KACANG SEBAGAI SIMBOL SEKS

>> Monday, November 9, 2015




KACANG SEBAGAI SIMBOL SEKS


Kalau Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa, maka demikian jugalah Allah menjadikan kacang berbagai-bagai jenis dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk. Ada kacang yang tumbuh memanjat dan ada kacang yang tumbuh renek.




Antara aneka jenis kacang itu ialah kacang bendi [kacang mior],  kacang botol [kacang botor], kacang bulu rimau, kacang tanah [kacang cabut atau kacang goreng]], kacang dhal [kacang kayu], kacang panjang, kacang parang, kacang kuda, kacang belimbing kacang soya dan sebagainya.


Kacang soya adalah kacang yang paling berguna di seluruh dunia. Orang-orang China, Jepun dan Korea telah berabad-abad lamanya mengguna kacang soya.


Tapi anehnya, kacang soya tidak pernah dipergunakan sebagai sayur. Sebaliknya, kacang soya dibuat sos, dijadikan bahan pembuat kek, roti dan dijadikan bahan kepada berbagai-bagai jenis makanan.


Dan hari ini  kacang soya.merupakan minuman yang terkenal, digemari oleh segenap peringkat.


Menurut sejarah kacang diharam kepada sami-sami Mesir di zaman dulu.


Kemudiannya sesetengah kepercayaan cults di Rome dan Greek menganggap kacang sebagai barang suci kepada kepercayaan mereka.


Orang-orang Rom pada zaman awalnya mempunyai kepercayaai yang ganjil terhadap kacang. Caranya mula-mula si ayah yang menjadi ketua keluarga akan membasuh kedua belah tangan mereka kemudian melempar kacang hitam di atas kepala mereka berulang-ulang sebanyak sembilan kali. Mereka percaya dengan berbuat demikian dapat menyucikan diri mereka dan keluarga mereka.


Orang-orang Greek pada zaman dulu pula menggunakan kacang sebagai alat untuk mengundi, sebagaimana kita menggunakan tanda pangkah pada hari ini. Dalam hal ini kacang yang berwarna putih memberi makna bersetuju sementara kacang berwarna hitam memberi makna tidak bersetuju.


Kacang itu ada yang dimakan mentah sebagai ulam, seperti kacang panjang, dan kacang botol, ada kacang dimasak, seperti kacang bendir dan kacang panjang, ada kacang dimakan sebagai makanan, seperti kacang tanah, digoreng atau direbus, kacang bulu direbus, ada kacang dibuat bubur, iaitu kacang hijau atau kacang merah, ada kacang diperah dibuat minyak masak.


Orang-orang tua kita, menjadikan kacang hijau sebagai bahan untuk menjauhkan diri dari gangguan makhluk-makhluk halus. Kacang hijau itu dibaca dengan ayat-ayat tertentu, kemudian ditabur di sekeling tampat tidur untuk mengelak daripada gangguan makhluk-makhluk halus tersebut.


Tapi bagi sesetengah masyarakat tradisional  kacang dijadikan simbol seks. Kepada lelaki kacang dianggap sebagai simbol kekuatan tenaga batinnya, sementara kepada kaum wanita diangap sebagai simbol kesuburan.


Mereka percaya kacang boleh menyebabkan seseorang lelaki menjadi perkasa tenaga seksulanya, tapi sebaliknya  pula boleh menyebabkan wanita menjadi mandul.


Mereka menggunakan kacang sebagai tangkal azimat untuk mempertahankan diri dari serangan ilmu sihir dan hantu syaitan.


Tegasnya kacang itu mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam masyarakat manusia, sehingga orang yang kurang cerdik atau tidak tahu sesuatupun dalam bahasa Inggeris dikatakan, “He doesn’t know beans”.


Kita mungkin tertanya-tanya kenapa kacang begitu popular di seluruh dunia? Sudah tentu ia mempunyai jawapan yang menarik.


-Pertama kerana kacang tumbuh hampir di seluruh negara di dunia.


-Kedua kerana kacang makanan yang terlalu banyak mengandungi khasiat. Ia kaya dengan zat protein, kerana itu ia biasanya digunakan sebagai makanan pengganti daging.


Sekianlah sedikit fakta tentang kacang yang dapat saya pungut untuk dikongsi bersama.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.





1 comments:

Anonymous,  May 30, 2016 at 4:41 AM  

Thx, Sangat bermanfaat..

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP