Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas Terus Bangkit Menempa Sejarah

>> Wednesday, November 27, 2013




Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas Terus Bangkit Menempa Sejarah





SEKOLAH tahfiz dan sains  di Kok Lanas, sudah 5 tahun ditubuhkan dengan nama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas. Kok Lanas ialah sebuah pekan yang terletak dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Machang dan seterusnya ke Kuala Krai. Letaknya dalam Ketereh dan dalam Jajahan Kota Bharu, kira-kira 24 km daripada Bandar Raya Islam Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darulnaim.

Setiap minggu, sejak kira-kira 10 tahun yang lalu kami melewati Kok Lanas dari Kota Bharu ke Kuala Krai, di waktu awal-awal pagi, dan di waktu petang dan kadang-kdang di waktu malam juga. Namun begitu hanya baru pagi tadi, 27 November 2013 kami berksempatan mengunjungi sekolah tahfiz itu kerana menemani seorang cucu yang mengambil ujian leson untuk masuk sekolah itu bagi  sesi pengajian 2014 yang akan datang.





Maahad Tahfziz Sains Kok Lanas ini asalnya sebuah sekolah Arab SMU [A] Darul Aman Kok Lanas yang diambilalih oleh kerajaan negeri untuk dijadikan Maahad Tahfiz Sains itu dan diletak dibawa pengelolaan Yayasan Islam Kelantan [YIK] pada tahun 2008. Bekas pelajar-pelajarnya telah diarah berpindah ke mana-mana sekolah Arab di negeri ini.


Setelah diamblialih bangunan sekolah itu telah dibina yang baru mengganti bangunan lama Sekolah Arab Darul Aman yang telah usang ketika itu. Bangunan-bangunan baru yang lain juga telah dibina, seperti sebuah surau, dewan, kantin, dan asrama dan sebagainya. Pagi tadi kami lihat  bangunan asas maahd itu masih  lagi dalam proses pembinaan.

Tapi pagi tadi saya merasa kasihan dengan sebahagian daripada ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka untuk mengambil ujian, sebahagiannya terlah berusia, mengalami kesukaran untuk mencari tandas. Surau memang tidak ada tandas. Yang ada tanya hanya di bangunan lain yang agak jauh dari situ, itupun tidak mempunyai bekalan air, dan untuk menggunanya terpaksa menganggkut air dengan baldi daripda kolah surau. Atau terpaksa pergi lebih jauh lagi dari dewan peperiksaan itu diadakan, tempat mereka berkumpul, iaitu tandas sekolah. Sepatutnya perkara ini diberi perhatian demi keselsaan ibu bapa yang menjadi tetamu mereka, khususnya dalam musim peperiksaan selama beberapa sahaja ini.



Kerajaan negeri telah memperluaskan pengajian tahfiz al-Quraan kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negeri ini dan juga dari negeri-negeri luar Kelantan, terutama pengajian tahfiz yang digabungkan dengan pangajian akademik seperti Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Kok Lanas ini.



Di samping itu sekolah-sekolah tahfiz swasta juga bercambah seperti cendawan di musim hujan di negeri Kelantan, terutama sejak ke belakangan ini. Ini membuktikan bahawa kesedaran terhadap ilmu al-Quran itu telah kian berkembang subur sejajar dengan perkembangan ilmu pengetahuan di bidang akademik. Para ibu bapa nampaknya berlomba-lomba untuk menghantar anak-anak mereka belajar di jurusan tersebut.

Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sesungguhnya datang kepada kamu bukti daripada Tuhan kamu, dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran sebagai cahaya yang nyata”. An-Nisaak: 174.

Dan: “..... serta mengikut cahaya yang diturunkan kepadanya iaitu al-Quran....”. Al-A’raf : 157.

Walaupun dari jauh kami mendengar beberapa perkara yang negatif mengenai Maahd Tahfiz Sains Darul Aman Kok Lanas ini, tapi kami anggap ianya sebagai perkara biasa sahaja dalam sesebuah institusi yang melibatkan masyrakat manusia dalam setiap perjuangan. Halangan dan rintangan memang merupakan asam garam dalam perjuangan dan kehidupan. Bangkit dan terus mara.


Kami tinggalkan Maahd Tahfiz Sains Kok Lanas pagi itu dengan hati yang berbunga harapan semoga ianya terus berkembang mekar menempa sejarah untuk wujud sebagai sebuah institusi keagamaan yang penting untuk menjanakan ilmu kepada umat manusia yang akan membahagiakan hidup mereka di dunia dan akhirat. Adalah diharapkan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Kok Lanas terus bangkit menempa sejarahnya yang tersendiri, menempuh segala badai dan gelombang. Allahuakbar.

                                                                                      

3 comments:

Abu Azriy February 16, 2015 at 12:06 PM  

Assalamualaikum, Terima kasih diatas sejarah ringkas kolej ini. Cucu yang gi ujian lisan pada bulan November 2013 tu dapat ke masuk ke kolej ini?

Anak saya telah diterima masuk pada Januari 2014.

Anonymous,  May 24, 2015 at 1:35 AM  

Assalamualaikum....saya sebagai bekas pelajar dari Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman ataupn skrg tlh brtukar mnjadi Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman skrg ini....juga mnghrapkn para ibu bapa utk trus mnyokong skolah kami..dn sntiasa mndoakn supaya sntiasa ada pningkata dr semasa ke smasa...in shaa Allah..

bukan senang nak senang February 12, 2016 at 4:20 PM  

Phone anak saya di rampas oleh Ustaz Suhaib pada bulan December lepas semasa phone itu sedang charge. Saya ingin tahu apakah polisi Kolej ini berkenaan phone yang di rampas? Apa kah akan jadi milik Kolej atau jadi milik Ustaz?

Phone itu pun di rampas selepas habis tarikh persekolahan Tingkatan 5 tahun lepas. Di rampas semasa dalam masa pengukuhan hafazan Qur'an sahaja. Sebagai institusi Islam, saya rasa tidak patut Kolej ini rampas barang berharga dan tidak memulangkan nya semula. Saya tidak redha Dunia dan Akhirat

Saya harap pihak Kolej pulang kan phone tersebut dengan segera dan hubungi saya

Mohd. Nordin Abbas
019 - 246 2893

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP