MATEMATIKAN DIRI SEBELUM DIMATEMATIK

>> Tuesday, March 27, 2018








MATEMATIK  DIRI SEBELUM DIMATEMATIK


Pada tahun 1950an dulu di sekolah-sekolah Melayu ada sebuah mata pelajaran dipanggil Ilmu Hisab, iaitu ilmu kira- atau ilmu untuk menghitung atau membilang..






Ilmu Hisab adalah salah satu ilmu penting dalam kehidupan manusia sepanjang masa, terutama untuk mengetahui  jumlah atau bilangan sesuatu, seperti tahun, bulan, minggu dan hari.

Ilmu Hisab juga penting untuk mengetahui berapa banyak harta benda yang kita miliki, termasuk wang ringgit, perkakas emas, tanah, kebun ladang dan rumah yang kita miliki dan berapa pula nilai.

Andainya kita tidak pandai ilmu hisab kita tidak mengetahui semuanya itu.

Tapi pada akhir-akhir ini perkataan Ilmu Hsiab itu tidak lagi dipergunakan di sekolah-sekolah tanah air, walaupun pelajarannya masih ada, kerana ia telah ditukar namanya kepada perkataan matematik, yang bermaksud sama. Kenapa perkataan itu ditukar menjadi perkataan asing hanya pihak yang berkenaan sahaja yang boleh menjawabnya.

Dalam bidang penulisan, matematik menggunakan sambol simbol yang dipanggil angka, ia bermula dari 0 [kosong], 1, 2, 3, dan seterusnya sampai ke bilangan yang tidak terkira dan tidak tersebut jumlahnya.

Bagaimana angka angka atau bilangan itu dibuat atau dikira tidak dapatlah dipastikan, adakah terjadi secara semula jadi atau hasil rekaan manusia.

Kebanyakan manusia hari ini setiap masa hanya suka menhgisab atau mengira harta benda yang mereka miliki, berapa banyak wang dalam bank, berapa banyak kes dalam tangan, berapa banyak hutang yang diberi pinjam dan seumpamanya. Sehingga mereka terlupa untuk mengira atau menghisab perkara-perkara lain yang perlu kepada manusia sebagai hamba Allah untuk menghisabnya.

Sebenarnya terlalu banyak perkara perlu dihisab yang Allah SWT ciptakan untuk makhluknya, terutama makhluk manusia, demi kepentingan kehidupan mereka. Malah kurniaan yang Allah berikan itu terlalu banyak, hingga tidak terhisab atau terhitung oleh sesiapapun.

Namun kerana terlalu banyak, bersepah-sipah, dan sibuk dengan matematik  perkara-iperkara lain menyebabkan kita manusia terlupa langsung untuk menghisabnya, untuk mengiranya akibatnya kita terlupa kepada Maha Penciptanya, Allah SWT.

Justeru maka kita angkat  di sini sebahagian yang amat kecil daripadanya untuk dijadikan renungan dan ingatan bersama, semoga kita sentiasa mengingati Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

MENGHISAB KURNIA ALLAH

Kita bersyukur kepada Allah dengan limpah kurnianya kita dilahirkan sebagai orang Islam, dilahirkan oleh ibu bapa Islam, dan tidak dilahirkan sebagai manusia kafir, kerana hanya Islam sahaja agama  yang diterima oleh Allah SWT.

Kita manusia hidup di bumi, maka Allah bentangkan bumi ini seluas-luasnya dan menjadikannya mudah untuk digunakan oleh makhluknya di sepanjang masa.

Allah kurniakan kepada makhluk makhluknya sumber sumber  air dari bumi, baik berupa mata air, lautan, sungai, tasik, paya dan sebagai untuk membolehkan hamba hamba Nya terus hidup di bumi ini.

Di atas bumi itu pula Allah SWT selimutkan dengan aneka jenis tumbuhan yang mempunyai aneka kegunaan, terutama buah-ketuahnya boleh dimakan, yang mempunyai berbagai-bagai rasa.

Di samping itu Allah meninggikan langit yang luas terbentang itu di atas kepala kita, supaya semua hidup-hidupan dapat hidup dengan aman dan selesa. Bagaimana jadinya andainya langit itu dibina dekat dengan kepala kita atau menyerkup kepala kita.

Langit itu pula dihiaskan dengan ribuan bintang-bintang yang berkelap-kelip begitu cantik dipandang pada waktu malam di samping memberi petunjuk-petunjuk tertentu terhadap rahsia-rahsia alam buana ini.
Di langit itu juga Allah kurniakan kepada manusia matahari yang menerangi alam ini pada waktu siang untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan di dunia.

Andainya tidak ada lagi matahari, bukan sahaja makhluk manusia, malah mungkin semua makhluk bernyawa di dunia ini akan menemui ajalnya kerana tidak mempunyai matahari yang begitu banyak khasiatnya.

Allah pergiliran alam ini dengan susana malam dan siang.

Allah jadikan malam, gelap untuk makhluk tidur dan berihat, bagi memulihkan tenaganya.

Allah jadikan siang terang-benderang untuk membolehkan makhluknya bekerja dan mencari rezeki dan sebagainya demi kepentingan hidup mereka di dunia.

Di waktu malam pula langit itu dihiasi dengan sang rangbulan untuk menerangi malam dengan sinar cahaya keperakannya yang lembut dan menyenangkan, berganding dengan bintang bintang yang bergemerlapan di seluruh permukaan langit.

Dari langit itu Allah turunkan air hujan agar tumbuh-tumbuhan dan haiwan di bumi ini boleh terus hidup dan membiak demi kepentingan makhluk-makhluknya, terutama manusia yang sebahagian daripada kehidupannya bergantung kepada tumbuh tumbuhan, termasuklah untuk pernafasannya, dan juga kepada haiwan untuk dijadikan makanan makanan dan sebagainya.

Pada tubuh badan manusia itu sendiri Allah kurniakan berbagai bagai angggota demi kepentingan dan kesempurnaan hidup mereka.

Allah kurniakan mata untuk melihat,

Allah kurniakan telinga untuk mendengar,

Allah kurniakan hidung untuk mencium.

Allah kurniakan mulut untuk makan dan minum, serta bersuara.

Allah kurniakan gigi untuk memamah makanan.

Allah kurniakan tangan untuk menyentuh dan memegang.

Allah kurniakan alat alat kelamin untuk lelaki dan perempuan untuk dinikmati dan mendapat keturunan yang berpanjangan.

Allah  kurniakan akal fikiran untuk berfikir, dan hati untuk memimpinnya.

MENGHITUNG DOSA


Di samping itu kita perlu sangat mengingat atau menghitung segala dosa dosa yang pernah kita lakukan di sepanjang hayat, dan segeralah bertaubat memohon keampunan Allah supaya kita selamat di sunia dan di akhirat nanti.

Di puncak segala kenikmatan itu Allah kurniakan kepada manusia dengan mengutus para Nabi dan Rasul untuk memimpin mereka ke jalan yang lurus dan benar dan mengeluarkan mereka dari kegelapan syirik dan kufur, demi mencari keredaan Allah SWT.

Semuanya ini dan banyak lagi yang tidak terhitung bilangannya adalah kurniaan kurniaan Allah yang wajib dihisab atau dihitung dan disyukuri.

Umar bin Khattab  pernah berkata, “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab”.

Kemudian menyambung, “Penilaian bagi kamu pada hari ini lebih ringan daripada hisab di kemudian hari”.

Justeru sentiasalah menghisab diri, memetimatikkan diri, mencari segala keburukan dan kekejahatan yang kita lakukan, dosa dosa yang telah kita tunaikan di masa-masa yang lalu untuk diperbetulkan, dan segeralah bertaubat kepada Allah, memohon keampunan Nya.

Allah berfirman, maksudnya:
“Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun  kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. An Nisaa’:110.




Lorong Masjid al Qasimi
Kg.Kubang  Siput, Pasir Tumboh.
Kota Bharu, Kelantan.








0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP