siri 2: LATAR BELAKANG NEGERI KELANTAN

>> Wednesday, May 11, 2016






Dalam INSTITUSI PENGGAWA DAN PERANANNYA DALAM MASYARAKAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Latar Belakang Negeri Kelantan Darulnaim

Sebelum kita melangkah terus ke tajuknya, iaitu mengenai pernanan institusi penggawa dalam masyarakat, khususnya di Negeri Kelantan, maka lebih baik kita bentangkan sedikit faktor latar belakang Negeri Kelantan terlebih dulu, supaya dengan itu ianya lebih mudah difahami oleh orang yang kurang arif tentang negeri ini. Ikutilah seterusnya.-Mohd Zain Saleh





Negeri Kelantan Darulnaim seperti  negeri-negeri lain di Malaysia juga, sebelum campur tangan penjajah British, sistem pentabiraannya berpusat di isatana yang diketuai  oleh seorang tokoh tertinggi  yang dipanggil  Raja atau Sultan yang mempunyai kuasa penuh ke atas negeri dan jajahan takluknya. Baginda menjalankan pemerimntahan dengan dibantu oleh pegawai-pegawai istana dan pegawai-pegawai jajahan [daerah] yang bertanggungjawab menjaga kawasan-kawasan yang terletak di bawah pentadbiran masing-masing, dan biasanya pegawai-pegawai itu dilantik oleh Sultan sendiri.

Tapi sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu telah mengalami perubahan yang pesat bila penjajah Inggeris mulai mencengkam kuku penjajahannya di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, iaitu dengan terketrainya Perjanjian Pangkor pada tahun tersebut.

Sejak zaman pra penjajahan hingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 berbagai-bagai perubahan telah berlaku dalam sistem pentadbiran negara baik di peringkat pusat dan negeri. Peruabahan-perubahan tersebut adalah sejajar dengan zaman masing-masing, baik dari segi bentuk, corak dan tujuannya, umpamanya dalam zaman penjajah, sistem, pemerintahannya diselaraskan dengan kehendak penjajah, dan dalam zaman merdeka pula diselaraskan dengan kehendak kemerdekaan negara.

Sejarah tradisional Negeri Kelantan dikatakan berputik daripada perkataan ‘KELANG TANG’, sebutan orang-orang Petani, Thailand yang bermaksud “tempat tengah”, iaitu satu tempat persinggahan yang terletak di tengah-tengah pelayaran mereka, antara Terengganu dan negara mereka di sebelah Utara, sekarang Thailand. Tapi akhirnya perkataan “Klang Tang” itu telah berubah meknadi “Kelantan” mengikut pelat sebutan orang-orang Kelantan pula. Demikianlah asal sebutan nama Kelantan mengikut salah satu sumber sejarah tradisi yang terus kekal panggilannya hingga sekarang.

Sebenarnya Negeri Kelantan telah mempunyai sejarah yang lama, dan berbagai-bagai nama telah disebut dalam kitab-kitab tua Arab, dan China mengenai Negeri Kelantan. Sejak ribuan tahun yang lampau lagi Negeri Kelantan yang terletak dalam perjalanan antara negeri-negeri Arab dan India dengan Thailand dan Kemboja telah menjadi tempat persinggahan peniaga-peniaga negara-negara tersebut semasa dalam pelayaran mereka. Malah Morco Polo juga juga diriwayatkan mengikut laluan tersebut dalam pelayarannya yang termasyur pada tahun 1292 M.

Darulnaim

Dari satu pemerintahan ke satu pemerintahan yang panjang itu, akhirnya pada tahun 1916 M dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad IV, di hujung perkataan Kelantan itu telah ditambah dengan perkataan “Darulnaim” yang bermaksud “yang penuh dengan kenikmatan, sebagai nama timang-timangannya. Ia membawa erti “Kelantan negeri yang penuh dengan kenikmatan”.

Letaknya

Kedudukan Negeri Kelantan terbentanmg di bahagian Timur Laut Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Thailand di sebelah Utara, Negrei Perak di sebelah Barat, Negeri Terengganu di sebelah Timur dan Negeri Pahang di sebelah Selatan, serta Laut China Selatan terbentang saujana di sebelah Timur Lautnya.

Kini Negeri Kelantan adalah salah sebuah daripada tiga belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Negeri-negeri lain ialah Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Muka buminya memanjang seluas 14,992 kilometer persegi, dengan panjangnya menjulur sejauh 185,6 kilometer, serta memiliki pesisir pantai semula jadiinya yang indah permai sepanjang kira-kira 78 kilometer.

Pentadbiran

Dari segi pentadbiran, kini Negeri Kelantan Darulnaim dibahagikan kepada sepuluh buah jajahan [daerah], sebagaimana berikut:

1.Bachok, seluas 64 km. persegi, iaitu [1.8 peratus].

2.Gua Musang, seluas 8,104 km. Persegi, iaitu a[54 peratus].

3.Jeli, seluas 1,29 km. persegi, iaitu [8.9 peratus].

4.Kota Bharu, seluas 409 km. persegi, iaitu [2.7 peratus].

5.Kuala Krai, seluas 2,225 km. persegi, iaitu [14.9 peratus].

6.Machang, seluas 544 km. persegi, iaitu [2.7 peratus].

7.Pasir Mas, seluas 578 km. persegi, iaitu [3.9 peratus].

8.Pasir Puteh, seluas 4 km. presegi, iaitu [2.9 peratus].

9.Tanah Merah, seluas 868 km. persegi, iaitu [5.8 peratus].

10.Tumpat seluas, 168 km. persegi, iaitu [1.1 peratus].

Geografi

Dari segi geografi, Negeri Kelantan Darulnaim dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Utara dan Selatan. Kawasan Utara meliputi kawasan seluas 2984.2 km. persegi, iaitu 20 peratus daripada luas seluruh muka bumi Negeri Kelantan, sementara Kawasan Selatan pula meliputi kawasan seluas 11977.7 km persegi, iaitu 80 peratus dari seluruh luas muka bumi Negeri Kelantan.

Penduduk

Menurut banci tahun 1998, penduduk Negeri Kelantan Darulnaim berjumlah seramai 1,484,076 orang yang terdiri daripada berbagai-bagai rumpun kaum sebagaimana berikut:

Melayu seramai 1,108, 416 orang atau 9.8 peratus.

China seramai 54,457 orang atau 5.6 peratus.
India seramai 8,272 orang atau 0.7 peratus.

Thai dan lain-lain kaum seramasi 10,635 orang atau 0.9 peratus.

Semua kaum negeri ini sejak zaman berzaman lagi hidup bersatu padu dan harmoni di bawah panji-panji pemerintahan seorang Sultan yang memerintah secara turun temurun.

Pemerintahan

Sultan Kelantan Darulnaim sekarang ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra yang menaiki singgahsana takhta kerajaan pada bulan September 2010, mengambilalih tempat ayahandanya yang gering. Baginda Sultan mempunyai kuasa eksekutif dalam pemerintahan negeri ini.

Mengikut Perlembagaan, Negeri Kelantan Darulnaim, seperti juga negeri-negeri lain, dalam menjalankan kuasanya Sultan dibantu oleh Menteri Besar [Ketua Menteri] dan Majlis Mesyuarat Kerajaan [MMK]. Di Melaka dan Pulau Pinang dipanggil Majlis Mesyuarat Negeri dan di Sarawak dipanggil Majlis Tertinggi dan di Sabah dipanggil Jemaah Menteri. Kalau di peringkat Pusat dipanggil Yang Di Pertuan Agung sebagai ketua eksekutif yang tertinggi dibantu oleh Jemaah Menteri dan Perdana Menteri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  [MMMK] dipengerusikan oleh Menteri Besar yang menjadi Ketua Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim dan ahli-ahlinya pula terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari parti yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti. Persis dengan Jemaah Menteri di peringkat Pusat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah badan peerintah, dan bukannya merupakan satu badan dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri.

Hirakii pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang tertinggi ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Pegawai Tadbir Utama yang bertugas sebagai penasihat kepada Menteri Besar.

Peringkat Jajahan

Sementara pentadbiran di peringkat Jajahan [Daerah] diketuai oleh seorang pegawai kerajaan yang berpangkat Ketua Jajahan [Pegawai Daerah]. Ketua Jajahan ditempatkan di Pejabat Tanah dan Jajahan, dasn di situlah trltak pejabantyna. Tugas utama Ketua Jajahan ialah mengurus hal tanah dan pembangunan, menyelaraskan projek pembangunan yang terlebih dahulu telah dirancang dan diluluskan di peringkat negrei serta dengan kerjama semua agensi-sgensi kerjaan Negeri dan Perwsekutuan.

Di peringkat jajahan pula berbagai-bagai agensi kerajaan negeri dan Pusat diwujudkan, seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Pejabat Kadi, Mahkamah, Polis, Pejabat Kesihatan, Kebajikan Msyarakat dan sebagainya bagi melengkapkan pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri di peringkat jajahan.

Dari segi pentadbiran, setiap jajahan itu dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil yang dipanggil daerah [mukim] yang diketuai oleh seorang penjawat kerarjaan yang dipanggil Penggawa, dahulunya dipanggil Tok Kweng [Penghulu]. Jawatan Penggawa adalah sebuah jawatan tradisional yang telah wujud di Negeri Kelantan sebelum kedatangan penjajah Inggeris lagi.

Secara mmumnya tugas utama para Penggawa ialah membantu Pejabat Tanah Dan Jajahan, khususnya Ketua Jajahan dalam bidang pembangunan, kebajikan dan juga keagamaan dan sebagainya yang terletak di dalam Jajahan pentadbiran masing-masing.

Di dalam sebuah daerah terdapat beberapa buah kampung yang terletak di bawah pentabdiran seorang Penghulu [Ketua Kampung] yang dulunya dipanggil “Tok Naiban”. Tugas utama Penghulu ialah membantu Penggawa dalam menjalankan ntugasnya.

Perlantikan Penggawa tidak seperti perlantikan Penghulu yang dilantik terus oleh Kerajaan yang memerintah tanpa melalui Suruhanjaya Perkhidamatan Awan Negeri [SPN] sebagaimana perlantikan seorang Penggawa. Jawatan Penghulu dilantik terus oleh kerajaan Negeri dan biasanya berdasarkan merit politik parti yang memerintah.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP