Peristiwa Bulan Mac

>> Saturday, June 12, 2010







PERISTIWA BULAN MAC



[InsyaAllah kita akan berusaha mengisikan ruangan ini dengan berbagai-bagai peristiwa penting yang berlaku dalam dunia Islam setiap bulan di sepanjang tahun, sejak dahulu hingga sekarang. Semoga memberi manfat.-P]



[Setelah diperlengkapkan 4 Julai 2010]

Mac 624
Ramadhan 2 H
Perang Badar

Perang Badar adalah perang yang julung-julung kali berlaku dalam sejarah penyebaran agama Islam. Ia berlaku di Lembah Badar, di luar Kota Madinah pada 17 Ramadhan 2 Hijriyyah, [Mac 624] antara umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad saw. dengan kaum Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal.

Peperangan ini disertai oleh seramai 313 orang tentera Islam, sementara kaum Quraisy berjumlah seramai 1000 orang.

Dalam peperangan Badar ini umat Islam telah berjaya mencapai kemenangan. Mereka telah berjaya menawan 70 orang kaum Quraisy dan membunuh seramai 70 orang lagi. Di antara yang terbunuh itu termasuklah ramai pemimpin-pemimpin mereka, salah seorang daripadanya ialah Abu Jahal yang amat bencikan Rasulullah saw. telah tewas kepada Abdullah bin Mas’ud dan Umayyah bin Khalf telah tewas kepada bekas hambanya, Bilal bin Rabah. Lain-lain panglima perang mereka yang terkenal dan terbunuh ialah Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah.

Daripada 70 orang tawanan perang itu ialah bapa saudara Rasulullah saw. sendiri, iaitu Abbas bin Abdul Mutalib, sepupu-sepupu baginda saw. sendiri, Aqil dan Naufal, dan menantu baginda, suami kepada Rokiah, Abul-‘As. Daripda semua tawanan itu hanya dua orang yang dijatuhkan hukuman bunuh, kerana mereka amat merbahaya dan sentiasa memberi ancaman kepada umat Islam semasa di Makkah dahulu.

Tawanan-tawanan lain dibenarkan menebus diri mereka dengan nilai 4,000 dirham seorang, tidak kecuali bapa’ saudara Nabi saw. dan juga sepupu-sepupu baginda saw., melainkan seorang penyair, Abu Azza Amru Al-Juhami telah dibebaskan tanpa dikenakan tebusan.

Dalam Perang Badar ini, tentera-tentera Islam telah mendapat bantuan Allah yang diturunkan dari langit, sebagaimana diceritakan oleh Allah S.W.T. dalam kitab suci al-Quran:

Allah berfirman, maksudnya; “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah [ketika itu] orang-orang yang lemah...”. S:Ali-Imran:129.

Dan, berfirmaanNya lagi, maksudnya, “Bukan kamu yang membunuh musuh-musuh itu, tetapi Allah sebenarnya yang membunuh mereka, dan ketika engkau memanah bukanlah tanganmu yang memanahnya, tapi tangan Allah semata-mata”.S:al-Anfal:17.

Kemenangan dalam Perang Badar ini amat besar erti dan implikasinyanya kepada umat Islam yang masih berada dalam tahap awal perjuangannya untuk mengembangkan syiar Islam. Kerana begitu pentingnya peperangan ini, maka ia telah dipanggil Ghazwatul-Furqan yang bermaksud perang yang menentukan, iaitu menentukan siapakah yang benar dan siapakah yang salah?. Sebaliknya jika umat Islam tewas dalam peperangan itu, ia mungkin akan menimpakan kesan yang buruk terhadap perjuangan umat Islam pada masa itu.

Sebelum peperangan bermula, Baginda Rasulullah saw. antara lain berdoa, “Jika hari ini pasukan yang kecil ini kalah dan binasa, niscaya tidak akan ada lagi makhluk di muka bumi ini yang akan menyembahMu”.

Justeru, para sahabat yang ikut berperang dalam Perang Badar itu dipanggil “Badry” satu penghormatan besar yang tidak ada taranya.

Kemenangan itu berjaya menyatukan kuasa Islam di Madinah, justeru itu dapat menguatkan kedudukan mereka.

Kabilah-kabilah Arab mulai merasa segan dan takut kepada umat Islam. Demikian juga kaum munafikin dan Yahudi mulai merasa gerun terhdap umat Islam yang tidak mereka duga oleh menewaskan kaum Quraisy yang ramai bilangannya itu.

Justeru itu, kaum Quraisy di Makkah menjadi lemah dan kehilangan pengaruh di kalangan masyarakat.


22 Mac 2004

Syeikh Ahmad Yasin Dibunuh Yahudi



Pengasas HAMAS, Syeikh Ahmad Yasin telah terkorban dalam satu pembunuhan kejam yang dilakukan oleh rejim Yahudi yang memang terkenal dengan ganas dan zalim itu.



Beliau dilahirkan di Kampung al-Jora, dalam daerah Majdal, Asqalam [Ashkelon] pada tahun 1938. Bila Zionis Yahudi menguasai Palestin pada tahun 1948 beliau dan keluarga telah dihalau keluar dari kampung itu dan dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.



Beliau seorang pelajar yang cemerlang dan aktif dalam sukan, dan seorang pelajar yang disenangi oleh guru-gurunya. Tapi pada zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, kerana terjatuh ketika bersukan yang menyebabkan kakinya menjadi lumpuh.



Syeikh Ahmad Yasin adalah seorang anggota Ikhwan al-Muslimin cawangan Palestin yang aktif. Beliau tidak menerima ideologi nasionalisme yang diperjuangkan oleh PLO.



Beliau pernah melanjutkan pelajarannya di Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir pada tahun 1964. Tapi beliau tidak sempat menamatkan pelajarannya, kerana pada tahun 1966 beliau disumbat ke dalam penjara selama sebulan oleh kerajaan Mesir kerana terlibat dalam pertubuhan Ihwan al-Muslimin yang diasaskan oleh Al-Imam Hassan Al-Bana. Beliau amat terpengaruh dengan pemikiran Al-Imam Hasan Al-Bana, termasuk dalam penentuan sikap terhadap rejim Zionis itu.



Kemudian beliau terus dihantar pulang ke Gaza oleh Pihak Berkuasa Mesir, justeru beliau tidak sempat meneruskan pengajiannya di universiti tersebut. Ini tidak mematahkan semangat juang beliau untuk terus menegakkan syiar Islam.



Di Gaza beliau menjadi guru bahasa Arab dan menjadi khatib di Masjid Gaza. Khutbahnya yang bergema di Masjid Gaza amat menarik, dan beliau cepat terkenal, terutama selepas pendudukan Yahudi di Gaza pada tahun 1967.



Beliau merupakan seorang aktiviti kemasyarakatan dan seorang pendakwah yang aktif, terutama untuk mendidik golongan muda dengan pendidikan Islam.



Beliau memain peranan yang penting dalam usaha untuk mengembangkan Ikhwan al-Muslimin di Gaza, dan pertubuhan itu mendapat sambutan yang hangat di Gaza antara tahun 1969-1970.



Pada tahun 1973, beliau telah berjaya menubuhkan sebuah badan kebajikan yang dikenali dengan nama Mujamma’. Tujuan utama badan itu ditubuhkan ialah untuk menjaga kebajikan pelarian-pelarain Palestin, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial, seperti membina klinik perubatan, tadika dan sekolah.



Pada tahun 1982 beliau dan rakan-rakan seperjuangannya telah berjaya menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dikenali dengan nama al-Mujahidun al-Falastiniyun untuk menentang rejim Zionis Yahudi yang zalim, kejam dan ganas itu.



Pada tahun 1983, beliau telah ditahan oleh rejim Yahudi bersama-sama dengan berpuluh orang lagi kerana dituduh menyimpan senjata di sebuah masjid, dan akibatnya beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun. Pada masa itu beliau juga memegang jawatan Pengarah Pusat Islam Gaza. Tapi setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan beliau telah dibebaskan pada tahun 1985 sebagai pertukaran dengan beberapa orang tentera Israil yang ditahan oleh pejuang-pejuang Palestin di Lubnan.



Kemudian pada 1987 beliau bersama-sama rakan-rakan seperjuangnnya menubuhkan HAMAS untuk memperjuangkan pembebasan Palestin dan Baitul-Maqdis, kerana pada masa itu negara-negara Arab telah kelunturan minat untuk memperjuangkan nasib Palestin, sedangkan PLO pula bersikap terlalu lembut dengan Zionis Yahudi.



Pada tahun 1988 rumah beliau telah dirobohkan oleh tentera-tentera Yahudi dan beliau telah dibuang negeri ke sempadan Lubnan. Pada 18 Mei 1989 beliau dan pejuang-pejuang HAMAS yang lain telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Pada 16 Oktober 1991 beliau sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Tentera Israil.



Semasa dalam tahanan beliau telah diseksa dengan teruknya yang menyebabkan beliau menderita lumpuh seluruh badan, kecuali kepala, matanya menjadi rosak dan demikian juga dengan telinganya. Keadaan kesihatannya semakin parah kerana jangkitan kuman pada paru-paru dan perutnya.



Pada 1 Oktobr 1997 beliau telah dibebaskan secara pertukaran tawanan hasil rundingan antara kerajaan Jordan dan rejim Zionis. Selepas dibebaskan beliau kembali cergas dalam HAMAS dan bersama rakan-rakan seperjuangannya berjaya menubuhkan gerakan Intifadah.



Akibanya pada 6 September 2003 rumah kediaman beliau telah dibedil oleh tentera Yahudi dengan mengguna hekikopter Apache. Tapi beliau terselamat dalam serangan itu dan hanya mengalami kecederaan ringan di tanganya.



Pada 22 Mac 2004 sekali lagi Syeikh Ahmed Yassin diserang dengan serangan roket yang menyebabkan beliau terkorban. Pada masa itu beliau dalam perjalanan pulang selepas selesai menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas beliau yang menyebabkan beliau terbunuh bersama dengan empat orang yang lain lagi, dan seorang daripadanya anak beliau Abdul Ghani.



Sehari selepas Syeikh Ahmad Yassim dibunuh oleh Yahudi pada 22 Mac 2004 itu, rakan serpejuangannya, Abdul Aziz Rintisi telah diistiyarkan sebagai pemipin HAMAS yang baru. Kemudiannya beliau juga mati dibunuh oleh rejim Yahudi.













0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP