NASIHAT

>> Tuesday, June 1, 2010





WAHAI ANAKKU

Nasihat 1

Jangan engkau belajar ilmu yang kena sudi [uji], nanti hidupmu susah

Demikian pesan Allahyarham ayahku yang kami panggil “cek”, ketika kami sedang berbual-bual mengenai binatang-bintang bisa. Beliau meninggal di tanah suci Makkah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya

Kalau belajar ilmu yang kena uji, sudah tentu kamu akan menghadapi ujian. Kalau belajar ilmu mengunci mulut ular, tentu kamu akan bertemu ular dan kamu terpaksa menguci mulutnya. Kalau kamu belajar mengunci mulut harimau, sudah tentu akan bertemu harimau, dan kamu terpaksa menguci mulutnya. Kalau kamu belajar ilmu mengunci mulut buaya sudah tentu kamu akan bertemu buaya, dan kamu terpaksa menguci mulutnya. Demkianlah dengan binatang-binatang lain yang bisa

“Kalau nak juga belajar ilmu, belajar ilmu menjauh dengan musuh, supaya kamu tidak bertemu dengan bnatang-bintang yang bisa itu. Itu sudah tentu lebih baik”.

Aku juga pernah diberitahu oleh beberapa orang bahawa mengikut pengalaman mereka orang-orang yang belajar ilmu mengunci mulut binatang bisa atau buas ini boleh menyebabkan telinga mereka menjadi tuli bila tua nanti.

Nasihat 2

“Jangan kamu belajar ilmu-ilmu yang pelek-pelek, tak berguna. Lebih baik kamu jaga perangai kamu supaya sentasa berperangai baik. Itu lebih baik”.

Nasihat itu diberikannya ketika aku meminta kepadanya untuk diajar ilmu bercakap dengan keris atau senjata-senjata dari besi. Aku tahu dia boleh bercakap dengan keris, bila dia menanyakan sesuatu pada keris, nescaya keris itu akan menjawabnya secara bergerak-gerak.

Mendengar katanya itu aku diam sahaja, dan tidak bertanya apa-apa lagi. Bertahun-tahun kemudian baru aku terfikir bahawa maksud kata-katanya “perangai baik” mempunyai pengertian yang jauh dan amat mendalam.

Sebagai seorang hamba Allah kita mesti berperangai mulia, termasuk ak beriman dan bertakwa, nescaya kita akan disayangi Allah dan jua disayangi oleh mansia, Barulah hidup kita selamat dunia akhirat.

Nasihat 3

“Jangan kamu baik atau berkawan dengan orang gila. Nanti susah kami. Kalau dia melakukan apa-apa pada kamu, kamu tidak boleh apa-apa tindakan ke atasnya, sebab dia gila”.

Nasihat yang memang jelas.

Nasihat 4

“Cek tak pelihara hantu atau jin. Syirik dan bahaya”.

Sebenarnya beliau pengamal perubatan tradisonal yang terkenal di masa itu dan dipanggil “Pak Cu Leh To Bomo”. Kalau beliau pergi ke rumah orang yang meracau terkena usikan makhluk halus, bila dia sampai sahaja di tangga mangsa akan menjadi tenang dan tidak meracau lagi.

Dengan kata-kata itu sebenarnya dia memberi nasihat kepadaku supaya tidak memelihara hantu atau jin, kerana ancaman bahayanya amat besar, terutama boleh menjadi syirik.

Beliau juga seorang tukang urut yang terkenal. Sampai ke hari ini ada orang-orang di kampungku bila bertemu denganku masih mengaku bahwa dia pernah berurut dengan ayahku itu semasa hayatnya

Apa yang aku harap nasihat ini dapatlah dikongsi bersama pembaca blog “Pondok Rahmat” ini, semoga memberi manfaat.

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP