>> Monday, February 21, 2022
PANGKAH,
UNTUK
APA
DAN KENAPA?
XXXXXXXX
Apakah pangkah?
Pangkah itu
sebuah perkataan yang mempunyai arti yang tersendiri.
Di dalam aksara
ia dilahirkan dalam bentuk seperti huruf X.
Dalam ilmu
kira-kira ia berarti kali atau dharab,
iaitu satu cabang dari ilmu hisab, ilmu kira-kira atau matematik.
Di samping itu
guru-guru juga menggunakan lambang pangkah ini sebagai tanda salah atau tidak
betul ketika melakukan pemeriksaan
jawapan bertulis pelajar-pelajarnya.
Setiap jawapan
yang salah akan dipangkah, [X] dan ini berarti jawapan itu tidak mendapat apa-apa
markah atau kosong
Sebelum
Bersekolah
Walau
bagaimanapun pada masa dulu anak-anak kita telah lebih dahulu menggunakan
lambang pangkah [X] ini sebelum mereka masuk sekolah lagi.
Dalam permainan
buah gurah atau guli mereka menggunakan perkataan pangkah yang mempunyai makna
yang tersendiri atau khusus.
Dalam sejenis
permainan buah gurah, perbuatan memukul buah gurah dengan buah gurah mengikut cara yang tertentu itulah dikatakan pangkah.
Tujuanya untuk menumpaskan lawan yang buah gurahnya dipangkah itu.
Perobatan
Dari segi perobatan
tradisional juga ada mengguna kata-kata pangkah untuk maksud yang tertentu.
Pada masa dahulu
ramai kanak-kanak yang terkena penyakit cacing yang menyebabkan perutnya
membuncit dan terik hingga kelihatan berkilat.
Kanak-kanak yang
terkena penyakit cacing itu biasanya dibawa menemui bomoh untuk dirawat.
Dalam rawatan
itu termasuklah cara memanggkah perut kanak-kanak dengan cara yang tertentu.
Antaranya perut
kanak-kanak itu akan dipangkah dengan menggunakan kapur makan atau atau kapur
baruh.
Pangkah itu akan
dibuat dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan dengan palangnya berada betul-betul
di atas pusat. Di atas pusat inilah bomoh akan menekannya dengan jari
telunjuknya sambil membaca doa cacing.
Alhamdulillah
pada masa dulu banyak yang berjaya disembuhkan.
Di samping itu
ada sejenis lagi kegunaan pangkah, iaitu untuk membuat pacar.
Pacar adalah
salah satu cara untuk menakutkan orang daripada mencuri buah-buah di pokok,
seperti buah betik, rambutan dan pauh atau mempelam.
Tanda pangkah [X]
itu akan dibuat dengan kapur baruh di atas timba-timba upeh nibung yang tidak
digunakan lagi dan digantungkan kepada pokok yang dipacar itu.
Tanda pacar ini
akan menakutkan orang yang hendak mencuri dan memakannya kerana dipercayai
boleh menyebabkan perutnya menjadi kembung dan buncit akibat makan buah yang
dipacarkan itu.
Dengan adanya
pacar itu buah-ketuah di pokok itu akan terselamat dari pencurian.
Sekarang tidak
lagi pokok-pokok yang dipacar kerana buah-buahan mudah diperolehi dan mampu
dibeli di pasaran tidak seperti
masa-masa yang lalu.
Sekian.
Pondok Rahmat
Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan
Darulnaim.
Isnin: 21hb.
Febuari 2022/
19 Rejab 1443.
0 comments:
Post a Comment