TINGKAP PUISI VI-MARIANA JUNID
>> Tuesday, December 3, 2019
TINGKAP PUISI VI
Mariana Junid
Terkenangku masa lalu
Dikala Engkau dilahirkan
Waktu itu Engkau laksana fajar
Menyingsing di ufuk timur
Mengusir malam di kepak gelita
Sudah lamalah ummah dalam duka
Di timur dan di barat
Antara cengkaman Fasrsi dan Rumawi
Di tengah-tengah ketandusan Sahara
Di tengah-tengah jantung bumi Arab
Suara tangis anak-anak perempuan dikubur hdup-hidup
Dan wanitaa lemah dipersenda guraukan
Antara qabilah yang saling memerangi
Kedatanganmu penyelamat mereka
Engkau adalah bulan, bintang dan mataari
Bagi ummah sejagat
Menyinari cahaya dikalbu insan
Yang berkelana di pekat kelam
Di jalan sesat tiada berbintang
Menuju entaah ke mana?
Kedatangan ubur harapan
Bagi insan yang hewan
Dan pelita suluh di dada imani
Engkau mercusuar
bagi musafir kejalan Ilahi.
Mariana Junid
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Khabar Gembira
51 Tahun Yang Lalu, Pada 6 Jun 1968 [1388 Hijriah],
Akhbar MINGUAN KOTA BHARU Telah Mengadan Sayembara Deklamasi Sajak Dan Sambutan
Maulud Nabi S.A.W bertempat di Padang Merdeka, Kota Bharu. Seramai 34 Penyair
Dan Deklamator Muda, Lelaki Dan Perempuan Mengambil Bahagian. Dalam Acara Itu Yaaaang
Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa Dari
Masyarakat. InsyaAlah Saya Bercadang Untuk Menyiarkan Puisi-Puisi Tersebut
Dalam Blog Pondok Rahmat Sebagai Satu Rakaman Sejarah Sastra Tanah Air.
Sukacita dimaklumkan Bahawa Ada Di Antara Penyair-Penyair itu Telah Kembali
Kerahmatullah. Sekian Sambutlah Salam Hormat Dari Saya. Mohammed Zain Saleh
[Razin M.S].
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Darulnaim
3/12/2019/6 Rabiulawal 1441
0 comments:
Post a Comment