BAHAYA MENURUT MULUT

>> Monday, December 9, 2019





BAHAYA “MENURUT MULUT”






KATA-KATA MENURUT  mempunyai erti  yang berbeza dengan kata-kata “mengikut mulut”.
Menurut mulut ialah kiasan kata yang bermaksud, sesuatu ucapan itu berkesan atau berpengaruh terhadap seseorang yang ditujukan ucapan itu.


Kata-kata itu mungkin diucapkan tanpa bermaksud sedemikian, sebagaimana yang terjadi menyusulinya, tapi hanya sekadar melahirkan perasaan semata atau sekadar luahan kata-kata untuk memuaskan hati.


Biasanya kata-kata itu diucapkan oleh seseorang yang terdekat, seperti ibu terhadap putera dan puterinya.


Ibu itu bila merasa tidak puas hati dengan tingkah laku atau tindakan anak-anaknya mungkin akan memuntahkan kemaraahan itu dalam bentuk kutukan atau celaan yang buruk.


Umpamanya si ibu yang merasa tidak puas dengan anaknya kerana perbuatan anaknya itu tidak menepati apa yang diarahkan olehnya.


Maka si ibu pun mengutuk anaknya itu, seperti katanya, “Budak pemalas, bodoh, buat keraja seler-beler [tidak cermat]” dan sebagainya. Perkataan itu sering diucapkannya berulang-ulangkali sepanjang masa. Maka pada akhirnya, anaknya yang dikutuk itu asalnya seorang anak yang baik, tapi telah berubah laku sebagainana dikatakan oleh ibunya itu, walaupun si ibu tidak bermaksd sedemikian.

Rupa-raupanya kata-kata si ibu itu yang semata-mata untuk menyedapkan mulut itu mungkin telah menjadi sebuah doa yang makbul dan diberkati Allah.

Sementara ucapan “mengikut kata” atau “ikut suruh” bermaksud orang yang patuh, melakukan sahaja yang diperintahkan ke atasnya tanpa sungutan atau bantahan sedikitpun.

Dalam tulisan singkat ini saya akan memaparkan beberapa kisah yang menimpa mereka yang suka mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak dimaksudkanya tapi termakbul menurut apa yang dikatakannya itu, menyebabkan kerugian atau kesusahan kepada orang yang dikatakan dan penyesalan kepada kedua-dua pehak, iaitu orang yang mengucapkannya dan juga orang yang ditujukan kata-katanya itu.

Saya akan mengutarakan beberapa contoh kata-kata yang membawa padah, walaupun pengucapannya tidak bermasksud sedemikian rupa. kerana kelancangan mulutnya semata.
Ada seorang wanita mempunyai anak yang ramai, kebanyakan perempuan. Salah seorang daripada anaknya itu perempuan yang cacat suaranya sedikit bunyinya, tapi boleh difahami. Rrupa parasnya jauh lebih cantik dripada semua adik beradik perempuannya.

Sang ibu yang merasa hina diri dengan anak perempuannya itu sering memberitahu bahawa anak perempuannya itu tidak akan berkahwin sampai bila-bila kerana suarauya yang sengau itu. Itulah yang selalu diucapkannya dari sejak anak itu kecil hingga dewasa. 

Tapi dalam hatinya Allah yang tahu, kerana dia sedar ada anak-anak gadis yang rupanya tidak cantik, dan cacat, seperti anaknya iitu, seperti matanya buta, mulutnya bisu dan telinganya tuli pun dikurniakan Allah pasangan semasa di dunia. Sedangkan anak perempuannya itu ada rupa walaupun mengalami sedikit masalah percakapan.

Tapi apa hendak dibuat, kerana ucapannya itu yang diulang-ulangnya itu telah merupakan doa mustajab, mengabulkan kata-katanya itu.

Bila dia meninggal dunia dalam usia lanjutnya anak perempuannya itu tidak pernah kahwin-kahwin.

Itulah menurut mulut.

Ini sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang telah mempunyai beberapa orang anak.

Si isteri walaupun seorang baik hati, tapi mulutnya becok tidak menentu Dia suka melepas kata-kata sesuka hatinya tanpa berfikir panjang, terutama kepada keluarganya sendiri.

Suaminya sering menjadi mangsa kemarahannya. Setap kali ada masalah, walaupn kecil, dia akan menyinga kepada suaminya dengan kata-kata yang memanskasn telinga.

Antara kata-kata yang sering dilafazkanya selain dari cercaan ialah, “Aku dah puas bersama denganmu. Pergilah cari wanita lain, kawinlah jika engkau mahu.Aku dah  bosan hidup denganmu”.

Perkataan itu sering diulang-ulangnya jika dia tidak bersetuju dengan suaaminya. Dia menyuruh suaminya mencari wanita lain dan kahwin.

Tidak beberapa lama kemudian, suami yang sentiasa mengalah, tidak balik makan tengah hari waktu riht seperti biasa. Bila ditanya oleh isterinya kenapa dia tidak balik makan, dia selalu menjawab banyak kerja pejabat yang perlu diselesaikannya.

Setelah beberapa minggu tidak balik makan tengah hari di rumah, sang isteri mulai merasa sak, dan lalu menjalankan penyiasatan. Akhirnya terbongkarlah rahsia bahawa suaminya itu telah berkahwin seorang lagi. Dia telah dimadukan.

Bila isterinya mememarahinya kerana tindakannya itu, dia dengan gampang menjawab, ”Engkau yang suruh aku cari wanita lain dan kahwin, dan akupun kahwinlah”.
Demikian akibat “menurut mulut”, walau apa yang dikatakan itu tidak terbit dari hatinya yang sebenrnya tapi sekadar di bibir mulut sahaja.
Tapi kata-kata itu akhirnya terlaksana kkerana menjadi doa yang termakbul.

Kisah yang sebuah lagi ini juga hampir sama, tapi mempunyai motif yang berbeza. Ada sebuah keluarga mempunyai anak yang ramai, lelaki dan perempuan. Beberapa orang daripadanya yang perempuan sedang mengikuti pengajian di menara gading, sementara yang kecil masih berada di sekolah, sementara beberapa orang abang sedang bekerja di ibu negara, Kuala Lumpur.

Mereka hidup aman dan bahagia. Tapi pada suatu hari si suami, yang pertgengahan usia itu,  tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Tapi setelah beberapa minggu menghuni di hospital penyakitnya tidak juga sembuh.

Memandangkan keadaannya yang serius dan kronik itu keluarganya merasa dia memerlukan seorang penjaga khas ketika di hospital atau jika diperintah blaik ke rumah nanti. Isterinya yang hampir seusia dengannya itu nampaknya tidak mampu lagi untuk menjaga kebajikan suaminya yang terlantar sakit itu, dan tidak pasti bila akan sembuhnya,

Siapa yang akan menjaga lelaki yang sakit itu? Untuk mengupah orang, keluarga merasa masih belum mempunyai kemampan?

Akhirnya salah seorang daripada anak perempuannya yang sedang menuntut di universiti itu menyatakan kesanggupannya untuk menjaga ayahnya yang sakit itu. Dia berhenti dari universti dan terus balik ke rumah menjaga ayahnya yang telah dibebaskasn dari hospital walaupun tidak sihat sepenuhnya.

Sungguh besar pengorbanan anak gadis itu. Sanggup mengorbankan masa hadapannya demi kepentingan ayahandanya yang dikasihi. Sementara itu ayahnya pun mengambil masa yang amat panjang untuk pulih hampir sepenuhnya.

Ibunya yang merasa bangga dengan pengorbanan anak gadisnya itu sentiasa memuji kepada setiap tamu yang berkunjung ke rumah untuk menziarahi suaminya itu.

Antara lain, kata-kata yang sering diucapkannya ialah anaknya itu bersedia menjaga ayahnya itu sampai ke tua dan rela untuk tidak meneruskan pelajarannya dan sanggup pula tidak berumahtangga nanti dmi ayahnya yang dikasihi.

“Azizah ni sanggup tidak kahwin untuk menjaga ayahnya”, itulah kata-kata yang sering diluahkan oleh wanita itu, dan kata-kata ini dipersetuju pula oleh anaknya jika dia ada bersama waktu itu.
Masa terus berlalu dan usia terus meningkat. Akhirnya orang tua itu meninggal dunia dalam usia yang lanjut kerana usia tua.

Dan malangnya anak perempuan yang menyayanginya itu tidak pernah menemui jodohnya walaupun usianya telah hampir mendekati lebih setengah abad.
Demikianlah akibat menurut mulut.

Demikianlah sekadar contoh “menurut mulut” yang kita paparkan untuk renungan pembaca yang dikasihi.

Justeru itu berhati-hatilah ketika hendak melepaskan kata-kata. Fikir dulu sejenak, baik buruknya. Kata-kata yang terlepas dari mulut tidak dapat dipadamkan lagi, ia telah tremasuk ke alam abadi.

Sentiasalah berfikiran positif. Sentiasalah mengingati Allah, semoga kita menjadi orang sabar ketika berkata-hkata, meluakan perasaan dan hati. Jangan terlepas kata, sebab kerana santan pulut binasa.

Gunakan lidah kita dengan sebaik-baiknya. Ucapakanlah kata-kata yang berfaedah, memberi manafat, membina dan mulia.

Jangan pentas meluahkan kata-kata sesuka hati, yang boleh meraihkan akibat yang buruk kepada orang yang dikatakan, terutama keluarga dan anak-anak sendiri.

Jangan kutuk anak kerana melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi kesilapan yang tidak memberi apa-apa kesan negatif.

Tegasnya kawallah  lidah kita supaya tidak  melepaskan kata-kata sesuka hati kita, ikut sedap mulut tanpa berfikir buruk baiknya.

Berkatalah dengan akal dan iman, dan bukannya dengan hawa nafsu yang akan membawa kerosakan.

Lidah adalah salah satu anggota jasmani yang gampang diperkudakan oleh syaitan untuk merosaskkan makhluk manusia. Ia boleh membawa kita ke neraka.

Sebaliknya lidah juga boleh membawa kita ke Syurga kiranya kita tidak membiarkan dipermain-mainkan oleh syaitan dan mengawalnya dengan wajar berdasarkan iman dan takwa.

Peliharalah lidah ketika berkata-kata, insyaAllah kita akan selamat dari berbagai-bagai fitnah lisan yang sentiasa menunggu kita terpernagkap di dalamnya.

Peliharalah dan jauhilkan kesan buruk “menurut mulut’ yang tidak seharusnya berlaku jika kita berhati-hati dalam berkata-kata.

Ucapkanlah: “Masya Allah” [Dengan kehendak Alah SWT]
Dan berhentilah di situ tanpa merungut atau membeber.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam”. Sabda Rasulullah SAW.


Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.
9/12/2019
/12/Rabiulakhir 1441





Read more...

KIAMAT;BAGAIMANA KIAMAT BERLAKU

>> Thursday, December 5, 2019





KIAMAT,
BAGAIMANA KIAMAT BERLAKU?


 “Mereka menanyakan kepadamu tentang hari Kiamat, bilakah waktu berlakunya? Pengetahuan mengenai waktu kedatangan Kiamat ini hanya tersimpan di sisi Tuhanku sahaja. Tiada siapa yang dapat menjelaskannya kecuali Dia. Kedatangannya melahirkan akibat  yang amat berat di langit dan di bumi dan ia tidak datang kepada kamu melainkan  secara mendadak. Mereka bertanya kepadamu seolah=olah engkau benar-benar mengetahui kedatangan hari Kiamat itu. Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya pengetahuan tentang kedatangan Kiamat itu hanya tersimpan di sisi Allah sahaja, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.-”.al-A’raf [7]:187.

 





Kiamat.
Orang-orang yang yang memahami erti kiamat tentu tersentuh perasaan dan hatinya bila mendengar, menyebut atau membaca perkataan “Kiamat”.

Kerana hari Kiamat adalah hari terakhirnya dunia atau alam buana ini. Semuanya akan hancur lebur dan musnah. Segala yang hidup dan bernyawa akan mati semuanya. kerana telah mencapai tahap ketentuan masa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kemudian seluruh manusia yang berada dalam kubur mereka, baik lama atau baru akan dihidupkan kembali oleh Allah SWT.

Allah berfirman, maksudnya:

“Dan sungguh hari Kiamat itu pasti datang, tidak keraguan padanya,dan sungguh Allah akan membangkitkan semua orang dari kuburnya”.Al-Haj [22]:7.

Semua orang yang beriman kepada Allah, malah semua orang-orang yang waras, para ilmuan yakin dan percaya bahawa Kiamat pasti akan berlaku bila tiba saat dan waktunya yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa boleh diogeh-ogeh lagi. 

Percayakan hari Kiamat adalah merupakan Rukun Iman yang ke lima, yang bermula dengan percayakan Allah, diikuti dengan percayakan Malaikat, percayakan kitab-kitab Allah, percayakan Nabi dan Rasul serta percayakan pada qada dan qadar.

Hari Kiamat itu mempunyai banyak nama, sebagaimana firman Allah SWT dalam kitab suci al Quran, antaranya:

Yaumal Hasrat, maksudnya Hari Penyesalan.

Yaumal Hisab, maksudnya Hari Perhitungan

Yaumal Waqia’ah, maksudnya Hari Kejatuhan.

Yaumal Zalzalah, maksudnya Hari Gegaran Bumi

Yaumal Ghasiyah, maksudnya Hari Pengsan

Yaumal Haqqah, maksudnya Hari Kebenaran

Yaumal Tamma, maksudnya Hari Bencana.

Yaual Rajifah, maksudnya Hari Gempa.

Yaumal Saakhah, maksudnya Hari Memekakkan telinga.

Yaumal Tanad, maksudnya Hari Panggil Memanggil/

Yaumal Talaq, maksudnya Hari Pertemuan

Yaumal Warid, maksudnya Hari Ancaman.

Yaumal Jaza, maksudnya Hari Pembalasan.

Yaumal Qari’ah, maksudnya Hari Yang Membingungkan.

Yauma Wazna, maksudnya hari Dipertimbangkan.

Yaumal Fasli, maksudnya Hari Keputusan.


Peristiwa Hari Kiamat


Pada hari Kiamat itu berbagai-bagai perkara yang menggemparkan akan berlaku menimpa alam jagat dan segala isi-isinya, khususnya umat manusia yang pernah menikmati kehdupan di muka bumi Allah yang fana ini.

Pada hari yang tidak dapat dielakkan itu seluruh manusia akan dihimpunkan beramai-ramai di suatu padang yang dinamakan di Yaumil Mahsyar atau di Padang Masyar, di mana huru hara yang maha besar dan dasyatnya akan meletus. Pada masa itu mansia tidak lagi saling kenal mengenal antara satu sama lain. 

Allah berfirman, maksudnya:

“Apabila sangkala ditiup, maka tidak ada lagi pertalian  keluarga di antara mereka pada hari itu [hari Kiamat], dan tidak pula mereka saling bertanya”. Al-Mu’minuun[23]: 101.

Nasib manusia pada hari itu adalah tergantung kepada iman dan amalan mereka semasa hidup di dunia dulu.

Di alam baru itulah Allah SWT melakukan pengadilan atau neraca timbangan  Segala amalan mereka semasa di dunia dulu akan dihitung dan dineracakan untuk diberikan nilai yang maha adil di sisi Allah. Andainya timbangan kebaikkannya lebih  berat daripada keburukan atau dosanya dia akan dimasukkan ke syurga, iatu sebaik-baik tempat tinggal, tapi kiranya amalan keburukannya lebih berat daripada amalan kebaikannya, maka dia akan dipersilakan ke neraka.

Di dalam Kitab Suci al-Quran dan dalam Hadith Nabi SAW banyak menceritakan tentang hari Kiamat dan melukiskannya dengan jelas segala peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang masa kemelut itu

Setiap orang Islam wajib percaya bahawa Kiamat pasti akan berlaku, dan menafikannya ialah manusia kafir yang tidak percaya bahawa mereka akan dihidupkan kembali selepas matinya setelah selesai menjalani hidup di dunia yang fana ini untuk dineracakan dan diadili dengan saksama oleh Allah Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Bijaksana.

Mengingkari adanya hari Kiamat bererti durhaka kepada Allah dan mereka akan menrima hukuman yang keras dari Allah.

Allah berfirman, maksudnya:

“Bahkan mereka mendustkan hari Kiamat, dan Kami menyediakan neraka yang menyala-nyala bagi siapa yang mendustakan hari Kiamat”.al-Furqan [25]:11.

Antara peristiwa-peristiwa penting yang bakal berlaku di sekitar hari Kiamat ialah:

Bila hari  Kiamat tiba, Allah SWT akan memerintahkan Malaikat Israfil meniup tormpet atau sangkala sebanyak dua kali. Tiupan pertama sebagai tanda kehancuran seluruh alam buana dan  kematian seluruh manusia yang masih hidup ketika itu.

Dalam peristiwa itu langit menjadi pecah belah, menjadi bertongkol-togkol, dan berterbangan; dan sebahagian daripadanya berlenturan antara satu sama lain. Pada masa itu gunung-ganang menjadi hancur lebur.

Bintang-gemintang yang begitu banyak  bertaburan di langit itu berubah dari kedudukan asalnya dan guggur berselerekan. Bulan dan matahari tidak lagi beredar atas paksiny.a yang lumrah.

Kemudian lautan akan menyemburkan airnya naik, membanjiri dan menenggelami seluruh permukaan bumi ini, sehingga tidak ada daratan lagi, semuanya habis tenggelam menjadi sebuah lautan. Jika sesiapa berdiri di tentah-tengah lautan itu  sudah tentu dia tidak mengetahui lagi arah mata angin, arah mana utara, arah  mana selatan, arah mana tmur dan arah mana barat.

Ketika itu seluruh gunung berapi akan meledak memuntahkan api dan segala belerang dan segala isi perutnya yang memusnahkan itu.

Kemudian seluruh tanah perkuburan pun meledak, membongkar dan memuntahkan segala isi perutnya, termasuk tulang-temalang manusia yang dikebumikan di dalamnya.

Seterusnya, Malaikat Israfil akan meniupkan sangkala atau terompet  untuk kali keduanya. Tidaklah diketahui berapa lama masa yang diambil untuk tiupan sangkala pertama dengan yang kedua itu. Justeru itu hiduplah kembali semua makhluk yang telah mati itu sebagaimana rupa asal mereka  semasa hidup di dunia dulu, lalu mereka dihimpunkan di suatu tempat yang amat luas dipanggil Padang Mahsyar.

Di Padang Masyar itu segala perbuatan atau amalan mereka semasa di dunia dulu akan dihisab dan ditimbang di atas neraca keadilan untuk menentukan nasib mereka baik atau buruk, ke Syurga dan ke neraka. Untuk sampai ke Syurga manusia terpakasa melintasi satu titian Siraj yang di bawahnya terletak kawah neraka yang airnya panas dan mendidih.

Orang-orang mulia, beriman dan bertakwa akan berjaya melintasi titian itu dan membawa mereka ke  Syurga, tapi orang-orang yang keji, kafir dan munafik akan terjatuh ke dalam kawah neraka dan kekal menetap di situ untuk menerima pembalasan seksa kerana apa yang telah  mreka amalkan semasa hidup didunia dulu.

Syurga ialah tempat tinggal yang penuh dengan serba neka kesenangan dan kenikmatan yang tidak dapat digambarkan disediakan oleh Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hamba Nya yang semasa hidup di dunia beriman dan bertakwa, dan beramal salih, baik Muslimin atau Muslimat kepada Allah SWT dan mematuhi segala perintah dan larangan Nya.

Sementara neraka adalah seburuk-buruk tempat tinggal yang tidak dapat digambarkan disediakan khusus oleh Allah Yang Maha Bijaksana kepada hamba-hamba Nya, jin dan manusia semasa hidup di dunia berdosa besar dan durhaka kepada Allah, kafir dan munafik yang suka melanggar segala perintah dan larangan Nya.

Sekianlah serba sedikit tentang Kiamat, d mana semua kita umat Islam beriman dengannya, semoga kita semua selamat di dunia dan bahagia di Akhirat, masuk Syurga dan dijauhi neraka.


Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan darulnaim.
Khamis:
5 Disember 2019
/8 Rabiulakhir 1441

Read more...

TINGKAP PUISI VI-MARIANA JUNID

>> Tuesday, December 3, 2019





TINGKAP PUISI VI

Mariana Junid


















DIKALAKU memperingatimu

Terkenangku masa lalu

Dikala Engkau dilahirkan

Waktu itu Engkau laksana fajar

Menyingsing di ufuk timur

Mengusir malam di kepak gelita

Sudah lamalah ummah dalam duka

Di timur dan di barat

Antara cengkaman Fasrsi dan Rumawi

Di tengah-tengah ketandusan Sahara

Di tengah-tengah jantung bumi Arab

Suara tangis anak-anak perempuan  dikubur hdup-hidup

Dan wanitaa lemah dipersenda guraukan

Antara qabilah yang saling memerangi

Kedatanganmu penyelamat mereka

Engkau adalah bulan, bintang dan mataari

Bagi ummah sejagat

Menyinari cahaya dikalbu insan

Yang berkelana di pekat kelam

Di jalan sesat tiada berbintang

Menuju entaah ke mana?

Kedatangan ubur harapan

Bagi insan yang hewan

Dan pelita suluh di dada imani

Engkau mercusuar  bagi musafir kejalan Ilahi.


Mariana Junid

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Khabar Gembira
51 Tahun Yang Lalu, Pada 6 Jun 1968 [1388 Hijriah], Akhbar MINGUAN KOTA BHARU Telah Mengadan Sayembara Deklamasi Sajak Dan Sambutan Maulud Nabi S.A.W bertempat di Padang Merdeka, Kota Bharu. Seramai 34 Penyair Dan Deklamator Muda, Lelaki Dan Perempuan Mengambil Bahagian. Dalam Acara Itu Yaaaang  Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa Dari Masyarakat. InsyaAlah Saya Bercadang Untuk Menyiarkan Puisi-Puisi Tersebut Dalam Blog Pondok Rahmat Sebagai Satu Rakaman Sejarah Sastra Tanah Air. Sukacita dimaklumkan Bahawa Ada Di Antara Penyair-Penyair itu Telah Kembali Kerahmatullah. Sekian Sambutlah Salam Hormat Dari Saya. Mohammed Zain Saleh [Razin M.S].

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Darulnaim
  3/12/2019
/6 Rabiulawal 1441

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP