BERKERINGAT DI DUNIA, BERMANDI PELUH DI AKHIRAT

>> Wednesday, March 14, 2018








BERKERINGAT DI DUNIA,  
BERMANDI PELUH DI AKHIRAT


PELUH atau keringat adalah sejenis airan yang keluar daripada badan kita dalam keadaan-keadaan yang tertentu yang membasahkan tubu kita. Ia keluar daripada lubang-lubang seni yang terdapat pada kulit kita.





Fungsinya seperti pendingin hawa, iaitu merupakan sistem penyejuk hawa badan kita.

Peluh akan keluar dari badan kita, bila kita kepanasan, akibat sukatan suhu di sekeliling kita panas. 

Perkara ini berlaku kerana dalam sukatan suhu seperti itu  glands atau kelenjar-kelenjar peluh menjadi aktif, mengepam air peluh dengan lebih banyak kepada lubang-lubang peluh yang terbuka yang terdapat pada permukaan kulit kita.

Bila kita berpeluh, kita akan merasa  tubuh kita basah. Kian banyak kita mengeluarkan peluh, kian basah tubuh kita, malah boleh membasahkan pakaian di badan kita.

Justeru itu peluh yang keluar itu berguna untuk menyejukkan badan kita dari kepanasan.

Apakah peluh itu

Mengikut kajian dalam peluh kita yang keluar itu mengandungi air sebanyak 99 peratus, dan garam atau mineral salt kurang dari 1 peratus dan  lain-lain bahan yang diproses dalam kelenjar atau gland  peluh badan kita.

Garam inilah yang menyebabkan kulit kita atau peluh kita rasanya masin.

Peluh itu keluar membasahi badan kita menerusi lubang-lubang peluh yang seni yang terdapat pada kulit di badan kita.

Ketika peluh itu menyejat atau dalam proses mengering ia bertindak menyejukkan kulit kita, atau mencegah kulit kita daripada menjadi terlampau panas.

Kalau kita terlalu panas kerana sakit, seperti demam, maka peluh yang keluar dari badan kita terasa sejuk, iaitu “berpeluh sejuk”.

Kita juga berpeluh bila kita bersukan, seperti berlari, main bola, melumpat, gatih atau kayuh basikal dan sebagainya. Kadang-kadang peluh itu terlalu banyaknya hingga dikatakan “berpeluh rejuh”.

Pelumba-pelumba lari akan mengeluarkan peluh yang amat banyak ktika mereka berlari, iaitu kira-kira 2 galon peluh semasa berlari.

Kita juga boleh berpeluh jika kita terlalu terkejut kerana sesuatu yang tidak di duga, seperti kereta yang kita pandu hampir dilanggar oleh kereta yang dipandu tanpa mengikut sistem jalanraya.

Kita juga boleh berpeluh kerana menikmati makanan-makanan yang pedas atau hangat berempah.

Mengikut kajian kulit kita mempunyai 3,000,000 kalenjar-kalenjar peluh. Jika kelenjar-kelenjar ini dijajarkan semuanya satu demi satu ia akan mencapai kepanjangan 48 km.

Mengikut satu kajian lain, kaum wanita mungkin lebih banyak mempunyai kelenjar peluh dari lelaki, iaitu lebih dari 3 juta kelenjar peluh.

Pengeluaran peluh kita berbeza-beza mengikut tempat dan keadaan. Umpamanya di hari yang hangat, kelenjar-kelenjar peluh kita mengeluarkan peluh sebanyak 300 ml. Sebaliknya pada hari yang panas, seorang dewasa mungkin akan mengeluarkan peluh sehingga 2.5 liter  yang mengalir keluar menerusi kelenjar-kelenjar peluh itu.

Malah orang-orang yang paling tidak aktif sekalipun akan mengeluarkan peluh sebnyak 1 quart setiap hari.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu-satunya cara kulit kita membuat kita sejuk.

Bila kita kepanasan seperti tertedah kepada panas cahaya matahari darah kita akan mengalir ke permukaan kulit kita di mana udara akan bertindak menyejukkannya. Justeru itulah sebabnya kadang-kadang kulit kita kelihatan merah bila kita kepanasan. Malah kadang-kadang ia kelihatan begitu merah seperti “udang bakar”.

Ibarat Peluh

Orang-orang tua kita dahulu tidak ketinggalan menggunakan peluh sebagai tamsyil ibarat untuk menggambarkan keadaan sesuatu. Saya kutip di sini beberapa ibarat  sahaja sebagai ingatan kepada pembaca yang dihormati.

Mandi Peluh, maksudnya badan seseorang yang basah oleh peluh yang keluar terlalu banyak.

Berpeluh-peluh ibarat menunjukkan seseorang yang bekerja kuat.

Cemar peluh, sejenis ruam pada kulit, berbintik-bintik kecil, terutama pada bayi yang tumbuh di atas kulit yang  kemerah-merahan.

Saya juga suka menyentuh sedikit di sini tentang penggunaan peluh manusia, iaitu orang-orang jahat sering menggunakan peluh manusia untuk mengkhianati sesama manusia. Caranya pakaian-pakaian yang berpeluh, terutama coli dan seluar dalam wanita akan dipergunakan untuk tujuan sihir dengan membawa pakaian-pakaian itu kepada bomoh-bomoh untuk dikenakan sihir ke atas tuannya. Justeru itu berhati-hatilah dengan pekaian-pakaian tersebut, terutama ketika menjemurnya supaya tidak dicuri atau jatuh ke tangan orang-orang atau lelaki yang berniat jahat terhadap anda.

BERPELUH DI AKHIRAT

“Hari yang menggemparkan. Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kesasyatan hari yang menggemparkan itu. [Hari itu ialah: hari kiamat], hari manusia seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan”. Al-Zalzalah [99]: 1-5.



 
Kemudian para makhluk akan berkumpul di Padang Masyar untuk menerima pengadilan dari Allah terhadap apa yang telah mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu. Senang atau susah adalah tergantung kepada amalan mereka semasa di dunia.

Makhuk yang hidup mengenkari perintah Allah di dunia akan menghdapi berbagai-bagai penderitaan sebelum di seeret ke neraka jahanam.

Peluh-peluh badan mereka pun akan menyeksa mereka sendiri di Padang Masyar. Kerana di samping berpeluh di dunia, manusia juga berpeluh diakhirat, iaitu ketika berada Padang Masysar, selepas berlaku Kiamat. Ada beberpa faktor yang menyebabkan Allah menjadikan manusia berpeluh di Padang Masyar dan dengan tujuan-tujuan tertentu pula.

Di Padang Masyar itu manusia berpeluh dengan banyaknya sehingga melimpah-ruah.

Baginda Rasulullah saw bersabda, maksdunya:
“Manusia berpeluh pada hari Hari Kiamat dengan banyaknya hingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta dan menenggelami mereka, hingga sampai ke telinga masing-masing”. Hadis Bukhari.

Sabda Rasulullah saw maksudnya:
“Didekatkan matahari pada Hari Kiamat pada makhluk-makhluk hingga matahari itu menjadi dekat kepala mereka sejarak 1 mil, maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya, ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya”. Hadis Tarmizi.

Apa yang menyebabkan mereka berpeluh seperti itu:

-Panas matahari yang letaknya terlalu dekat di atas kepala mereka.

-Kerana mereka nampak neraka, tempat tinggal yang paling buruk untuk orang-orang berdosa kepada Allah SWT semasa di dunia.

-Kerana keadaan di Padang Masyar yang begitu huruhara yang amat menakutkan.

Jelaslah orang-orang yang berdosa akan terseksa oleh peluhnya sendiri yang  keluar bgitu banyak mambanjiri tubuh badannya. Justeru setiap hamba Allah semasa hidup di duniia hendaklah berusaha untuk mengelak daripada diseksa oleh peluh dan akhirnya dihumban ke dalam neraka.

Mereka hendaklah melayari hidup sebagai seorang hamba Allah yang beriman, bertakwa, dan melakukan amal-amal kebajikan dan kebaikan iaiatu amalan-amalan yang membawa mereka kepada Allah dan menjauhkan mereka dari neraka. Di samping itu mereka hendaklah  sentiasa bertaubat memohon keampunan kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP