SELAMAT PENGANTIN BARU

>> Saturday, May 7, 2016







SEEKOR KUMBANG DARI DARUL RIDZUAN, SEKUNTUM BUNGA DARI DARUL NAIM, BERTEMU DI DARUL EHSAN DAN AKHIRNYA..................



                                               Kedua mempelai melangkah masuk dewan


                                         Macam pinang pulang ke gagang

Seekor kumbang dari Perak Darul Ridzuan, dan sekuntum bunga dari Kelantan Darulnaim bertemu juga akhirnya bila takdir telah terpilin untuk hidup bersama.


Semalam [Jumaat 6 Mei 2016/29 Rejab 1437 H] kami menghadiri majlis kesyukuran mempelai di sebuah dewan di bumi bertuah Cik Siti Wan Kembang. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang memenuhi jemputan pengantin untuk meraikan majlis itu dan bersyukur kepada Allah.



                                         Di persada pelamin

Mempelai lelaki ialah Ahmad Hazizi sementara mempelai perempuan ialah Noor Rida. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan, macam pinang dibelah dua.


Macam sirih pulang ke gagang.......


                                         Bersama pengantin

Sebelum ini kedua-duanya telah jenuh bermaustautin di bumi Selangor Darul Ehsan dalam mewarnai hidup masing-masing.


                                         Sebahagian dari tetamu


Dan akhirnya takdir  memilinkan hati keduanya dalam tautan kasih di puncak persada perkahwinan


Majlis semalam berlangsung dengan serbak mewangi dari dupa kasih dua hati yang telah bertaut rapat menjadi satu.


                                         Macam pinang dibelah dua


Seutas Doa:
“Semoga Allah memberkatimu dan ke atasmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan”.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP