LEBANON DAN UMAT ISLAM

>> Thursday, February 15, 2018








LEBANON dan UMAT ISLAM

-

Lebanon adalah sebuah negara yang terletak dalam wilayah dipanggil Asia Barat. Keluasaan muka buminya ialah 10,452 kimometer persegi atau 4015 batu persegi. Penduduknya dijangka seramai 4, 467,000 orang pada tahun 2014, tapi 10 peratus daripadanya bukan warga negara Lebanon.

Kebanyakan penduduknya beragama Islam dari Mazhab Sunni dan Syiah, iaitu 54 peratus dan Kristian pula sebanyak 40.4  peratus dan Druze sebanyak 5.6 peratus.  Bilangan Sunni dan Syiah kira-kira sama banyak, iaitu masing-masing 27 peratus, dan selebihnya termasuk gologan athis atau tidak beragama.


Kebanyakan Sunni tinggal di Tripoli, Barat, di pantai Selatan Lebanon dan di Utara Lebanon, sementara orang Syiah tinggal di Selatan Beirut, di Lembah Beqaa dan di Selatan Lebanon.


Sementara orang-orang Kristian kebanyakannya tinggal di Timur Beirut, di Pergununan Lebanon, Koura, Beirut, Zahleh, Tripoli dan lain-lain tempat lagi.
Lebanon mendapat kemerdekaan dari penjajah Perancis pada 22 November 1943. Ia sebuah  negara Republik Berparlimen, dalam Bahasa Arabnya dipanggil Al-Jumhuriyah al-Lubnaniyah dan dalam Bahasa Perancisnya Republique Libannnnaise.


Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Arab Lebanon, iaitu Bahasa Rasmi Lebanon.
Ketua Parlimen mesti seorang Muslim dan dikhaskan untuk Syiah, sementara Perdana Menteri khas untuk Sunni, sementara Presidennya khas untuk orang Kristian.


Presiden Lebanon sekarang ialah Michel Aoun yang memegang jawatan pada 1 November 2016, Beliau rapat dengan Hizbullah dan didukung oleh Iran. Sementara Perdana Menterinya ialah Saad Hariri.
Export utamanya buah-buahan, jeruk, pisang, epal, buah lai, sayur-sayuran, bulu mentah dan simen.

Mata wangnya Pound Lebanon.

Ibu negaranya Beirut [Beyrouth], dan bandar utama yang lain ialah Tripoli, Sidos dan Zahle.

Penduduk

Penduduk-penduduk Islam lebih condong kepada dunia Arab dan Iran, berbanding dengan  penduduk yang beragama Kristian lebih condong kepada Barat dan Amerika Syarikat.

Bumi Lebanon juga menjadi tanah yang subur sebagai tempat tinggal kepada  pelarian, terutama bangsa Pelastin yang pernah dianggar berjumlah seramai 350,000 orang yang menempat di 12 kem pelarian. Pelarian-pelarian ini telah bertapak di Lebanon sejak tahun 1948 lagi, bila regim Yahudi merampas tanah air mereka bumi Pelastin dan menghalau penduduk-penduduknya keluar dari bumi itu, sebagaimana tercatat dalam lipatan sejarah hitam bukan sahaja kepada bangsa Pelastin, tapi kepada seluruh umat Islam.

Lintasan Sejarah

Pada mulanya Lebanon berada di bawah pemerintahan Daulah Uthmaniah. Tapi selepasPerang Dunia 1, Lebnano jatuh ke tangan penjajah Perancis, dan diletakkan di bawah French Mandate [Amanat Perancis] pada tahun 1926.

Tapi French Mandate terpaksa dihapuskan kerana mendapat tentangan hebat daripada rakyat Lebanon. Justeru  pada 9 November 1943 lahirlah sebuah perlembagaan baru yang sebahagian besarnya bersamaan dengan undang-undang Perancis, undang-undang Jerman dan Switzeland.

Peperangan Saudara

Majoriti penduduk Lebanon beragama Islam. Dan bilangan ini kian bertambah ramai dengan kedatangan pelarian-pelarian Palestine yang mengugguisi kerana dihalau oleh penjahat Yahudi yang menjajah tanah air merka.

Namun begitu, Perelembagaan Lebanon yang digubal oleh penjajah Perancis telah mensyaratkan sebanyak 80 peratus daripada kerusi Parlimen Lebanon mestilah diduduki oleh orang-orang Kristian. Hanya 20 peratus kerusi sahaja diperuntukkan untuk orang-orang Islam.

Perlembagaan Lebanon ciptaan penjajah itu juga menetapkan jawatan Presiden Lebanon mestilah disandang oleh orang-orang Kristian, manakala jawatan Perdana Menterinya boleh diberikan kepada orang Islam.

Maka dengan itu secara automatiknya orang-orang Kristian yang memegang tampuk pemerintahan memberi keutamaan kepada orang-orang Kristian untuk memegaga jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, dengan itu orang-orang Islam mereka singkirkan.

Sewajarnya orang-orang Islam merasa tidak puas hati dengan kedudukan seperti itu. Justeru mereka merupakan golongan majoriti, maka mereka menuntut kuasa yang lebih dalam pentadbiran negara.

Mereka juga menuntut diadakan reformasi dalam bidang angkatan tentera, menuntut agar bilangan pegawai-pegawai tentera disamakan bilangannya antara orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam.

Tuntutan orang-orang Islam yang wajar itu mencetuskan kemarahan  orang-orang Kristian. Dan ini merupakan salah satu punca berlaku perseteruan dan peperangan saudara di kalangan mereka yang berlainan agama.

Dalam persengketaan ini, orang-orang Kristian sudah tentu mendapat bantuan daripada tentera-tentera kerajaan, sementara orang-orang Islam mendapat bantuan PLO yang menyebabkan peperangan saudara bertambah melebar.

Sebaliknya pula, orang-orang Yahudi atau Israel telah bertindak memberi bantuan kepada orang-orang Kristian, khususnya puak-puak Falangist yang memerangi orang-orang Islam Lebanon. Yahudi telah mengerah dan menempatkan tentera-tentera mereka di sempadan kedua-dua negara.

Syria pula telah mencerobohi memasuki Lebanon dengan alasan untuk mendamaikan perang saudara yang berbeza agama itu. Merka memaksa orang-orang Islam supaya menerima penyelesaian damai itu.

Maka dengan itu orang-orang Islam Lebanom dan PLO  terpaksa berdepan dengan seteru, iaitu Falangist Yahudi dan juga dari Syria yang melancarkan serangan ke atas mereka. Ini merupakan sesuatu yang malang buat orang-orang Islam Lebanom.

Syria juga memantapkan percubaan untuk membahagikan Lebanon kepada dua, iaitu satu bahagian untuk orang-orang Islam dan satu bahagian lagi untuk orang-orang Kristian.

Syria sebenarnya ingin melebarkan pengaruhnya di Lebanon.

Sementara negara-negara Eropah pula mengambil kesempatan memberi bantuan dan menjual senjata di pasaran haram kepada orang-orang Kristian Lebanon. Mereka seboleh-bolehnya cuba mempertahankan Lebanon, kerana itulah satu-satunya negara di Timur Tengah menjadi tempat perlindungan kepada orang-orang Kristian. Andainya Lebanon jatuh ke tangan umat Islam, maka sudah tentu mereka akan kehilangan pusat penyebaran agama Kristian yang penting di negara-negara Arab.

Di samping itu masih banyak lagi faktor-faktor yang merangsangkan perang saudara yang sering meletus membakar Lebanon, seperti kerana sentimen perkauman, perbezaan agama, dan gerakan provokasi yang dicetuskan oleh berbagai-bagai golongan dari dalam dan luar negara Lebanon, termasuk;lah dari kalangan yang menangguk di air keruh.

Di Lebanon terdapat sebuah pertubuhan pelampau, iaitu Parti Kristian Falangist yang dianggotai oleh orang Kristian orthodok dan Kristian minoriti Lebanon yang pernah bermaharajalela melakukan keganasan sesuka hati mereka di bumi  Lebanon

Pelampau Kristian ini menganggp diri mereka begitu suci dan begitu tinggi tamadunnya dari orang-orang lain, khususnya orang-orang Islam. Justeru mereka memandang rendah dan hina orang-oang lain yang tidak seagama dengan mereka. Parti pelampau Kristian ini pada mulanya dipimpin oleh Pierre Gemayel. Sebenarnya mereka telah diperalatkan oleh Zionis Yahudi untuk membantai umat Islam Lebanon pada masa itu.

Antara tindakan nekad mereka dalam rusuhan melanda Lebanon ialah:

Mereka dengan sesuka hati mengadakan  sekatan jalan-jalan raya, memeriksa kereta-kereta dan membawa penumpang sesuka hati mereka.

Mereka mengejar pelalu-lalang di jalan raya dengan tujuan untuk menimbulkan kecemasan dan kebimbangan.

Mereka memakasa orang ramai berkurung dalam rumah sehingga ada sesetengah dari mreka mati kedahagaan atau kelaparan.

Mereka menyerang perkehemahan dan tempat-tempat tinggal yang penuh dengan penduduk.

Mereka menculik pekerja-pekerja Syria, lalu menyeksa dan membunuh mereka dan memotong kepala mereka dan menghantarnya kepada ketua-ketua mereka di Syria.

Mereka memusnah dan membakar kita-kitab suci al-Quran.

Mereka memecah bank, merompak wang, surat-surat dan dokumen-dokumen penting di dalamnya.

Akibat persengketaan dan perang saudara yang tidak berkesudahan itu, ia telah menimpakan bencana kepada bumi Lebanon dan rakyatnya, ekonomi dan sosialnya menjadi binasa. Banyak harta benada rodak, banyak nyawa telah terkorban dan masih ramai yang tercedera dalam perang sudara itu.

Lebanon Didemonasi Syria
                    
Syria mempunyai pengaruh yang besar terhadap Lebanon. Malah selama berpuluh-puluh tahun lamanya Syria mendominasikan                                                                                                       hal ehwal Lebanon,  menerusi berbagai-bagai cara dan  saluran.

Antaranya pertama dimonisasi itu melalui ketenteraan. Kedua dimonisasi itu  dilakukan melalui kumpulan-kumpulan pejuang-pejuang, terutama kumpulan Hizbolah yang berjaya menentukan corak politik dan sosial Lebanon selama lebih dari tiga dekad.

Iran juga mempunyai pengaruh terhadap Lebanon. Namun pengaruh Iran tidaklah sekuat pengaruh Syria ke atas Lebanon.

Namun begitu kerajaan Lebanon masih lagi terbahagi dua, iaitu pro-Syria dan anti-Syria.

Ada dua kumpulan terbesar di Lebanon, satunya kumpulan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Lebanon, Fouad  Siniora yang terdiri dari kaum Sunni, masyarakat Kristian dan Druze. Tapi perpaduan mereka berjalan di atas ikatan yang longgar.

Satu pehak lagi terdiri dari kaum Syiah yang kebanyakannya terdiri dari anggota Hisbollah. Kumpulan ini mendapat sokongan daripada Syria dan Iran yang masing-masing mempunyai kepentingan mereka sendiri ke atas Lebanon.

Walaupun tentera Syrian telah diundurkan sepenuhnya dari bumi Lebanon, atas desakan Amerika Syarikat, tapi pengaruh Syria masih lagi bertapak kuat selama bertahun-tahun selepas itu.

Sebebelum itu Syria telah menempatkan tentera-tenteranya selama lebih dari 22 tahun di Lebanon untuk mempastikan kawasan itu terpelihara daripada ancaman Israel yang didokong oleh Amerika Syarikat. Dan pada tahun2000 Hizbollah berjaya menghalau tentera Israel keluar dari bumi Lebanon.

Justeru pengunduran tentera Syria daripada Lebanon pada tahun 2006 itu tidak disenangi oleh parti pembangkang Lebanon. Keadaan menjadi tidak tenteram dan terus berlanjutan. Kemudian sikap anti-PM Siniora telah dilakukan secara terbuka. Beliau dilihat terlalu condong kepada Barat dan Amerika Syarikat.

Kedudukan Hizbullah di Lebanon memang kukuh. Ia bukan sahaja mendapat sokongan dari Syria, tapi juga sokongan dari Iran yang masing-masing  mempunyai peranan yang tersendiri dalam politik Lebanon. Sehingga tahun 2008, sebelas daripada tiga puluh tiga menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Fouad Sinora adalah terdiri daripada pengikut-pengikut Hizbollah ataupun sekutu-sekutu mereka. Malah Hizbollah juga mempunyai  kuasa veto dalam setiap keputusan penting yang dibuat oleh kerajaan Lebanon, ia mesti mendapat persetujuan daripada Hizbollah terlebih dahulu, termasuk dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.

Sebaliknya Amerika pula tidak senang dengan pengaruh Syria dan juga Iran ke atas Lebanon.

Di samping itu pula Presiden Lebanon tahun 2009, Emile Lahoud adalah seorang penganut agama Kristian, sekutu rapat pejuang Hizbollah dan pro-Syria.

Yahudi Menceroboh Lebanon

Pada 20 April 1980, Yahudi yang meta itu sekali lagi melanggar dan menceroboh negara Lebanon secara besar-besaran. Tujuan mereka menyerang dan mengganas itu ialah untuk memusnahkan PLO yang mereka tuduh menyerang utara Israel. Yahudi menyerng Lebanon dari darat, udara dan laut tanpa kasihan belas lagi.

Duta Israel di Amerika, Morshe Aren menyifatkan serangan itu sebagai niat suci Israel. Dalam satu kenyataan beliau menegaskan, “Serangan yang dilakukan oleh Israel tersebut hanya mempunyai satu tugas dan missi yang jelas iaitu menghalau kelaur PLO dan konco-konconya yang mengganas di utara Israel”.

Tuduhan-tuduhan Israel terhadap PLO itu hanya merupakan fitnah yang direka-reka untuk menghalal serangan dan kekejaman yang mereka lakukan terhadap Lebanon. Itulah alasan yang sering mereka buat bila mereka menyerang Palestin. Seterotaip yang mereka jadikan pasport untuk menyerang dan mengganas dengan lebih kejam terhadap umat Palestin.

Sejarah membuktikan  putar belit Israel yang dilakukan berulang-ulang kali. Bila Duta Israel,  ke London, Shlomo Argov telah dibunuh, Yahudi telah melancarkan serangan belas dengan bom yang membunuh lima puluh orang dan mencedera beratus-ratus orang yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan kaum wanita.

Bila PLO mengebom sempadan Israel, seorang rakyatnya telah terbunuh dan tiga yang lain tercedera, maka sebagai balasannya mereka telah menyerang dan menceroboh Lebonon yang telah berjaya membunuh lebih dari 15,000 orang rakyat Lebanon yang tidak berdosa,

Tindakan regim Yahudi itu persis mereka melaksanakan apa yang tersebut dalam Kitab Injil yang bermaksud,”Beratus mata dek kerana sebiji mata, beratus gigi dek kerana sebatang gigi”.

Kekejaman Israel ini tidak pernah mengenal batas atau perhinggaan. Mereka sentiasa dan terus bertindak ganas. Pada 9 Mei 1980 regim Yahudi sekali lagi menyerang Lebanon tanpa sebab-sebab yang wajar. Tapi kali ini Israel mendapat tentangan hebat dari PLO yang bangkit berjihad untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama mereka daripada terus dilanyak-lanyak oleh bangsa yang tamak haloba, rakus dan kejam.

Pembunuhan Di Kem Sabra Dan Shatila

Israel pernah menyerang perkhemahan Palestin di Lebanon dengan tujuan untuk memindahkan sekurang-kurangnya  300,000 orang Palestin ke Jordan. Tindakan kejam itu dilakukan dengan mendapat kerjasama dripada  puak-puak Arab di Syria dan di Lebanon.

Mengikut perjanjian sulit yang dilakukan  pada tahun 1982 antara Filip Habib dan regim Syria, sebagai syarat untuk menghentikan pencerobohan Israel ke atas Syria baik dari laut atau udara, Syria hendaklah bertindak menghapuskan pejuang-pejuang Palestin di bumi Palestin.

Pada 16 September 1982, pelampau Kristian, Fhalangist yang didalangi oleh Israel dengan ganas dan kejamnya telah membunuh beribu-ribu orang pelarian Palestin d di kem pelarian Sabra dan Shatila, di mana pada masa itu terdapat 14,000 orang pelarian di situ yang mencari tempat perlindungan. Peristiwa pembunuhan ini amat menyayat hati dan tetap segar dalam ingatan umat Palestin dan umat Islam seluruhnya.

Dalam serangan yang amat tidak berperikemanusiaan  itu seramai lebih dari 3000 orang Pelastin telah dibunuh begitu sahaja dan tanpa mendapat sebarang pembelaan.

Di samping itu ramai pula tercedera, dan ramai pula kaum wanita yang dijadikan mangsa perogolan di hadapan anak-anak dan keluarga mereka. Ini tidak termasuk begitu ramai lagi  pelarian yang hilang dan dilenyapkan dari muka bumi.

Selama tiga hari dan tiga malam kumpulan pengganas Kristian itu bermaharajalela, mengganas dan membunuh sesuka hati mereka pelarian-pelarian Palestin yang mereka temui.

Pemain peranan penting dalam pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan langsung itu ialah Sharon, bekas Perdana Menteri Israel.

Justeru tanggal 16 September 1982  merupakan peristiwa hitam dalam sejarah dunia di sepanjang zaman.

Menoleh kembali peristiwa keji itu , militia Fhalangist memulakan pembunuhannya pada pukul 9.00 pagi, di mana antara seramai 700 hingga 3500 orang telah mereka bunuh secara sistemetik. Mereka bertindak gila demikian kononnya kerana membalas dendam terhadap pembunuhan seorang pemimpin mereka, Bashir Gemayel. Di samping itu beribu-ribu orang lagi telah tercedera.
Sebelum itu, kem tersebut telah dikepung oleh tentera-tentera Israel pimpinan Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon.

Penyiasatan dalaman Israel membuktikan Sharonlah yang bertanggungkjawab di atas pembunuhan beramaia-ramai itu. Tapi tidak ada apa-apa tindakan dikenakan ke atasnya, malah sebaliknya beliau dijunjung sebagai wira Israel yang berjaya dan seterusnya beberapa kali dilantik menjadi Perdana Menteri Israel.

Pemerintah kumpulan gangster Fhilangsist pada masa itu, Elie Habetikia bukan sahaja tidak dihadapkan ke muka pengadilan, malah sebaliknya dilantik menjadi menteri dalam kerajaan Israel. Tapi akhirnya beliau dibunuh dalam satu serangan pada tahun 2002.

Walau bagaimanapun pembunuhan yang begitu kejam di Sabra dan Shatila itu dengan mudah dilupakan atau dipendamkan oleh musuh-musuh Islam. Sebaliknya Peristiwa 11 September 2001 di mana tiga buah kapalterbang komersial melanggar Bangunan World Trade Center di New York terus dihidupkan, disemarakkan untuk menggambarkan kekejaman orang-orang Islam. Malah umat Islam di seluruh dunia  menjadi mangsa serangan antikeganasan yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Demikian juga pembunuhan yang dilakukan oleh Nazi ke atas penduduk-penduduk Yahudi terus dihidup dan dicanang-canangkan, walaupun fakta sebenarnya masih boleh dipertikaikan. Malah kekejaman Nazi yang membunuh ribuan manusia tanpa mengira bangsa dan agama pun sudah hampir dilupakan begitu sahaja, dan sebagai gantinya dihidupkan kononnya kekejaman dilakukan oleh orang-orang Islam. Sedangkan kekejaman dan kezaliman yang dilakukau di Shatra dan Sabra jauh lebih besar dari itu, malah merupakan salah satu yang terbesar dalam sejarah kekejaman manusia menghirup darah sesama manusia.

Peperangan Hizbullah Dan Yahudi 2006

Regim Israel mulai menyerang semula Lebanon pada 12 Julai 2006, menyebabkan ribuan orang awam Lebanon telah terkorban, termasuk wanita-wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Serangan ini dilakukan oleh regim pengganas Yahudi terhadap Lebanon ekoran daripada tindakan Hizbullah yang telah berjaya menyeludup masuk ke sempadan Israel, dan memberkas dua orang tentera regim pengganas dan membunuh lapan yang lain. Tujuan Yahudi melancarkan serangan itu untuk menumpaskan Hizbullah, tapi menjadikan orang awam yang tidak berdosa sebagai mangsa keganasan mereka.

Yang menjadi mangsa keganasan mereka itu bukan sahaja warga Palestin, tapi juga warga Lebanon. Kata Yahudi tujuan mereka ialah untuk melindungi keselamtana negara Israel. Di samping itu serangan itu juga sebagai amaran kepaa Syria yang mungkin akan diserang oleh Israel yang seniasa laparkan darah itu.

Syria memang negara yang dimusuhi dan dilayan seperti musuh oleh Israel. Di Syria terdapat golongan Hizbullah yang berjuang menentang Israel dan menyokong pejuang-pejuang Palestine. Menyokong pejuang-pejuang Palsetine samalah ertinya menentang Israel. Syria menjadi percaturan kuasa utama di Lebanon.

Keadaan menjadi bertambah buruk, krana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB] sebagaimana biasa tidak bersedia menangani konflik yang melibatkan Amerika Syarikat. Demikian juga dengan krisis Lebanon ini, hingga begitu ramai orang awam yang terkorban.

Ikut terbunuh ialah 4 orang pengaman PBB yang sedang menjalan tugas di Lebanon, kerana dibom oleh Yahudi, Mereka adalah berasal dari Austria, Kanada, Cina dan Finland. Tapi PBB tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kesombongan dan kebiadapaan Yahudi itu.

Serangan Yahudi Di Qana

Qana adalah sebuah penempatan di Lebanon yang telah diserang oleh regim pengganas Yahudi pada 30 Julai 2006. Dalam serangan membabi buta itu seramai 52 orang awam telah terbunuh, di mana 37 orang daripadanya terdiri kanak-kanak yang tidak berdosa.

Serangan itu dilakukan dengan persetujuan Amerika Syarikat, yang disifatkan oleh Pengarah Eksekutif Human Right Watch, Kenneth Rath sebagai petanda Israel menjadikan wilayah Selatan Lebanon sebagai “zon tembakan rambang”. Malah peluru berpandu yang dilancarkan oleh Israel itu berasal dari Amerika Syarikat, kerana pada serpihan peluru berpandu itu tercatat kata-kata yang membuktikan ianya berasal dari Amerika.

Tapi serangaan Yahudi itu mendapat serangan balas dari Haizbullah di Lebanon. Serangan balas Hazbullah itu amat mengejutkan Israel, kerana roket-roket yang dilancarkan oleh Hazbullah telah menjangkau tempat-tempat penting dan menimpakan kerosakan yang menakutkan. Keseluruhan peperangan itu mempamerkan kelemahan Yahudi.

Rupa-rupanya sistem pertahanan Israel yang disediakan dengan menelan perbelanjaan yang besar itu tidak secanggih mana. Ia boleh ditembusi oleh roket-roket Hazbullah. Andainya peperangan berlaku lebih lama lagi, niscaya lebih banyak kerosakan akan menimpa Israel.

Walau bagaimanapun, seperti lumrahnya, bila keadaan memihak kepada pihak yang tidak disukai oleh kuasa-kuasa besar di PBB, maka barulah mereka bertindak untuk mencegah keadaan daripada menjadi merebak.

Justeru pehak PBB dengan segera membuat resolusi 1701 memaksa genjatan senjata yang telah berjaya menyelamatkan Israel daripada terus ditimpa oleh mata petaka di tangan Hizbullah. Genjatan senjata itu memberi rahmat kepada Israel yang bongkak dan sombong itu.

Namun begitu, dalam perkara yang penting ini PBB hanya mampu memohon bantuan kemanusiaan sebanyak kira-kira AS 150 juta [RM554 juta] untuk memberi perlindungan dan makanan kepada  rakyat Lebanon yang teperangkap dalam peperangan tersebut.

Kerana bantuan kewangan seperti itu tidak memberi makna yang besar dan berkekalan jika kezaliman dan kekejaman akan tetap berlaku, pembunuhan akan tetap terus berlaku. Malah peperangan juga akan terus tanpa noktah berlaku. Yahudi akan terus bermaharajalela menghirup darah. Justeru apa yang diharap kepada PBB ialah usaha untuk menamatkan kezaliman dan peperangan yang berkesan untuk jangka masa yang panjang.

Selepas peperangan tamat, regim Yahudi pimpinan Olmert telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahwa regim Yahudi talah mengalami kerugian sebanyak 1.1 juta AS akibat peperangan tersebut. Dan lebih kecewa lagi mereka gagal untuk menghancurkan Hizbullah.

Peperangan ini mendedahkan begitu banyak rahsia Zionis yang telah begitu lama bermaharajalela melakukan keganasan di Asia Barat, khusunya di Palestin.

Zionis yang selama ini didakwa mempunyai tentera yang keempat terkuat di dunia, tapi telah tewas di tangan pejuang-pejuang Hizbullah yang amat kecil bilangannya. Andainya kalau tidak kerana resolusi 1701 PBB necaya Zionis akan kalah lebih teruk lagi, menyaksikan kemusnahan kekuatan tentera dan juga harta bendanya. Wilayah Utara jajahan Zionis julung-julung kali berjaya ditembusi oleh roket-roket Hizbullah di dalam peperangan tersebut. Justeru lebih daripada 500,000 orang rakyat Zionis terpaksa melarikan diri daripada kawasan penempatan mereka.

Ini dengan jelas membuktikan bahawa Zionis memang boleh ditewaskan andainya umat Islam bersungguh-sungguh dalam perjuangan mereka dan bersatu padu dalam menghadapi musuh walaupun bilangnya lebih besar dan canggih. Hizbullah telah membuktikannya.

Amerika Ingin Bertapak Di Lebanon

Amerika Syarikat memang telah lama berhasrat untuk menanam pengaruhnya di Lebanon. Justeru itu AS tidak senang hati dengan Syria yang sudah berpengaruh di Lebanon.

Membiarkan Amerika Syarikat  berpengaruh di Lebanon amatlah merbahaya kepada keamanan negara itu, kerana pengaruh Hizbuollah yang begitu kuat. Sedangkan di belakang Hizbullah itu terdapat Syria dan Iran. Keadaan akan menjadi lebih merbahaya andainya Lebanon berusaha untuk menyingkirkan Syria dan senafas itu juga membawa masuk pengaruh AS ke Lebanon.

Sejak tamatnya peperangan antara Yahudi dan Hizbullah pada tahun 2006, AS telah menyalurkan bantuan kelengkapan ketenteraan kepada Lebanon dianggarkan bernilai sebanyak AS400 juta.

Presiden Lebanon waktu itu, Michel Suleiman dalam kunjungannya ke Washington pada tahun2008 telah berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Khas untuk membolehkan AS menghulurkan bantuan kepada Lebanon untuk memodenkan ketenteraannya.

AS juga berjanji menyalurkan bantuan menerusi suruhanjaya khas itu bantuan bernilai jutaan dolar dalam bentuk peluru, kenderaan, ketenteraan dan helikopter untuk mengemaskan psukan tenteranya.

Tujuan AS menghulurkan bantuan itu ialah untuk melemahkan para pejuang pro-Syria di Lebanon, terutama Hizbullah dan juga untuk menghadapi kemungkinan campurtangan ketenteraan Syria di Lebanon di masa-masa akan datang.

Dengan itu juga bererti hubungan Hizbullah dengan Syria tidak akan dijalinkan dengaan erat lagi di masa-masa akan datang.

Adalah nyata hasrat AS untuk memutuskan hubungan Hizbllah dengan Syria dan Iran untuk membolehkan ia melebarkan sayap  pengaruhnya di Lebanon dan serentak itu juga melindungi sekutu kesayangnnya, Yahudi, kerana pada anggapan AS tanpa sokongan Syria dan Iran Hizbullah akan lebih mudah dimusnahkan. Bagi AS, Hizbullah adalah sebuah pertubuhan pengganas yang mesti dihapuskan.

Lorong Masjid,
Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.








0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP