KIAMAT;BAGAIMANA KIAMAT BERLAKU
>> Thursday, December 5, 2019
KIAMAT,
BAGAIMANA KIAMAT BERLAKU?
Kiamat.
Orang-orang
yang yang memahami erti kiamat tentu tersentuh perasaan dan hatinya bila
mendengar, menyebut atau membaca perkataan “Kiamat”.
Kerana
hari Kiamat adalah hari terakhirnya dunia atau alam buana ini. Semuanya akan
hancur lebur dan musnah. Segala yang hidup dan bernyawa akan mati semuanya.
kerana telah mencapai tahap ketentuan masa yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT. Kemudian seluruh manusia yang berada dalam kubur mereka, baik lama atau
baru akan dihidupkan kembali oleh Allah SWT.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Dan sungguh hari Kiamat itu pasti datang, tidak keraguan
padanya,dan sungguh Allah akan membangkitkan semua orang dari kuburnya”.Al-Haj
[22]:7.
Semua
orang yang beriman kepada Allah, malah semua orang-orang yang waras, para
ilmuan yakin dan percaya bahawa Kiamat pasti akan berlaku bila tiba saat dan
waktunya yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa boleh diogeh-ogeh lagi.
Percayakan
hari Kiamat adalah merupakan Rukun Iman yang ke lima, yang bermula dengan
percayakan Allah, diikuti dengan percayakan Malaikat, percayakan kitab-kitab
Allah, percayakan Nabi dan Rasul serta percayakan pada qada dan qadar.
Hari
Kiamat itu mempunyai banyak nama, sebagaimana firman Allah SWT dalam kitab suci
al Quran, antaranya:
Yaumal
Hasrat, maksudnya Hari Penyesalan.
Yaumal
Hisab, maksudnya Hari Perhitungan
Yaumal
Waqia’ah, maksudnya Hari Kejatuhan.
Yaumal
Zalzalah, maksudnya Hari Gegaran Bumi
Yaumal
Ghasiyah, maksudnya Hari Pengsan
Yaumal
Haqqah, maksudnya Hari Kebenaran
Yaumal
Tamma, maksudnya Hari Bencana.
Yaual
Rajifah, maksudnya Hari Gempa.
Yaumal
Saakhah, maksudnya Hari Memekakkan telinga.
Yaumal
Tanad, maksudnya Hari Panggil Memanggil/
Yaumal
Talaq, maksudnya Hari Pertemuan
Yaumal
Warid, maksudnya Hari Ancaman.
Yaumal
Jaza, maksudnya Hari Pembalasan.
Yaumal
Qari’ah, maksudnya Hari Yang Membingungkan.
Yauma
Wazna, maksudnya hari Dipertimbangkan.
Yaumal
Fasli, maksudnya Hari Keputusan.
Peristiwa Hari Kiamat
Pada
hari Kiamat itu berbagai-bagai perkara yang menggemparkan akan berlaku menimpa
alam jagat dan segala isi-isinya, khususnya umat manusia yang pernah menikmati
kehdupan di muka bumi Allah yang fana ini.
Pada
hari yang tidak dapat dielakkan itu seluruh manusia akan dihimpunkan beramai-ramai
di suatu padang yang dinamakan di Yaumil Mahsyar atau di Padang Masyar, di mana
huru hara yang maha besar dan dasyatnya akan meletus. Pada masa itu mansia
tidak lagi saling kenal mengenal antara satu sama lain.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Apabila sangkala ditiup, maka tidak ada lagi
pertalian keluarga di antara mereka pada
hari itu [hari Kiamat], dan tidak pula mereka saling bertanya”. Al-Mu’minuun[23]:
101.
Nasib
manusia pada hari itu adalah tergantung kepada iman dan amalan mereka semasa
hidup di dunia dulu.
Di
alam baru itulah Allah SWT melakukan pengadilan atau neraca timbangan Segala amalan mereka semasa di dunia dulu
akan dihitung dan dineracakan untuk diberikan nilai yang maha adil di sisi
Allah. Andainya timbangan kebaikkannya lebih
berat daripada keburukan atau dosanya dia akan dimasukkan ke syurga,
iatu sebaik-baik tempat tinggal, tapi kiranya amalan keburukannya lebih berat
daripada amalan kebaikannya, maka dia akan dipersilakan ke neraka.
Di
dalam Kitab Suci al-Quran dan dalam Hadith Nabi SAW banyak menceritakan tentang
hari Kiamat dan melukiskannya dengan jelas segala peristiwa-peristiwa yang
berlaku sepanjang masa kemelut itu
Setiap
orang Islam wajib percaya bahawa Kiamat pasti akan berlaku, dan menafikannya
ialah manusia kafir yang tidak percaya bahawa mereka akan dihidupkan kembali
selepas matinya setelah selesai menjalani hidup di dunia yang fana ini untuk
dineracakan dan diadili dengan saksama oleh Allah Yang Maha Pencipta dan Yang
Maha Bijaksana.
Mengingkari
adanya hari Kiamat bererti durhaka kepada Allah dan mereka akan menrima hukuman
yang keras dari Allah.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Bahkan mereka mendustkan hari Kiamat, dan Kami
menyediakan neraka yang menyala-nyala bagi siapa yang mendustakan hari
Kiamat”.al-Furqan [25]:11.
Antara
peristiwa-peristiwa penting yang bakal berlaku di sekitar hari Kiamat ialah:
Bila
hari Kiamat tiba, Allah SWT akan
memerintahkan Malaikat Israfil meniup tormpet atau sangkala sebanyak dua kali.
Tiupan pertama sebagai tanda kehancuran seluruh alam buana dan kematian seluruh manusia yang masih hidup ketika
itu.
Dalam
peristiwa itu langit menjadi pecah belah, menjadi bertongkol-togkol, dan
berterbangan; dan sebahagian daripadanya berlenturan antara satu sama lain.
Pada masa itu gunung-ganang menjadi hancur lebur.
Bintang-gemintang
yang begitu banyak bertaburan di langit
itu berubah dari kedudukan asalnya dan guggur berselerekan. Bulan dan matahari
tidak lagi beredar atas paksiny.a yang lumrah.
Kemudian
lautan akan menyemburkan airnya naik, membanjiri dan menenggelami seluruh
permukaan bumi ini, sehingga tidak ada daratan lagi, semuanya habis tenggelam
menjadi sebuah lautan. Jika sesiapa berdiri di tentah-tengah lautan itu sudah tentu dia tidak mengetahui lagi arah mata
angin, arah mana utara, arah mana
selatan, arah mana tmur dan arah mana barat.
Ketika
itu seluruh gunung berapi akan meledak memuntahkan api dan segala belerang dan
segala isi perutnya yang memusnahkan itu.
Kemudian
seluruh tanah perkuburan pun meledak, membongkar dan memuntahkan segala isi
perutnya, termasuk tulang-temalang manusia yang dikebumikan di dalamnya.
Seterusnya,
Malaikat Israfil akan meniupkan sangkala atau terompet untuk kali keduanya. Tidaklah diketahui
berapa lama masa yang diambil untuk tiupan sangkala pertama dengan yang kedua
itu. Justeru itu hiduplah kembali semua makhluk yang telah mati itu sebagaimana
rupa asal mereka semasa hidup di dunia
dulu, lalu mereka dihimpunkan di suatu tempat yang amat luas dipanggil Padang
Mahsyar.
Di
Padang Masyar itu segala perbuatan atau amalan mereka semasa di dunia dulu akan
dihisab dan ditimbang di atas neraca keadilan untuk menentukan nasib mereka
baik atau buruk, ke Syurga dan ke neraka. Untuk sampai ke Syurga manusia
terpakasa melintasi satu titian Siraj yang di bawahnya terletak kawah neraka
yang airnya panas dan mendidih.
Orang-orang
mulia, beriman dan bertakwa akan berjaya melintasi titian itu dan membawa
mereka ke Syurga, tapi orang-orang yang
keji, kafir dan munafik akan terjatuh ke dalam kawah neraka dan kekal menetap
di situ untuk menerima pembalasan seksa kerana apa yang telah mreka amalkan semasa hidup didunia dulu.
Syurga
ialah tempat tinggal yang penuh dengan serba neka kesenangan dan kenikmatan
yang tidak dapat digambarkan disediakan oleh Allah Yang Maha Pengasih kepada
hamba-hamba Nya yang semasa hidup di dunia beriman dan bertakwa, dan beramal
salih, baik Muslimin atau Muslimat kepada Allah SWT dan mematuhi segala
perintah dan larangan Nya.
Sementara
neraka adalah seburuk-buruk tempat tinggal yang tidak dapat digambarkan
disediakan khusus oleh Allah Yang Maha Bijaksana kepada hamba-hamba Nya, jin
dan manusia semasa hidup di dunia berdosa besar dan durhaka kepada Allah, kafir
dan munafik yang suka melanggar segala perintah dan larangan Nya.
Sekianlah
serba sedikit tentang Kiamat, d mana semua kita umat Islam beriman dengannya,
semoga kita semua selamat di dunia dan bahagia di Akhirat, masuk Syurga dan
dijauhi neraka.
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan darulnaim.
Khamis:
5 Disember 2019
/8 Rabiulakhir 1441
0 comments:
Post a Comment