialah berbual-bual atau
berborak-borak menghabiskan masa supaya tidak membosankan dalam keadaan
menunggu.
Kalau kena
ambil suami atau isteri yang bekerja yang keluar bersama sebelah paginya anda
kena menunuggu lagi baik sebagai penumpang atau sebagai pemandu.
Keadaan
menunggu menjadi lebih perit jika anda menunggu untuk menaiki kenderaan awam,
bas, kereta api atau teksi. Kerana mereka mempunyai cara melayan penggunggunya
yang tersendiri.
Setiap hari
ketika dan masa kita menunggu, dengan rela atau terpaksa.
Kadang-kadang
kita menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba. Umpamanya kita menuggu seseorang
tapi kerana sesuatu sebab, orang itu tidak datang.
Atau kita menunggu peminjam hutang yang bejanji untuk datang membayar hutang, tapi rupa-rupanya dia tak kunjung tiba. Pnaggilan telefon pun tidak disahuti. Penungguan seperti ini boleh membuat anda stress atau kecewa.
Entah berapa
lama masa yang anda gunakan untuk
menunggu berbagai-bagai perkara sepanjang hayat ini, sehingga sampai
kepenungguan yang terakhir.
Walau
bagaimanapun ada satu menunggu yang sangat penting kepada semua yang hidup,
khususnya manusia, iaitu Mati. Penghujung kehidupan di dunia adalah mati.
Mahu tidak mahu manusia mesti menunggu kematian.
Allah SWT
banyak menyebut tentang kematian yang sentiasa menunggu kunjungan setiap
makhluk yang bernyawa. Kita petik di sini sebahagian kecil daripada firman
Allah itu mengenai kematian yang menjadi hak dan kepunyaan Nya yang mutlak.
-“Tiap-tiap
yang bernyawa akan merasai mati”.Ali-Imram:185.
- “Dia lah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukankan ajal [kematian kamu”. Al-An’aam: 2.
-“Sehingga
apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil
nyawanya oleh utusan-utusan Kami [malaikat].Al-An’aam: 61.
“Tiap-tiap
diri akan merasa mati.......dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.
Al-Ambiyaa’: 35.
-“
Kemudian sesuyngguhnya kamu sesuah itu akan dimati”. Al-Mu’minum: 15.
Tegasnya
“menunggu” itu sentiasa menunggu anda dalam setiap waktu, samada anda suka atau
tidak suka. Menunggu adalah satu kepastian dalam hidup. Penungguan terakhir
ialah penungguan kematian yang akan membawa makhluk ke alam lain yang tidak
pernah terfikir oleh mereka akan keadaannya yang sentiasa menunggu ketibaan manusia.
Bila.
Tunggulah. Masanya mesti akan tiba.
Tapi
menunggu mati adalah suatu penungguan yang amat luar biasa.
Ia tidak
seperti anda menunggu isteri atau suami anda keluar dari pejabat.
Tidak
seperti anda menunggu anak-anak anda balik dari sekolah.
Tidak
seperti anda menunggu tetamu sampai ke rumah.
Tidak
seperti anda menunggu kelahiran anak anda.
Tidak
seperti anda menunggu gaji di hujung bulan.
Tidak
seperti anda menunggu nasi masak atau air mendidih.
Tidak
seperti menunggu buah durian guggur.
Tegasnya menunggu
kematian tidak serupa dengan menunggu apa-apa sekalipun. Kerana selepas nyawa tercabut dari badan,
anda akan memasuki alam lain untuk menunggu hari Kebangkitan di mana segala
amalan-amalan anda semasa di dunia akan dikira secara terperinci dan penuh
keadilan oleh Allah SWT.
Jika
seseorang Islam yang berperangai baik semasa di dunia dan mematuhi segala
perintah Allah SWT, maka tempatnya ialah di Syurga, iaitu ganjaran kepada iman
dan takwa anda semasa di dunia.
Tapi
sebaliknya jika manusia itu seorang kafir, atau Islam tapi tidak beriman, suka
melanggar perintah dan larangan Allah, tidak beramal saleh, maka tempat
untuknya ialah neraka jahanam, iaitu seburuk-buruk tempat tinggal yang penuh
dengan penyeksaan.
Tidak ada
pilihan lagi: syurga atau neraka.
Justeru itu
berhati-hatilah dalam menunggu kematian yang pasti akan mengunjungi setiap yang
bernyawa bila tiba wakunya nanti untuk dihisab segala amalannya. Dan diberi
pembalasan yang setempalnya,
“Tiap-tiap
diri [sudah tetap] akan merasa mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Kami [untuk menerima balasan]”, - Al-Ankabut: 57.
Lorong
Masjid, Kg. Kubang Siput,
Pasir
Tumboh,Kot Bharu,
0 comments:
Post a Comment