BAHAYA MENURUT MULUT

>> Monday, December 9, 2019





BAHAYA “MENURUT MULUT”






KATA-KATA MENURUT  mempunyai erti  yang berbeza dengan kata-kata “mengikut mulut”.
Menurut mulut ialah kiasan kata yang bermaksud, sesuatu ucapan itu berkesan atau berpengaruh terhadap seseorang yang ditujukan ucapan itu.


Kata-kata itu mungkin diucapkan tanpa bermaksud sedemikian, sebagaimana yang terjadi menyusulinya, tapi hanya sekadar melahirkan perasaan semata atau sekadar luahan kata-kata untuk memuaskan hati.


Biasanya kata-kata itu diucapkan oleh seseorang yang terdekat, seperti ibu terhadap putera dan puterinya.


Ibu itu bila merasa tidak puas hati dengan tingkah laku atau tindakan anak-anaknya mungkin akan memuntahkan kemaraahan itu dalam bentuk kutukan atau celaan yang buruk.


Umpamanya si ibu yang merasa tidak puas dengan anaknya kerana perbuatan anaknya itu tidak menepati apa yang diarahkan olehnya.


Maka si ibu pun mengutuk anaknya itu, seperti katanya, “Budak pemalas, bodoh, buat keraja seler-beler [tidak cermat]” dan sebagainya. Perkataan itu sering diucapkannya berulang-ulangkali sepanjang masa. Maka pada akhirnya, anaknya yang dikutuk itu asalnya seorang anak yang baik, tapi telah berubah laku sebagainana dikatakan oleh ibunya itu, walaupun si ibu tidak bermaksd sedemikian.

Rupa-raupanya kata-kata si ibu itu yang semata-mata untuk menyedapkan mulut itu mungkin telah menjadi sebuah doa yang makbul dan diberkati Allah.

Sementara ucapan “mengikut kata” atau “ikut suruh” bermaksud orang yang patuh, melakukan sahaja yang diperintahkan ke atasnya tanpa sungutan atau bantahan sedikitpun.

Dalam tulisan singkat ini saya akan memaparkan beberapa kisah yang menimpa mereka yang suka mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak dimaksudkanya tapi termakbul menurut apa yang dikatakannya itu, menyebabkan kerugian atau kesusahan kepada orang yang dikatakan dan penyesalan kepada kedua-dua pehak, iaitu orang yang mengucapkannya dan juga orang yang ditujukan kata-katanya itu.

Saya akan mengutarakan beberapa contoh kata-kata yang membawa padah, walaupun pengucapannya tidak bermasksud sedemikian rupa. kerana kelancangan mulutnya semata.
Ada seorang wanita mempunyai anak yang ramai, kebanyakan perempuan. Salah seorang daripada anaknya itu perempuan yang cacat suaranya sedikit bunyinya, tapi boleh difahami. Rrupa parasnya jauh lebih cantik dripada semua adik beradik perempuannya.

Sang ibu yang merasa hina diri dengan anak perempuannya itu sering memberitahu bahawa anak perempuannya itu tidak akan berkahwin sampai bila-bila kerana suarauya yang sengau itu. Itulah yang selalu diucapkannya dari sejak anak itu kecil hingga dewasa. 

Tapi dalam hatinya Allah yang tahu, kerana dia sedar ada anak-anak gadis yang rupanya tidak cantik, dan cacat, seperti anaknya iitu, seperti matanya buta, mulutnya bisu dan telinganya tuli pun dikurniakan Allah pasangan semasa di dunia. Sedangkan anak perempuannya itu ada rupa walaupun mengalami sedikit masalah percakapan.

Tapi apa hendak dibuat, kerana ucapannya itu yang diulang-ulangnya itu telah merupakan doa mustajab, mengabulkan kata-katanya itu.

Bila dia meninggal dunia dalam usia lanjutnya anak perempuannya itu tidak pernah kahwin-kahwin.

Itulah menurut mulut.

Ini sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang telah mempunyai beberapa orang anak.

Si isteri walaupun seorang baik hati, tapi mulutnya becok tidak menentu Dia suka melepas kata-kata sesuka hatinya tanpa berfikir panjang, terutama kepada keluarganya sendiri.

Suaminya sering menjadi mangsa kemarahannya. Setap kali ada masalah, walaupn kecil, dia akan menyinga kepada suaminya dengan kata-kata yang memanskasn telinga.

Antara kata-kata yang sering dilafazkanya selain dari cercaan ialah, “Aku dah puas bersama denganmu. Pergilah cari wanita lain, kawinlah jika engkau mahu.Aku dah  bosan hidup denganmu”.

Perkataan itu sering diulang-ulangnya jika dia tidak bersetuju dengan suaaminya. Dia menyuruh suaminya mencari wanita lain dan kahwin.

Tidak beberapa lama kemudian, suami yang sentiasa mengalah, tidak balik makan tengah hari waktu riht seperti biasa. Bila ditanya oleh isterinya kenapa dia tidak balik makan, dia selalu menjawab banyak kerja pejabat yang perlu diselesaikannya.

Setelah beberapa minggu tidak balik makan tengah hari di rumah, sang isteri mulai merasa sak, dan lalu menjalankan penyiasatan. Akhirnya terbongkarlah rahsia bahawa suaminya itu telah berkahwin seorang lagi. Dia telah dimadukan.

Bila isterinya mememarahinya kerana tindakannya itu, dia dengan gampang menjawab, ”Engkau yang suruh aku cari wanita lain dan kahwin, dan akupun kahwinlah”.
Demikian akibat “menurut mulut”, walau apa yang dikatakan itu tidak terbit dari hatinya yang sebenrnya tapi sekadar di bibir mulut sahaja.
Tapi kata-kata itu akhirnya terlaksana kkerana menjadi doa yang termakbul.

Kisah yang sebuah lagi ini juga hampir sama, tapi mempunyai motif yang berbeza. Ada sebuah keluarga mempunyai anak yang ramai, lelaki dan perempuan. Beberapa orang daripadanya yang perempuan sedang mengikuti pengajian di menara gading, sementara yang kecil masih berada di sekolah, sementara beberapa orang abang sedang bekerja di ibu negara, Kuala Lumpur.

Mereka hidup aman dan bahagia. Tapi pada suatu hari si suami, yang pertgengahan usia itu,  tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Tapi setelah beberapa minggu menghuni di hospital penyakitnya tidak juga sembuh.

Memandangkan keadaannya yang serius dan kronik itu keluarganya merasa dia memerlukan seorang penjaga khas ketika di hospital atau jika diperintah blaik ke rumah nanti. Isterinya yang hampir seusia dengannya itu nampaknya tidak mampu lagi untuk menjaga kebajikan suaminya yang terlantar sakit itu, dan tidak pasti bila akan sembuhnya,

Siapa yang akan menjaga lelaki yang sakit itu? Untuk mengupah orang, keluarga merasa masih belum mempunyai kemampan?

Akhirnya salah seorang daripada anak perempuannya yang sedang menuntut di universiti itu menyatakan kesanggupannya untuk menjaga ayahnya yang sakit itu. Dia berhenti dari universti dan terus balik ke rumah menjaga ayahnya yang telah dibebaskasn dari hospital walaupun tidak sihat sepenuhnya.

Sungguh besar pengorbanan anak gadis itu. Sanggup mengorbankan masa hadapannya demi kepentingan ayahandanya yang dikasihi. Sementara itu ayahnya pun mengambil masa yang amat panjang untuk pulih hampir sepenuhnya.

Ibunya yang merasa bangga dengan pengorbanan anak gadisnya itu sentiasa memuji kepada setiap tamu yang berkunjung ke rumah untuk menziarahi suaminya itu.

Antara lain, kata-kata yang sering diucapkannya ialah anaknya itu bersedia menjaga ayahnya itu sampai ke tua dan rela untuk tidak meneruskan pelajarannya dan sanggup pula tidak berumahtangga nanti dmi ayahnya yang dikasihi.

“Azizah ni sanggup tidak kahwin untuk menjaga ayahnya”, itulah kata-kata yang sering diluahkan oleh wanita itu, dan kata-kata ini dipersetuju pula oleh anaknya jika dia ada bersama waktu itu.
Masa terus berlalu dan usia terus meningkat. Akhirnya orang tua itu meninggal dunia dalam usia yang lanjut kerana usia tua.

Dan malangnya anak perempuan yang menyayanginya itu tidak pernah menemui jodohnya walaupun usianya telah hampir mendekati lebih setengah abad.
Demikianlah akibat menurut mulut.

Demikianlah sekadar contoh “menurut mulut” yang kita paparkan untuk renungan pembaca yang dikasihi.

Justeru itu berhati-hatilah ketika hendak melepaskan kata-kata. Fikir dulu sejenak, baik buruknya. Kata-kata yang terlepas dari mulut tidak dapat dipadamkan lagi, ia telah tremasuk ke alam abadi.

Sentiasalah berfikiran positif. Sentiasalah mengingati Allah, semoga kita menjadi orang sabar ketika berkata-hkata, meluakan perasaan dan hati. Jangan terlepas kata, sebab kerana santan pulut binasa.

Gunakan lidah kita dengan sebaik-baiknya. Ucapakanlah kata-kata yang berfaedah, memberi manafat, membina dan mulia.

Jangan pentas meluahkan kata-kata sesuka hati, yang boleh meraihkan akibat yang buruk kepada orang yang dikatakan, terutama keluarga dan anak-anak sendiri.

Jangan kutuk anak kerana melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi kesilapan yang tidak memberi apa-apa kesan negatif.

Tegasnya kawallah  lidah kita supaya tidak  melepaskan kata-kata sesuka hati kita, ikut sedap mulut tanpa berfikir buruk baiknya.

Berkatalah dengan akal dan iman, dan bukannya dengan hawa nafsu yang akan membawa kerosakan.

Lidah adalah salah satu anggota jasmani yang gampang diperkudakan oleh syaitan untuk merosaskkan makhluk manusia. Ia boleh membawa kita ke neraka.

Sebaliknya lidah juga boleh membawa kita ke Syurga kiranya kita tidak membiarkan dipermain-mainkan oleh syaitan dan mengawalnya dengan wajar berdasarkan iman dan takwa.

Peliharalah lidah ketika berkata-kata, insyaAllah kita akan selamat dari berbagai-bagai fitnah lisan yang sentiasa menunggu kita terpernagkap di dalamnya.

Peliharalah dan jauhilkan kesan buruk “menurut mulut’ yang tidak seharusnya berlaku jika kita berhati-hati dalam berkata-kata.

Ucapkanlah: “Masya Allah” [Dengan kehendak Alah SWT]
Dan berhentilah di situ tanpa merungut atau membeber.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam”. Sabda Rasulullah SAW.


Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.
9/12/2019
/12/Rabiulakhir 1441





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP