MASA DALAM WRNA WARNI KEHIDUPAN
>> Saturday, December 14, 2019
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling
manasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.Al-‘Ashar
[103]: 1-3.
MASA di dunia ini dibahagikan kepada beberapa tahap atau peringkat waktu untuk memudahkan manusia membuat perhitungan demi kebajikan diri mereka.
Hidup manusia di dunia ini
berputar-putar di sekitar masa tersebut, di mana dalam masa sehari itu
dikatakan menelan masa selama 24 jam, merangkul malam dan siang
.
Waktu siang untuk bekerja atau mencari rezeki bagi memenuhi
keperluan hidup mereka, sementara waktu malam untuk berihat atau tidur setelah
penat bekerja di siang hari.
Allah berfirman maksudnya:
”Dan adalah
kerana rahmat Nya Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirehat
pada malam hari dan agar kamu mencari sebahagian dari kurnia Nya pada siang
hari dan agar kamu bersyukur kepada
Nya”.al-Qasasah [28]- 73.
Setiap makhluk Allah di muka bumi
ini mempunyai cara yang tersendiri untuk memenuhi hari-hari mereka. Demikian
juga manusia mempunyai caranya yang tersendiri untuk bekerja atau mencari
rezeki mereka. Dan cara manusia mencari rezeki adalah kompliketed tidak seperti
makhluk-makhluk yang lain.
Makhluk haiwan mencari makan
tidak tertakluk kepada peraturan dan undang
seperti manusia yang perlu terikat dengan peraturan dan undang-undang
khas dalam mencari rezeki. Peraturan ini tidak boleh dilanggar dengan
sewenang-wenangnya, terutama bagi umat Islam yang terikat dengaan peratruan
syariat yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT demi menjamin kebahagian hidup mereka di dunia dan akhirat.
Manusia menghabiskan sebahagian
besar daripada usianya untuk meraih rezeki. Saban hari, manusia melurutkan masa
mereka selama kira-kira 10 jam untuk mencari rezeki dalam beraneka bidang yang
mereka pilih atau mereka mampu melaksanakannya.
Sebahgian besar daripada waktu
itu mereka habiskan di tempat bekerja, seperti di pejabat, di sekolah jika
mereka guru, di klinik atau hospital jika mereka doktor atau jururawat,dan
sebahagian lagi dipergunakan untuk urusan perjalan pergi dan balik ke pejabat
dan untuk makan dan minum.
Balik ke rumah waktu petang, baik
lelaki atau perempuan yang bertanggungjawab tidak terlepas dari urusan
rumahtangga. Mengurus anak-anak, makan dan minum keluarga, dan sebagainya. Beban
ini akan berkurangan andainya mereka mempunyai pembantu rumah, namun begitu ibu
bapa yang bertanggungjawab tidak akan berlepas tangan dan menyerahkan
kepada pemabntu rumah semua urusan keluarga.
Andainya anak-anak telah
bersekolah pula tanggungjawab bertambah
berat kepada keluarga, terutama sekali untuk mempastikan anak-anak mendukung
kejayaan dalam pendidikan mereka yang akan menjadi asset yang penting kepada
dirinya sendiri dan juga keluarga dalam dunia yang kian mencabar hari ini.
Semua ini memakan masa yang bukan sedikit pula.
Justeru itu, kebanyakan anak-anak
hari ini dihantar oleh keluarga untuk belajar tambahan di institusi-institusi
pendidikan tertentu di luar waktu persekolahan, baik malam atau siang, pada
hari minggu atau hari cuti. Keraana itu ibubapa terpaksa bersedia berkorban
masa dan tenaga lagi untuk menghantar dan mengambil anak mereka pergi dan balik
dari tempat belajar, di samping menyediakan ongkos bayaran yang dikenakan oleh
pehak institusi di mana anak-anak itu ditempatkan. Kalau jaraknya jauh dari
rumah atau jalan selalu tersumbat maka panjanglah masa yang diambil.
Bila seserang anak lulus dalam
peperiksaan sekolah rendah, kalau bernasib baik, dia berjaya melanjutkan pelajarannya
di sekolah berasrama, dan ini juga memerlukan perbelanjaan. Dan jika sekolah
itu tidak terlalu jauh dari rumah, sekadar 70 atau 80 km. Ibu bapa
sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu akan berkunjung untuk bertemu
anaknya itu di sekolah. Inipun memakan masa juga.
Di samping itu sebagai orang tua,
mereka juga terpaksa menggunakan masa untuk mengunjungi keluarga, dan
sudara-mara, dan sebagainya, terutama jika ada yang keuzuraan, atau mengadakan
kenduri-kendera dari masa ke masa. Membutuhikan masa juga.
Justeru itu, berapa jam
sebenarnya, ibubapa, boleh berada di rumah setiap hari, setiap minggu, atau
setiap bulan dalam perjalanan masa yang amat pantas ini?
Hari ini, dalam usia yang masih
muda, manusia telah berkeluarga, mempunyai anak-pinak, dan rumah sendiri, yang
dipilih mengikut citarasa mereka di kawasan yang juga menjadi impian mereka.
Di samping itu halaman rumah,
hiasan rumah, dan barang-barang keperluan rumahtangga, kerusi meja, langsir,
katil dan bantal dan cadar menjadi pilihan hati yang empunya. Itu memang wajar.
Tapi berapa lama tua rumah setiap
hari menikmati segala kemudahan yang mereka sediakan untuk diri mereka sendiri
itu?
Kadang-kadang berminggu-minggu
lama kerusinya empuk yang mahal harganya yang menghias ruang tamu itu berminggu-minggu
lamanya tidak diduduki oleh tuan rumah yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan,
keculi bila ada tamu yang berkunjung ke rumah untuk menemani dan melayan
mereka.
Barangkali bahagian rumah yang
paling maksima dinikmati oleh tuan rumah ialah bahagian dapur, dewan makan, di
hadapan tv dan di bilik tidur. Itupun beberapa jam sehari untuk mereka yang
bekerja, kerana teranatu dengan waktu kerja setiap hari.
Justeru itu siapakah yang
berpelung menikmati segala kemudahan yang disediakanitu?, Kalau ada pembantu rumah, maka merekalah yang
mencuri-curi untuk menikmatinya. Andainya tidak ada, maka semua peralatan itu
akan menjadi usang ditelan masa menunggu empunyai bersara atau berhenti bekerja
di hujung usia nanti.
Pada masa itu usia mereka telah
melebih limapuluhan tahun, justeru yang ada hanya sisa-sisa usia mereka yang
masih berbaki, mungkin panjang dan mungkin pendek mengikut ketentuan Allah SWT.
Jika ditakdirkan mereka dijemput
oleh Allah lebih awal, maka tidaklah berpeluang kepada mereka untuk menikmati
rumah dan segala isi-isisnya yang mereka habis perbelanjaan yang besar untuk
menyediakannya itu. Justeru segala-galanya itu menjadi pusaka kepada anak-anak
jika mereka mempunyai anak. Sedangkan pada masa itu anak-anak pun sudah
memiliki rumah mereka masing-masing? Nasiblah yang akan menentukan rumah
pusakan itu nanti!
Atau putaran hidup yang sama juga
mungkin akan berulang andainya rumah itu dijual dan dibeli oleh pasangan yang
bekerja seperti mereka yang sebelumnya?
Demikianlah semoga menjadi titik
renungan kita bersama dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh cabaran
ini.
Kg. Kubang
Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu,
Kelantan Darulnaim.
Sabtu, 14
Disember 2019
/17 Rabiulakhir/1441
0 comments:
Post a Comment