Institusi Penggawa Dan Peranannya Dalam Masyarakat Negeri Kelantan

>> Sunday, May 1, 2016




Siri 1 
APAKAH PENGGAWA ITU??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 


Penggawa adalah sebuah institusi yang penting di negeri Kelantan dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia. Malah jawatan ini mungkin juga terdapat di negara-negara lain di nunsantara, tapi dengan nama yang berlainan, mengikut bahasa dan budaya bangsa tersebut.


Dalam siri ini kami akan membawa anda mengikuti pembicaraan mengenai institusi Penggawa ini secara agak terperinci sebagai sebahagian daripada rakaman sejarah, khususnya untuk negeri Kelantan Darulnaim yang menjadi fokus pembicaran ini.


Justeru rencana ini agak panjang, maka kami siarkannya secara bersiri sehingga selesai.


Untuk lebih memudahkan pembaca mengikutinya, maka kami mulakan pembicaraan dengan ulasan mengenai pengertian dan definisi perkataan Penggawa dan perbezaann kata-katanya antara setempat dengan setempat.


Salam hormat takzim dari kami.


Mohd Zain Saleh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengertian Penggawa Mengikut Kamus


1.Penggawa bererti:
a.Kepala pasukan
b.Kepala Desa
Dari:

Kamus Umum Bahasa Indonesia
W.J.S.Poerwadar minta
[P.N.Balai Pustaka,Djakarta, 1966]


2.Penggawa bererti:
a.Ketua Pasukan
b.Ketua Kampung

Dari:

Kamus Dewan
Dr.Teuku Iskandar
[Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur, 1993].


3. Peggawa bererti
a.Ketua Kampung,Penghulu
                            b.Kepala       

Dari:

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan
Hj. Zainal Abidin
[Utusan Publication & Distibutor Sdn. Bhd. 1995].


4.Penggawa bererti:
                                   a.Kepala, ketua
                                   b.Kepala Desa

Dari:

Kamus Besar Bahasa Indonesia
[Department Pendidikan Dan Kebudayaan
Balai Pustaka, 1997].


5,Penggawa bererti:
                                   a.Penghulu, Ketua Kampung
                                   b,Ketua Pasukan

Dari:

Kamus Maktab
Kadir M.A.,
{Penerbi Bakti,
Kuala Lumpur].


6.Penggawa bererti-

[Sumateraan
or Kelantan Headman]

Dari:

An Unabdrige
Malay English Dictionary
Sir Richard Winstedt
[Singapore]

Daripada berbagai-bagai definisi perkataan PENGGAWA yang diberikan oleh berbagai-bagai kamus itu dapatlah dirumuskan  bahawa PENGGAWA ialah sebuah institusi yang berwenang dan dihormati yang mengetuai pentadbiran sesebuah kawasan yang telah ditentukan  seperti Daerah atau Mukim.


PERBEDAAN


Sebelum kita perlanjutkan tulisan ini, justeru terdapat kata-kata yang berbeza-beza  berhubung dengan institusi kepenggawaan di antara negeri Kelantan dengan negeri-negeri yang lain di seluruh Malaysia, maka ada baiknya diperturunkan kata-kata tersebut untuk memudahkan mereka yang tidak begitu arif dengan kata-kata rasmi yang dipergunakan di Negeri Kelantan Darulnaim yang mempunyai maksud yang berbeza dengan kata-kata yang dipakai di negeri-negeri lain berhubung dengan institusi kepenggawaan itu untuk mengelak daripada berlakunya kekeliruan yang mungkin timbul jika berkebetulan ada pembaca yang membaca rencana ini seterusnya.


Neger Kelantan     Negeri-negeri Lain

Daerah                     Mukim


Jajahan                     Daerah


Mukim                      Kariah
[Kawasan yang
Terletak dalam
Tadbiran masjid
Yang diketuai
Oleh seorang
Imam].

Ketua Jajahan         Pegawai Daerah


Majlis Daerah         Majlis Tempatan


Pejabat Tanah        Pejabat Daerah
Dan Jajahan


Penggawa                Penghulu

                                   Di Sarawak:
                                   Pegawai Perkhidmatan Tadbir
                                   Negeri.


Penghulu:               Ketua Kampong

Di Melaka:
Tok Sidang


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



           









0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP