KAWANKU YANG PERGI
>> Sunday, March 18, 2018
“Ini bukan sedang mengenangkan kawanku yang pergi, tetapi ini ialah satu babak sandiwara yang bernama “Istiadat Menghantar Cincin”. Sumbangan dari penuntut-penuntut Rembau Negeri Sembilan dalam Pertunjukkan “Malam Kesenian” yang telah diadakan oleh Kafura Jaya di Dewan Bandaran Kuala Lumpur baru-baru ini.”
TINGGI, bermuka pucat, matanya cengkung. Itulah sifatnya sahabatku itu. Dia
telah lama kukenal, sejak kecil aku bersahabat baik dengannya. Rumahku dan
rumahnya berhampiran. Ibuku dan ibunya berjiran baik.
Sekarang dia telah pergi. Pergi yang tak akan kembali. Perginya kerana
seksaan batin nan hebat padahal tenaganya masih diperlulan masyarakat. Jasanya
masih ditunggu.
Kerana dia sahabat karibku, tiap-tiap hariraya aku mengunjungi pusaranya. Bila di pusara
teringatlah aku akan sajak “Ke Makam Bunda”, dan kisahnya pun kembali
teringat.
“Kita angkatan pemuda baru diharam berpeluk tubuh, berdiam diri”, tegasnya
padaku, pada suatu hari. “Ingat saudara-saudara, pemuda harapan bangsa. Hidup
tak bererti, hidup mati”.
Aku berdiam, tak pandai menjawab. Mataku melerek ke skitar tubuhnya, ke mukanya yang pucat, ke
tubunya yang kurus kering. Di tanganya terpegang buku tebal.
“Saudara sakit,” Tanyaku.
“Tidak, aku sihat saudara. Tanganku masih kuat. Otakuku lancar jalannya”.
“Muka kau pucat”.
Dia tidak menjawab. Keningnya berkerut. Dia cuba tersenyum. Tak berjaya.
‘Kau tak percaya rupanya padaku. Pada hal kau sahabat karibku. Kawan dari
kecil. Ingatklah kau akan sumpah kita bersama: berat sama dipikul, ringan sama
dijinjijng, susah kau susahlah aku”.
Dia tidak menyahut. Aku menyambung, “Oleh itu ceritakanlah penanggungan kau
padaku. Mana tahu jika aku dapat meringankan bebananmu itu”.
“Kau sebenar-benarnya sahabat karibku. Tapi kau tak dapat meringankan
bebananku. Doktor juga tak mungkin. Hanya dia saja yang dapat”.
“Aku kecewa benar, jika aku sebagai sahabatmu, tak dapat membantumu.
Padahal kau perlu pada pertolongan”.
“Kau tak usah kecewa. Kau tak bersalah. Aku sendiri yang bersalah. Aku
Insaf. Aku cuba surut dari kesalahan itu. Tapi gagal. Aku kalah”. Dia termenung
sedih. Tangannya terketar-ketar.
“Kau seorang pemuda berjiwa teguh. Setahuku perjuangan kau tak pernah
menemui gagal. Kali ini baru kau gagal, dan kalah. Apa yang sudah terjadi”.
“Sebenarnya aku aku tak pernah bertemu gagal dan kalah. Aku baru tahu
jiwaku lemah. Itu belum lagi mengadap medan peperangan, tempat berlaku
pembunuhan. Aku tak boleh diharap membela masyarakat, mengisi kekmerdakaan,
kerana jiwa aku lemah”.
“Mengapa begitu saudara. Setahuku kuat dan teguh”.
‘Tidak. Jiwaku lemah, lemah dari
sangkaanku dan sangkaanmu”.
“Sekarang hatiku hancur.
Sehancur-hancurnya: seperti kaca jatuh ke batu. Jika tidak tegahan agama telah
lama akan membunuh diri”.
“Aku tidak memarahi dia. Tidak
juga ayahnya. Tidak juga masyarakat. Aku memarahi diriku sendiri kerana aku
yang salah”.
“Kau yang salah”.
“Ya aku salah. Aku salah terima.
Dulu aku sudah tahu, yang aku miskin, sesak dan hina. Pada hal dia anak orang
kaya. Berharta dan mulia”.
“Aku pipit. Dia enggang. Manakan
dapat bersama”.
Sudah mengucap kata-kata itu dia
meminta diri. Tinggal aku memikirkan hal itu.
Besuknya terkejut besar aku bila
mendengar khabar mengatakan dia telah pergi. Pergi tak akan kembali. Air
mataku melilih ke pipi di waktu menghantar jenazahnya ke kubur.
Aisyah gadis itu telah menjadi
isteri seorang pembesar negara. Hidupnya senang lenang.
“Apa yang dimenungkan”. Kawanku
menegur. Aku tersentak.
“Tak ada apa-apa. Hanya aku
terkenang pada kawanku yang pergi. Pada hal dia masih perlu hidup”.
“Siapa dia”.
“Uthman”, tegasku pendek.
“Uthman. Ya aku juga kenal.
Memang dia pemuda harapan bangsa. Tapi sayang, dia mati hanya dengan kegagalan
dalam percintaan”.
Demikian kawanku menutup kata.
SELESAI
[Cerita Pendek
ini pernah disiarkan dalam Majalah Fashion. Bilangan 211. Ahad 23 Febuari 1958.
[ 4 Syaaban 1377]. HARMY, 101, Jalan Sultan, S’pore 7.
Saya sempat mengirim dua buah cerpen untuk Majalah Fashion, dan Alhamdulillah kedua-duanya mendapat tempat. Saya sedang mencari sebuah cerpen lagi untuk catatan rekod].
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment