APAKAH TANDA-TANDA MUSIM BANJIR ITU?

>> Tuesday, November 3, 2015





TANDA-TANDA  MUSIM BANJIR: APAKAH TANDANYA??


Banyak perkara yang akan berlaku di dunia ini biasanya didului oleh tanda-tanda atau alamat yang menunjukkan perkara itu akan berlaku di masa akan datang.




                                 Sungai Dipenuhi Air


Persoalannya, kita mungkin menyedari atau tidak menyedari tanda-tanda yang ditunjukkan Allah kepada kita itu? Namun begitu, orang-orang yang arif dan wali-wali yang tertentu diberi kelebihan utuk mengetahui atau menyedari kewujudan tanda-tanda itu.


Allah biasa menurunkan tanda-tanda atau alamat-alamat sesuatu perkara yang akan berlaku itu menerusi kejadian-kejadian yang terdapat di alam maya ini. Seperti hujan lebat yang berpanjangan menandakan bah akan berlaku. Kepanasan alam menandakan kemarau akan berlaku.


Tidak dapat dinafikan orang-orang tua kita dulu memang bijak memerhati tanda-tanda alam yang menujukkan sesuatu perkara akan berlaku. Perkara-perkara yang akan berlaku itu mungkin baik dan mungkin buruk. Pengetahuan itu mereka perolehi dengan cara pengamatan, pemerhatian, pengalaman dan rasa yang terdapat di seputar mereka.


Seminggu dua ini cuaca alam redup di negeri Kelantan. Matahari jarang kelihatan tersembol dilangit, walaupun bahang kepanasannya terasa. Kain basuhan yang dijemur kering dalam beberapa jam sahaja. Hujan henti-henti turun di sana sini membasahi bumi, menakungkan air di tanah yang lembah.


Menurut orang-orang tua kita, cara-cara hujan itu turun menimpa bumi terdapat tanda-tanda menunjukkan musim hujan atau tengkujuh atau musim banjir telah tiba.


Pertanda hujan itu adalah sebagai berikut:


Pertama, hujan turun di awal-awal pagi, sekali-sekala, kemudian berhenti.


Kedua, hujan turun di waktu petang, sekali-sekala, kemudian berhenti.


Ketiga, hujan turun di waktu malam hari, tapi tidak berpanjangan.


Demikianlah dalam masa seminggu dua ini begitulah cara hujan yang berlaku di Negeri Keyang dijadikan pertanda kedatangan musim hujan, telah tiba.




                                 Bila Air Sungai Melempah:Banjir


Dan salah satu sebab berlakunya banjir adalah kerana hujan lebat yang berpanjangan tanpa henti-henti menimpakan kawasan-kawasan perlembahan, yang menakungkan air dengan banyak dan berlakulah banjir.


Satu lagi daripada aneka tanda musim hujan telah tiba ialah cacing-cacing yang akan mendendangkan lagu-lagunya dengan galak sekali bila menjelang atau sebaik-baik sahaja masuk waktu Maghrib. Orang-orang tua di kampung saya dulu, Kg. Salor memanggilnya “cacing bang” [azan], kerana cacing-cacing ini hanya akan berlagu riang sebaik-baik sahaja masuk waktu Maghrib, dan berhenti menjelang waktu Isya’.


Hanya orang-orang yang tinggal di kampung desa sahaja yang dapat mendengar “cacing bang”, tapi tidak kepada mereka yang tinggal di kota-kota atau di rumah-rumah pangsa yang tidak mempunyai tempat untuk cacing tinggal.


Demikianlah sedikit bahan untuk dikonngsikan bersama, semoga memberi manfaat jua.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP