>> Monday, February 7, 2022

 

 

 



PUISI 



KALENDAR 



2022 



GEMA

 

 

 


 

SEBUAH Kalendar meja yang kecil mongel telah diterbitkan oleh GEMA, sebuah persatuan penulis Kelantan yang begitu aktif dalam kegiatan pemusian dan juga penerbitan bahan-bahan bercetak.



Sebagai menyambut kedatangan tahun baru 2022 ini GEMA telah menerbitkan sebuah Kalendar Meja yang berwarna warni yang mmenyegarkan mata memandang.



Bukan itu sahaja kalender itu juga lebih istimewa mengandungi gugusan bait-bait puisi curahan hati sekumpulan penyair GEMA.



Seramai lima belas orang penyair, putera dan puteri, atau penyair mek dan awang karya mereka menghiasai kalender 2022 itu untuk tatapan peminat-peminat puisi tanahair.



Mereka itu terdiri dari seramai  sembilan orang penyair putera dan seramai enam orang  penyair puteri yang sentiasa cergas dalam gelanggang penulisan, khususnya di bidang puisi.



Mereka adalah terdiri dari:



Satu:M.NIZAM RAHMAN:LAWI AYAM



Dua:ROSSEM BKR:MERDEKA



Tiga:ZAINAL ABIDIN: TAUBAT



Empat:EZANI HAJI DAUD: NERENTASI TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA



Lima:DRDIELL:SEJARI MANISMU



Enam:ZAFRAN ZAINAL: BISIKLAH INI BUKAN SALAHKU



Tujuh: MOHD ZIZEE BIN SETAPA: KALENDAR DIRI



Lapan:TUANSITIMASTAZAMEATUN:NILM DI JARI MANIS



Sembilan: AMINUDDIN MAMAT: MALAM



Sepuluh: RUZILA MAN: SECAWAN KOPI DAN SEBUAH IMPI



Sebelas: ACHIK: GEMILANG WAU KEHIDUPAN



Dua Belas: BANI A. ZAINI: ESTETIKA CINTA



Tiga Belas: IDAHDIE: ANTARA DINDING KEPERCAYAAN



Empat Belas: WAN ZAI WAN ISMAIL: EKSPRESI CINTA 2 UNGKAPAN RINDU



Lima Belas: ANUAR BIN SALLEH: KITALAH GENERASI ITU.



Tambah istimewa lagi ialah setiap buah puisi itu dihiasi dengan potret penyairnya yang dilakar oleh seorang pelukis yang terkenal Rosidi Semail.



Kalendar itu diterbitkan atas tanggungan bersama ahli-ahli GEMA yang sedia berkorban untuk kemajuan seni tanah air.



Di sini pencatat dengan rendah hati mengutip beberapa buah puisi yang terdapat pada klendar yang berharga di bidang sastera itu sebagai tanda mahabah dan perkongsian seni.

















Pemilihan puisi itu dikutip secara rambang sahaja, terutama untuk peminat yang tidak berkesempatan untuk membaca pada kalendar itu, dan tidak ada sebarang ulasan dibuat kerana bukan demikian tujuan catatan ini dibuat.




Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



7hb, Januari 2022/



5 Rejab 1443.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP